...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday 27 December 2011

Di Tanjung Katong Airnya Biru

Di Tanjong Katong, airnya biru
Di situ tempatnya dara jelita
Duduk sekampung, lagikan rindu
Kononlah pula nun jauh di mata
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/singapore_national/di_tanjong_katong.html ]
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik di kenang jua

Kalau ada jarum patah
Jangan simpan di dalam peti
Kalau ada silap sepatah
Jangan disimpan di dalam hati

Monday 26 December 2011

Perjalanan Yang Jauh

Setiap perjalanan yang jauh,
semakin merapatkan
jurang kekeliruan
dengan kebekuan yang dalam
kegelapan yang sendiri

Setiap perjalanan yang jauh
jiwa terlepas bebas
seperti burang
tak tersarang
berterbangan di langit biru

Tiba-tiba tengahari itu
hujan menangis
di celah-celah kesibukan kotaraya
mengisi cuti di hujung minggu
Temasik - Larkin - Kuala Lumpur.

Saturday 3 December 2011

Terima Kasih

1. Pagi-pagi lagi, Pak Ali singgah ke rumah aku untuk beri durian dari dusunnya. Fresh sekali. Dusunnya betul-betul depan rumah.

2. Jiran aku Cikgu Rosli ada dua pokok durian yang ada di belakang rumah aku. Tak sempat nak bagi, durian dah habis. Aku balik kampong time tu.

3. Terima kasih juga pada Jamal, kasi students aku menikmati makan durian di dusunnya di Kg. Gajah.

4. Teringin nak tanam durian di belakang rumah aku ni, Tapi teringat juga, nak bela lembu!

Saturday 26 November 2011

Terengganu Indah Masjidnya

1. Melewati sempadan Kelantan-Terengganu benar-benar mengusik kenangan. Seingat aku, sudah lebih enam tahun tidak ke negeri penyu ini.

2. Dari Jertih hinggalah ke Kuala Terengganu - kiri kanan - adalah masjid yang indah dan besar lagi menawan mata yang memandang.

3. Alhamdulillah.

4. Alhamdulillah lagi jika masuk ke dalam hati untuk memanjat tangga masjid yang tinggi itu.

Wednesday 23 November 2011

Berkenalan Dengan Muka Yang Bukan-Bukan

1. Istilah `muka yang bukan-bukan' itu dipetik dari nukilan Bro Hishamuddin Rais dalam blognya.

2. Aku bersetuju idea tentang pengembangan yang berlaku dalam PKR itu sendiri dari usia janinnya hingga sudah akil mukalaf sebagaimana yang ditulis.

3. 'Muka yang bukan-bukan' memang bijak bermuka-muka. Oleh kerana mukanya tebal, mereka sering menjual muka terutama di kalangan pimpinan.

4. Cuba kalian tengok, siapa yang sebelah tu. Muka yang bukan-bukan. Atau bukan muka yang bukan-bukan.

5. Bukan. Baguslah.


Monday 21 November 2011

Teringin Nonton Bolasepak

1. Tiba-tiba terasa lapar bila memandu sewaktu hujan renyai. Berhenti di pekan Grik, minum teh tarik dan order sup cendawan dengan roti bakar. Ada tiga jam sebelum menuju ke Kota Bharu.

2. Anak muda berhimpun (melebihi lima orang - yang boleh dikaitkan himpunan tanpa permit) sedang asyik menonton perlawanan antara Malaysia dengan Vietnam.

3. Bilangnya, Malaysia layak ke perlawanan akhir nanti.

4. Teringin pula nonton bolasepak selepas kubelasah bahawa orang cerdik sengsara bila nonton tv. Setiap detik diperbodoh dan budakkan.

5. Terasa ingin dibodohkan oleh skrin tv plasma di Kota Bharu malam ini.

6. Boleh tak?


Tuesday 15 November 2011

Fikrah Yang Kosong

1. Sepanjang jalan Kampar ke Woodland, fikrah kosong bergelangan mencari pengertian.

2. Perjalanan yang panjang mengamit pengertian yang dalam.

3. Dalam itu, aku sukar untuk mengosongkan fikiran.

4. Kosong.

5. 0

Saturday 29 October 2011

Bahaya Dari Gunung

1. Gunung Semanggol sepertilah juga gunung-gunung lain yang menghijau dan lebat dengan tumbuh-tumbuhan.

2. Gunung itu tidak pernah berubah. Berkurun-kurun gunung itu diam berdiri. Kaku.

3. Lebih 60 tahun lalu, di kaki Gunung Semanggol itu meledak kebangkitan umat di bawah asuhan Ust. Abu Bakar Bakir dan guru di Ehya' AsSyarif Gunung Semanggol. Mencabar British. Mengugat aristokrat Melayu.

4. Hari ini, lanjutan perjuangan HizbulMuslimin yang diharamkan British dan pengistiharan darurat ditubuhkan sebuah parti yang menjadi wadah orang Melayu membawa panji Islam. Itulah PAS.

5. Yang beberapa ketika sebelum itu, pengasas UMNO Dato' Onn Jaafar melaungkan - 'hubaya-hubaya bahaya dari gunung'.

6. Selepas kubeli sebungkus air cendol di bawah pokok berhampiran pekan Gunung Semanggol, sempat kusinggah sebentar madrasah yang pernah mencatat sejarah itu. Tengahari itu, aman. Gunung sepi.

7.

Friday 21 October 2011

Ilmu Tanpa Jiwa

1. Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akan ditawarkan memasuki aliran sains. Yang kurang, terpaksalah ambil baki-baki subjek dalam aliran sastera.

2. Biarpun pelajar diberikan pilihan tetapi realitinya tidaklah begitu berlaku sangat.

3. Dalam hampir seratus pelajar Sains (dalam sebuah universiti), yang berminat tentang kesusasteraan adalah dua tiga kerat. Yang minat Sejarah, tidak sampai lapan orang. Yang minat lukisan, dua orang. Falsafah? Tak ada.

4. Ada kebimbangan jika memiliki ilmu sains tanpa falsafah, tanpa seni, tanpa adab dan nilai yang akan menjadi dasar kepada pengamalan ilmu itu sendiri.

5. Manakala yang belajar aliran sastera, agama dan kemanusiaan, sukar memahami tabii sains itu sendiri.

6. Lalu jadilah ilmu tanpa jiwa, jiwa tanpa jasad.

Friday 14 October 2011

Setelah Kembali Ke Universiti

1. Kembali mengajar bermakna kembali belajar. Belajar memahamkan pelajar. Dan memahami diri sendiri.

2. Nota semester lepas perlu diubah. Ilmu tidak statik bahkan sentiasa berkembang dan berubah. Setiap kali mengajar, idea dan penemuan baru akan datang.

3. Eureka! Archimedes, sarjana Greek kuno terlepas hukuman gantung di kolam mandi. Bukan di kuliah universiti atau di kandang mahkamah.

4. Alhamdullillah, setidak-tidaknya Tuhan masih memberikan idea ketika sewaktu berdiri di dewan kuliah universiti.

Monday 3 October 2011

Mengubah Layar Bahtera Merdeka

1. Pak Subky kata, selepas PAS bersetuju menubuhkan BN, pimpinan PAS tidak mahu menggunakan lambang Kapal Layar. Ini kerana berpuluh tahun mereka lawan lambang Kapal Layar tu. Tak tergamak nak pangkah.

2. PAS juga tak mahu guna nama Perikatan atas sebab yang sama. Dato' Asri mencadangkan nama baru pakatan parti itu sebagai Barisan Nasional. UMNO dan sekutunya setuju.

3. Apalah ada pada nama dan lambang. Yang penting dalam politik adalah memperolehi kuasa.

4. PAS masih terlalu bersentimental dalam hal-hal politik sehingga menenggelamkan akal.


Sejarah UMNO Yang Menakutkan

1. 12 Mac 1985, Khalil Yaakub (bukan Halil Chik), menteri UMNO mengarahkan kakitangan kerajaan tidak dibenarkan memakai purdah. Purdah tidak wajib tapi tidak juga diharamkan.

2. Berikutan itu, seorang kakitangan Melayu Islam bernama Halimatunsaadiah Kamaruddin (orang Chenderong Balai) dibuang kerja kerana pakai purdah. Karpal yang dikatakan menentang hudud itu menjadi peguambelanya.

3. Penubuhan PAS pada 1951 adalah daripada beberapa ulama UMNO kerana tidak bersetuju langkah UMNO membenarkan loteri untuk mendapatkan wang dan kelulusan aktiviti kabaret. Tak mau bersubahat.

4. Apabila Khir Johari jadi Menteri Pelajaran, dasar kementeriannya menjadikan tulisan jawi terkubur tanpa nesan.

5. Time Tun Mahathir jadi PM, sekolah agama dihentikan bantuan.

6. Sekarang setakat lawan hukum hudud, kecil sangat sejarah UMNO yang menakutkan.


Monday 26 September 2011

Membunuh Bangsa

1. Hilangkan bahasanya

2. Lacurkan agamanya

3. Rosakkan budayanya

4. Suburkan hartanya

5. Pujalah pemimpinnya

6. ada seribu satu cara membunuh bangsa.....


Sunday 25 September 2011

Naik Bas Untuk Bersama Rakyat?

1. Aku fikir bila DS Najib naik bas mewah dalam ekspedisinya di Perak bukanlah berhasrat nak bersama rakyat. Memanglah PM nak jumpa rakyat. Adapun naik bas macam itu bukanlah tanda ingin menyelami hati rakyat.

2. Aku ingat, media saja buat cerita yang bukan-bukan ni. Mengarut.

3. PM dan MB naik bas itu memang tiada kena mengena dengan isu ingin merasai denyup kehidupan rakyat. Bas sudah ada, naik saja la.

4. Aku pergi ke Ipoh naik bas. Aku boleh kata aku nak merasai denyup jantung rakyat. Tapi pada aku, aku naik bas sebab aku malas nak pandu kereta sendiri.

5. Wartawan biarlah jujur. Jangan nak bodek melampau sangat.

Saturday 24 September 2011

Malaya Bersatu Dibawah British

1. Apabila Leftenan-Jeneral Sir Gerald Templer sampai di Tanah Melayu pada awal Februari 1952 sebagai Pesuruhjaya Tinggi yang baru, beliau mengumumkan bahawa objektifnya yang segera ialah ialah membentuk satu bangsa Malaya yang bersatu padu..... (Barbara Watson Andaya dan Leonard Y Andaya Sejarah Malaysia (Petaling Jaya: Macmillan, 1982, 391 halaman).

2. Murninya usaha tuan yang melindungi kita, Inggeris.


Membiarkan Melayu Berpecah

1. Bersatu untuk kebaikan dan kebajikan bersama adalah tuntutan beragama. Bercerai, berpisah meskipun tidak baik tetapi dibenarkan dalam agama.

2. Melayu bersatu atau Melayu berpecah bukanlah persoalan penting. Tapi yang lebih utama, bersatu untuk apa dan berpecah untuk apa.

3. Bersatu hanyalah istilah politik. Sebagaimana berpisah juga suatu istilah politik.

Friday 23 September 2011

Malang Prof. Zainal Kling

1. Tanah Melayu pernah dijajah atau tidak terus menjadi polemik politik. Ia bermula dari kenyataan Mat Sabu tentang serangan Mat Indera ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

2. Polis Bukit Kepong yang diserang oleh Mat Indera dan Komunis itu adalah polis British. Maknanya, mereka serang penjajah. Dan berkebetulan, polis itu orang Melayu.

3. Dakwaan Mat Sabu dianggap sebagai mencabar sejarah yang sediada. Ini kerana umumnya, masyarakat secara mudah menganggap orang Melayu yang bersekutu dengan kerajaan sebagai pejuang kemerdekaan. Tidak kira kerajaan itu kerajaan British, kerajaan sendiri ataupun kerajaan boneka Inggeris. Janji kerajaan.

4. Apabila Prof. Zainal Kling dan Prof. Khoo Kay Kim menyebut bahawa Tanah Melayu tidak dijajah dan ia cuma dinaungi atau dilindungi British, isu semakin memuncak. Tun Mahathir pun menyebut bahawa secara teknikalnya, Tanah Melayu tidak dijajah.

5. Aku setuju jika nak sebut dari sudut memahami istilah. Sebagaimana, British tidak pernah melaksanakan Dasar Pecah Perintah semasa ia menguasai Tanah Melayu. Istilah Dasar Pecah Perintah hanya ciptaan istilah sejarahwan kita. Tafsiran kita sendiri. Dasar Inggeris sama sebagaimana semua dasar kerajaan. Dasar untuk membangunkan negara dan rakyat.

6. Minggu lepas, Prof. Zainal Kling menghantar surat terbuka pada Harakah dan disiarkan dalam laman web akhbar itu. Beliau menyebut bahawa kedatangan Inggeris tetap dilihat sebagai penjajahan walaupun teknikalnya tidak. Maknanya, Prof Zainal bersetuju pandangan umum bahawa Tanah Melayu pernah dijajah.

7. Meskipun kenyataannya sudah dikeluarkan minggu lepas, Prof. Zainal terus diserang.

8. Prof. itulah politik!

9. Kan malang.



Thursday 22 September 2011

Mencipta Istilah Politik Sopan

1. Semua matlamat politik adalah untuk mendapatkan kuasa. Setelah berkuasa, matlamatnya adalah untuk memastikan kuasa itu kekal, meluas dan menunjang ke dalam isi perut bumi.

2. Adapun politik itu memerlukan bahasa sebagai pengantar bicara. Lalu, sang bijak bahasa akan diminta mencipta makna istilah-istilah yang sopan bagi memerdukan tindakan yang brutal.

3. Lalu lahirlah istilah seperti derhaka, darurat dan juga komunis. Penganas, pengkhianat, kafir, murtad, munafik, babi dan sebagainya.

4. Semua itu adalah kesopanan dan kesusilaan dalam berpolitik.


Monday 19 September 2011

Beraya Di Rumah 'Komunis'

1. Sebelum pulang menghadiri majlis raya di Padang Rengas dan Lasah, Sungai Siput, sempat singgah ke Sayong bertemu dengan Pak Din Andika.

2. Sudah berusia 85 tahun. Pernah diISAkan oleh penjajah British selama empat tahun pada 1948. Dituduh sebagai komunis. 'Saya nak lawan Inggeris penjajah tu je...... saya gerakkan pasukan Gerila Perak Utara menentang Inggeris. Pahang dah buat lama dah....'

3. Ramah sekali menyambut kami di rumahnya yang juga bengkel membuat rebana. Pak Din sudah bersara membuat rebana. Kini, menantunya yang meneruskan kerjanya.

4. Sempena bulan Merdeka ni, ramai yang menjemputnya berkongsi pengalaman berjuang menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Pak Din kata, merdeka tulen, bukan macam UMNO tu, dia anak emas Inggeris.

5. Salute buat Pak Din Andika!

6. Merdeka dengan darah!

Sunday 18 September 2011

Terima Kasih Hapuskan ISA

1. Tak kiralah, samada pemerintahan atau pembangkang yang menyebabkan ISA dimansuhkan. Kesimpulannya ISA itu dihapuskan.

2. Dalam politik, masing-masing mestilah saling mendakwa bahawa merekalah yang bertanggungjawab atas penghapusan akta gila babi itu.

3. Dengan ini, aku yang tidak pernah kena ISA juga mendakwa bahawa penghapusan akta ini juga adalah hasil perjuangan siang malam aku yang tak pernah berhenti. Hmm....

4. Kiranya tiada repackaging atau tukar cap adalah suatu yang terbaik.



Thursday 15 September 2011

Bertemu Rakan Mat Indera




1. Pak Imam Majid dipenjara oleh British semasa zaman darurat selama tujuh tahun. Dia bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM.

2. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor. Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera."Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid.

3. Bahkan Pak Imam Majid selalu solat berjemaah berimamkan Mat Indera di beberapa buah tempat di Johor. Kadangkala, Mat Indera memberikan ceramah agama selepas sembahyang.

4. Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan yang mengaitkan Mat Indera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.

5. Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM.

7. Aku dan beberapa rakan menziarahi di rumah adiknya di Taman Bersatu, Simpang Pulai, Ipoh. Lima tahun dulu aku pernah menziarahinya di rumahnya. Tapi rumahnya di Kg. Sengat kini tidak boleh didiami kerana selalu banjir sehingga lebih sekaki air masuk ke dalam rumah. Patutlah ketika aku pergi mula, jalannya dah tak ada. Rumahnya dikelilingi rumput yang meninggi.

8. Nak cakap banyak tapi suaranya perlahan dan keadaannya sangat uzur. Bersemangat benar.

9. `Betulke Mat Indera serang Balai Polis Bukit Kepong?' Aku tanya. `Saya tak tau. Masa tu, saya dah kat Perak' Jujur Pak Majid jawab. `Tapi Polis siapa tu?' tiba-tiba dia bertanya. `Polis British!' Pak Majid jawab sendiri. `Itu polis penjajah. Dia lawan penjajahlah!' Dia menambah lagi.

10. Aku tak sanggup nak bertanya lagi. Nafasnya semput.

11. Salute pada Pak Majid, pejuang kemerdekaan yang dilupakan.

Wednesday 14 September 2011

Kembali Ke Universiti

1. Mengajar kembali di universiti. Kembali memecut kereta di awal pagi bagi memastikan berdiri di hadapan pelajar sewaktu yang ditentukan.

2. Aku masih menaruh harapan mahasiswa di hadapan aku bukanlah budah sekolah menengah yang sekadar menadah hujan yang turun.

3. Kerana aku bukan hujan. Bukan ribut yang membawa angin.

4. Kerana mereka bukanlah tempurung atau tong kosong yang sewenang-wenangnya menyerah kekosongan kepala otak mereka untuk diisi semahu-mahunya.

5. Aku harap tidak sekadar mengapai bintang di langit tinggi.


Sunday 11 September 2011

Di Bawah Lindungan Inggeris

1. Akhirnya Hamid, pemuda itu dikebumikan di perkuburaan Maala. Meninggalkan tanahair selepas keciwa bercinta. Mencari cinta yang sebenar di Mekah.

2. Itu akhir sebuah novel nukilan Pak Hamka, Di Bawah Lindungan Kaabah.

3. Rakyat seluruh alam Melayu beruntung kerana selama ini kita menjadi tanah yang dinaungi atau dilindungi kuasa Inggeris.

4. Melayu miskin, papa di tanah sendiri - naungan yang cukup sempurna. Kerana kita tidak sesekali menyebut Inggeris sebagai penjajah.

5. Tapi Inggeris sebagai pelindung.

6. Makin panjang lagi khurafat Melayu.

Saturday 10 September 2011

Tanah Melayu Memang Tak Dijajah

1. Memang benar Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Meskipun Portugis menjatuhkan kerajaan Melayu Melaka 1511, kesultanan Melayu terus berkembang di negeri-negeri lain.

2. Sejak 1511, orang Melayu terus menjadi tuan di Tanah Melayu hinggalah sekarang. Hinggalah kemuncaknya timbul slogan `Ketuanan Melayu'.

3. Apapun, Portugis, Belanda, Jepun dan British telah menjadikan sebahagian pemimpin Melayu sebagai barua mereka.

4. Lalu barua-barua inilah yang menindas Melayu bawahan sebagai hamba sahaya.

5. Hidup Melayu!



Thursday 8 September 2011

Politik Lebih Berkuasa Dari Sang Sarjana

1. Mat Sabu bukanlah sarjana sejarah. Tapi mendengar ceramahnya, lebih separuh adalah cerita sejarah. Tak macam Dr. Ramlah Adam. Prof. Khoo dan ramai pensyarah yang ada di universiti yang khatam berkali-kali kitab sejarah tanahair.

2. Bila Mat Sabu lontarkan cerita sejarah versi kiri, melompat sesetengah makhluk yang bernyawa dan tak bernyawa. Sebenarnya, Mat Sabu dah lama dah cerita benda yang sama. Mengapa sekarang baru jadi isu? He he....he...

3. Ini sekali membuktikan, sejarah dicipta oleh sang penguasa. Orang politik. Sesetengah sarjana sekadar jadi garfu dan senduk untuk mengenyangkan perut dan tembolok sang penguasa.

4. Kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, aku yakin silibus Sejarah daripada peringkat tadika hingga ke universiti akan dirombak. Pada ketika itu, sang sarjana dan karyawan universiti akan sekali lagi menjadi senduk dan kole sang penguasa yang baru.

5. Oiiii bangunlah sang sarjana yang terlena lama itu. Tam tam bunyi mercun. Beduk telah berbunyi. Waktu raya sudah tiba! Marilah kita raikan bersama.




Tuesday 6 September 2011

Aku Bukan Komunis

Komunis,
Kafir,
derhaka
jangan ada pada Melayu

Anjing
Babi
Cina
jangan ada pada Melayu

Antara label-label terkini
hingga ayat tahyul Melayu

Aku
bukan Komunis

Subjek Sejarah Akan Diajar Di Parlimen

1. Sessi Parlimen yang akan datang, masing-masing ahli Parlimen akan mengepit buku Sejarah pelbagai versi untuk mengulangkaji subjek tersebut.

2. Ini berikutan ramai ahli Parlimen masih buta tuli sejarah negaranya sendiri. Meskipun sudah mencapai kemerdekaan 54 tahun, perayaan kemerdekaan tidak lebih seperti sesetengah orang Islam menyambut Nisfu Saaban atau Maal Hijrah. Ritual nasionalis.

3. Berdasarkan falsafah pendidikan yang berakar umbi dari teori Darwin, sebagai mukadimah pelajaran tersebut perlu juga dikupas bahawa manusia berasal dari monyet.

4. Biarlah monyet-monyet belajar tentang sejarah manusia.


Monday 5 September 2011

Hampeh PAS!

1. PAS terlambat nak iktiraf perjuangan Komunis. Setakat nak bangga dengan perjuangan Abdullah CD., Rashid Maidin, Shmasiah Fakeh, Mat Indera dan rakan-rakannya, UMNO jauh lebih awal mengiktiraf Bapa Komunis SeAntero Dunia.

2. UMNO lebih berani hingga mampu bawa pemimpin utama Parti Komunis Cina datang ke Perhimpunan Agong UMNO 2010.

3. PAS lepas ni, tak payah jemput pimpinan Hamas, Hezbullah ataupun Ikhwan datang ke Muktamar PAS.

4. Terasa juga nak kucup tangan pemimpin Komunis.

5. Amacam, ada berani ka?


Thursday 1 September 2011

Dato' Hasan Ahmad Yang Telah Pergi

1. Tiadalah aku mempunyai pengalaman besar hidup dengan Allahyarham Dato' Hasan Ahmad, bekas Pengarah DBP dan juga pejuang bahasa Melayu.

2. Pertama kali aku dan rakan-rakan dalam Dewan Pemuda PAS Pusat bertemu dengan beliau dan rakan-rakan Cendiakawan Melayu di Rumah Tamu GAPENA hampir sepuluh tahun lalu. Aku pun dah lupa.

3. Nadanya tegas terhadap kepentingan bahasa Melayu. Sama keras dengan rakan seperjuangannya Prof. Aminuddin Wahid dan Prof. Zainal Abidin. Sayangnya, kritikan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan yang merugikan orang Melayu hanya tersimpan dalam bilik empat segi. Tiada kekuatan untuk keluar dari kotak empat segi itu. Kami sedikit kecewa waktu itu.

4. Tatkala kulihat Allahyarham berdiri hadapan Pak Samad Said dalam isu Pengajaran Mathematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dua tahun lalu, aku respect sungguh keberaniannya.

5. Keberanian itu dalam diri sewaktu dilahirkan. Ia terjelma pada waktu diperlukan.

6. Salute pada Dato'. Selamatlah. al Fatihah.

Tuesday 30 August 2011

Komunispun Beraya Juga

1. Abang Mat Sabu jangan bimbang. Saman mungkin boleh menang. Akan tetapi sejarah komunis selama akan hitam selegam-legamnya dalam buku Sejarah. Itu silibus dari tadika hingga universiti di Malaysia.

2. Puak nasionalis biasa bersamping lengkap songkok hitam tinggi melangit. Puak tradisionalis pula, lilit serban menutup kepala yang tak berambut atau berambut uban. Puak sekularis kapitalis meraikan dengan mengedarkan sampul berisi wang untuk undi.

3 Puak-puak arwah Rashid Maidin beraya di Selatan Siam bagaimana? Ohh mereka juga beraya macam kita.

4. Selamat hari raya puak-puak Komunis seMalaya. Hentikah perang.


Khutbah Raya Yang Mengantukkan

1. Sebelum subuh, aku sudah mandi sunat hariraya. Nak tambah-tambah pahala yang ada sikit.

2. Berwirid panjang di masjid selepas solat subuh bagai menyambung talian Ramadhan yang berakhir.

3. Memang sebelum solat sunat aidil fitri, mengikut sunnahnya sarapan sedikit dulu.

4. Mendengar khutbah pak Imam muda mengantukkan. Khusyukku tersengguk-sengguk ke hadapan. Nasib baik tidak kebelakang. Jia tidak, alamat terlentanglah pahlawan Melayu terbilang ini.......

5. Apakah hendak kusalahkan nasi dagang yang terlebih kolestrolnya itu atau pak imam yang membaca khutbah itu?

6. Maaflah. Roh dan jasad.


Monday 29 August 2011

Peduli Apa Dengan Raya?

Hari ini teriakkanlah
kalimah untuk membesarkan perut
dengan mercun
dan lemang
bakarlah
helai ringgit
dengan asap
kemeyan keramat

Peduli apa dengan raya
kerana tanpa Ramadhan pun
kami tetap berpuasa

Aku sekadar mewakili
komuniti yang dilupakan
tanah tanpa air
bumi tanpa petrol!


Friday 26 August 2011

Tiada Lagi Salam Perantauan

1. Kini, tiadalah lagi sibuk hendak menghantar foto ke ruang salam perantau pada akhbar harian dan juga Harakah. `Nak masuk juga ke dalam Utusan?’ tanya aku pada anakku yang asyik memilih foto terbaik untuk dihantar sebagai ucapan pengganti diri. `Tak apa lah ayah, bukan semua kawan kita baca Harakah. Ada juga yang masih baca Utusan dan Berita’ . Satu jawapan yang agak boleh diterima. Aku biarkan anak-anak aku uruskan soal itu.

2. Meraikan Aidil Fitri samada di Istanbul, Norway, Swansea. Lampeter ataupun di Malaysia, sama tapi tidak serupa. Samanya, kami bersolat sunat Aidil Fitri. Khutbahnya pelbagai versi, dari English, Turki, Arab, Norwgien, Bangla dan Urdu. Bahasa Melayu tetap terus ke dalam hati.

3. Sayangnya, ramai pak khatib menjadi pembaca teks khutbah daripada memberi khutbah yang benar diperlukan.

4. InsyaAllah, raya ni, aku dengar khutbah raya dari Tok Guru Nik Aziz di Masjid Pulau Melaka.

5. Tentu sekali kami merindui khutbah Sheikh Muhsin di Swansea University Mosque.


Thursday 25 August 2011

Kembali Beraya di Tanahair

1. Sudah lima kali meraikan Aidil Fitri di perantauan. Dan empat kali berRamadhan di tempat orang. Tibalah kini meraikan keramatnya bulan mulia ini di tanahair sendiri.

2. Memanglah ada beza, ada yang sama jika hendak dilihat antara Malaysia dengan UK.

3. Berbaju Melayu dan berkurung kebaya kelihatan bergaya meskipun tidak begitu sesuai terutama pada musim dingin. Tapi kerana, hendak mempamerkan betapa tebalnya keMelayuan, maka sarungkan juga pakaian tradisi kita.

4. Biarpun makanan tradisional seperti ketupat, lemang, rendang kini mudah didapati di sini (dibungkus mengikut teknologi terkini), ia tetap tidak sama dengan di tanahair.

4. Apapun, semua itu tetap bumi Tuhan.

5. Selamat hari raya, maaf zahir batin.


Wednesday 24 August 2011

Politik Mercun Raya

1. Mercun, meriam tanah ataupun meriam katak adalah fenomena biasa menjelang hari raya. Tiba-tiba sahaja berdentum bunyi melantak kesunyian malam. Tidak kira di desa ataupun di kota.

2. Inilah waktunya, jari tangan terputus angkara ekspriment mercun yang tak menjadi.

3. Percayalah, seminggu dua lepas takbir raya tamat, hilanglah demam mercun atau meriam. Masing-masing menjadi lebih waras dan kembali normal.

4. Samalah dengan percakapan orang politik, dentuman dan percikan api mereka berapi-api hingga terbakar dan membakar kedinginan siang dan malam.

5. Mereka tidak pernah berhenti. Mercun politik berterusan. Meriam politik terus hala menghala sesama mereka bagi mempamerkan siapa yang lebih berdengung bunyinya.

6. Sempena raya ini, halakan sekali lagi meriam pada mereka. Kirimlah salam aidil fitri, maaf zahir batin. Meriam perdamaian. Politiknya begitulah.

Tuesday 23 August 2011

Melayu Yang Terjajah

1. Menanti detik hari untuk menyambut kemerdekaan tidaklah semeriah menunggu tabuh Hari Raya berbunyi.

2. Makna merdeka kini lebih kepada pensejarahan politik.

3. Hakikatnya, rakyat masih terpenjara dalam belenggu kemiskinan dan ketakutan yang panjang. Dari Pak Mat penjemur ikan masin hinggalah Pak Professor yang berfikir tidak habis. Kesemua terjajah dalam lingkaran kebergantungan kepada sang penguasa.

4. Apalah malang nasib pelajar di Universiti al Azhar yang mendapat biasiswa daripada Yayasan Terengganu diberikan surat tunjuk sebab. Apalah malang pelajar Melayu yang mendapat `elaun' terpaksa menutup mulut semata-mata sekeping cek yang bernama hutang pendidikan.

5. Malang sungguh nasib peniaga Melayu yang mendirikan warung di tepi jalan, terpaksa berhadapan saman Majlis dan tekanan sang penguasa.

6. Marilah kita laungkan MERDEKA seberapa banyak kali. Muga mendapat pahalanya (jika ingin mencari pengajarannya).

Monday 22 August 2011

Kisah Pemegang Kad Pengenalan Merah

1. 'Encik, ini rumput mau racun ka? Hari raya mau mari' seorang tua India beruban kerinting datang pag-pagi ke rumah aku. Dia tak puasa. Mulutnya menguyah sireh merah.

2. `Saya tak mau racun. Kasi potong bolehlah' Aku malas nak melayan. `Ayoo, ini rumput tarak bagus punya. Saya boleh kasi rumput baik punya. Tapi kena kasi racun dulu la' Dia memujuk.

3. Aku pendikkan cerita. Depan kereta Mazda buruknya ditampal bendera Malaysia. Cermin tingkapnya tidak boleh tutup. Kalau hujan, aku tau apa kan jadi orang dalam kereta itu. Patriotik sungguh orang tua ni.

4. Dia tunjukkan kad pengenalannya. Kad Merah. `Annai, apa pasal ini kad Merah?' . `Ayoo saya lahir sini, bapa saya lahir sini. Itu gomen suruh saya baca. Mana boleh saya baca. Saya sudah tua. Mau mati.'

5. `Saya sudah minta itu Anwar tapi tarak dapat'. Anwar? Anwar mana? `Itu keadilan punyala'. Aku mengangguk faham. `Saya sudah minta Samy tapi tarak dapat'. `Tak dapat juga' aku tambah simpati. Lepas itu, dimakinya Samy Vellu bertalu-talu. Marah sungguh pak cik tu pada Samy Vellu. `Itu lagi tarak guna punya orang!', `itu kaya tarak boleh kasi tolong orang susah'. Dia maki sambil meludah-ludah. Entah kerana dia marah sangat atau sireh merahnya sudah penuh dalam mulut.

6. Encik..... saya sudah 30 tahun baca beca itu pekan Teluk Intan. Itu ramai kawan-kawan saya di sana. Anak sudah besar-besar. Saya mau cari makan saja.

7. Aku faham. Bolehlah kau racun rumput aku yang semakin meninggi. Aku beri kembali kad pengenalan merahnya.

8. Untung kau Mismah berbanding Sankaran, pakcik India yang menyambung hidup dengan membersihkan halaman rumah orang.

Friday 19 August 2011

Jangan Begitulah, Pak Jeneral!

1. Sehari dua selepas Dewan Pemuda PAS mendedahkan penyelewengan undi pos dalam tentera, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd. Zin menyangkal sekeras-keras dakwaan tersebut.

2. Menurut bekas anggota tentera yang keluar dalam akhbar Harakah, mereka diperintah memangkah kertas undi sehingga lengguh tangan. Bayangkanlah, tentera yang gagah itu melaksanakan perintah pegawai atasannya.

3. Pak Jeneral, janganlah keras sangat statement tu. Semudah begitu Pak Jeneral menuduh `pengkhianat'.

4. Antara UMNO-PAS mendakwa musuh politik mereka itu sebagai pengkhianat. Sekarang, Pak Jeneral tambah lagi jumlah pengkhianat dalam negara. Wow ramainya pengkhianat. Di mana-mana!

5. Nanti tahap Pak Jeneral setakat Suhaizan Kayat dari Dewan Pemuda PAS sahaja. Atau Suhaizan dah naik marhalah?

5. Kesetiaan jangan diminta. Ia lahir daripada pengertian pada tanggungjawab.


Thursday 18 August 2011

Menentang Kristianisasi, Berdemonstrasi Depan Masjid

1. Orang Melayu-Islam ini pelik. Marahkan nyamuk, bakar kelambu. Cubit cucu, sindir menantu. Pencak silatnya berbunga-bunga sampai letih bertarung. Keris tak keluar, tubuh sudah bermandi peluh.

2. Orang Melayu-Islam masih terkongkong dalam tradisi lama, berseloka berpantun menyusun kata. Jarang bersuara terang dan terus. Berbelit seperti hujung Sungai Rejang.

3. Oleh sebab itu hendak marahkan agenda Kristianisasi, berbondong-bondong bawa orang berdemonstrasi di hadapan masjid sendiri. Maki-hamunlah puak kristinisasi sambil diselitkan kalimah `Allahu Akbar'. Songkok dan kopiah tidak lekang di kepala.

4. Marahkan musuh, bunuh rakan sendiri!

5. Betapa bijaknya kita orang Melayu.

Tuesday 16 August 2011

Cerita Berbuka Puasa di Gereja dengan Masjid

1. Oleh kerana tahun ini aku mula kembali berpuasa di tanahair, aku biasa berbuka di masjid atau surau.

2. Semalam, Richard Wong sempat menikmati berbuka puasa di Masjid Lama Changkat Lada. Para jamaah meraikan. Dia suka sambal belacan. Sayangnya aku tidak boleh makan, sakit mulut.

3. Hari ini, aku ajak Ricard berbuka di Pengkalan Pegoh, Ipoh. Dia akan ajak kawan Cina dia datang. Ini bukan pasal ajak makan. Ini kerana makanan yang lebih lazat dan sedap boleh didapati di Langkap. Keinginan untuk berbuka puasa bagi Richard adalah satu pengalaman baru.

4. Berkurun amalan tradisi berbuka puasa di tempat kita, jarang sekali kita jemput masyarakat bukan Islam berbuka puasa. Mengapa?

5. Apabila berlaku isu 12 orang Islam berbuka puasa di gereja, ia mencetuskan kembali isu `kristianisasi'. Apakah isu itu penting atau sekadar modal untuk orang politik kembali ke persada awam?

6. Islam-Kristian-Yahudi adalah agama samawi. Pertentangan antara ketiga-tiga agama ini lebih kepada faktor politik berbanding masalah antara agama itu sendiri.

7. Teringat sewaktu tinggal di UK. Berkali-kali kami berbuka puasa di dewan milik gereja. Bahkan kami berterawih bersama-sama. Di situlah kami bertemu orang Islam Afrika, Arab, Parsi dan juga muslim tempatan. Oleh kerana agama bukan faktor penting dalam mengisi agenda politik sekular, ia tidak pernah menjadi isu.

8. Sebaliknya di tanahair, agama sering dijadikan faktor penting untuk memperkukuhkan pengaruh politik peribadi dan kumpulan meskipun belum tentu intipati agama itu dihormati.


Monday 15 August 2011

Malaun Politik

1. Politik itu pelbagai. Terkadang boleh bercampur antara dosa dan pahala. Kebijaksanaan sangat diperlukan untuk meniti jambatan sehalus rambut.

2. Adapun, destinasi politik adalah untuk memperolehi kuasa. Sedangkan kuasa itu terlalu mudah untuk disalahgunakan.

3. Lalu, lahirlah malaun politik yang bertindak melebihi tatacara haiwan liar yang membunuh tanpa kasihan. Tidak lagi menggunakan pantun seloka dan budibicara yang sopan. Malaun politik akan mengaum menunjukkan taringnya nan tajam.

4. Malaun politik suka mencari kawan untuk dijadikan penyokongnya. Bukan rakan berburu, apatah lagi rakan makan setalam. Jika dapat mangsa tergolek lazat, malaun politik bersedia bertarung dengan kawan sendiri.

5. Hari-hari malaun politik berfikir, siapa lagi yang menjadi mangsanya.

Sunday 14 August 2011

Ramadhan Bulan Merdeka

1. Secara kebetulan, Ramadhan tahun ini jatuh pada Ogos yang menjadi bulan meraikan ulang tahun kemerdekaan negara.

2. Tapi Tuhan tidak cipta sesuatu dengan sekadar kebetulan. Ada sesuatu yang ingin disampaikan dari setiap kejadian.

3. Ramadhan adalah bulan memenjarakan segala iblis dan syaitan dan diberikan manusia merdeka daripada pengaruh pujukan berbisa sang iblis.

4. Adapun nafsu adalah sebahagian dalam diri manusia sebagaimana jasad, rohani dan akal. Sepanjang Ramadhan, nafsu dikekang melalui ibadah yang berpanjangan dan berterusan.

5. Bila begitu, merdekalah kita!

Friday 12 August 2011

Cara Melihat Demonstrasi London Yang Kacau

1. Hampir setiap minggu (bahkan mungkin hari-hari) upacara demonstrasi satu ritual biasa dalam negara demokrasi sekular itu.

2. Demonstrasi dari pasal lubang longkang yang sumbat hinggalah kucing yang mati tersepit di pintu flat. Macam-macam ada.

3. Ada beberapa perkara bagaimana pemimpin politik dan media massa di Malaysia melihat tentang demonstrasi London yang kacau dengan kemalangan yang menimpa pada pelajar Malaysia, Mohd. Asyraf Haziq Rosli.

4. Kejadian yang menimpa pada pelajar itu seperti ada kaitan dengan demonstrasi. Pihak polis, doktor, media, masyarakat tempatan dan pemimpin UK memandang serius kejadian itu. Bahkan diperbesar-besarkan statement David Cameron, cerita wartawan yang berkumpul di Hospital Royal London, di White Chapel, pihak hospital yang cepat bertindak, manakala pihak universiti yang ingin membantu sama dan sebagainya.

5. Ya, semua itu betul!

6. Tetapi ada satu perkara utama yang dilupakan oleh media di Malaysia; itulah cara orang British bertindak. Bukan kerana Mohd. Asyraf Haziq yang malang itu, bukan kerana demontrasi kacau itu tetapi itulah bagaimana media, pemimpin, masyarakat tempatan, hospital memainkan peranan mereka.

7. Jika berlaku satu kemalangan samada di jalanraya ataupun kebakaran rumah, pasukan keselamatan seperti polis, bomba, ambulan akan sampai segera. Bukan satu dua, bahkan kadangkala satu kemalangan kecilpun, tiga atau empat kereta polis atau ambulan yang datang memberikan bantuan. Wartawanpun sibuk ambil gambar. Itu biasa. Sebaliknya jika kemalangan kecil berlaku di Malaysia. yang mengerumuni mangsa ialah lima atau enam `tukang tarik kereta'. Polis belum sampai-sampai lagi.

8. Kejadian pecah rumah lazimnya berlaku di bandar-bandar besar yang ramai pendatang. Sebaliknya, di kawasan seperti Swansea, ia jarang berlaku. Bukan tidak ada.

9. Ruginya, kejadian tersebut berlaku selepas Bersih 2.0. Jika tidak, itulah modal tambahan untuk menyatakan betapa demontrasi boleh menjejaskan keselamatan dunia dan akhirat.




Thursday 11 August 2011

Air Asia Berbuka Puasa Dengan Menelan Sebiji MAS

1. Sekarang tibalah waktu berbuka puasa bagi kawasan Tony Fernandez dan rakan-rakannya tinggal.

2. Tanpa perlu berlapar, dahaga atau letih, maka majlis iftar jama'e yang dilakukan secara live selamat diadakan.

3. Majlis baca doa diadakan oleh Ustaz berkopiah putih berbelang halus hitam. Langgam doanya sarat keAraban sehingga kami terasa seakan terlalu hampir pada malaikat yang mencatat amalan kami.

4. Selamat berbuka puasa. MAS sudah masuk dalam perut mereka.

Monday 8 August 2011

'Political Punishment' dalam Pakatan Rakyat

1. Dalam politik sebenar tiada istilah `memaafkan' pada kesilapan. Meskipun kesilapan itu berlaku sebelum aqil baligh. Buku rekod tadika ataupun sekolah menengah akan dijadikan bahan bukti pengukuhan dakwaan. Oleh itu, ia akan dihukum sepanjang zaman. Selagi ada nadinya.

2. Anehnya, ia seperti tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR). Sukar untuk aku mengketogorikan kondisi ini sebagai betapa `jiwa besar' pemimpin PR. Apatah lagi, jika hendak dikaitkan dengan PAS itu sendiri. Apakah ini dinamakan toleransi atau demi masa depan politik kita?

3. Contohnya, adegan lompat-melompat di kalangan beberapa pemimpin politik dilihat sebagai isu individu. Tiada kena mengena dengan kredibiliti dengan parti yang terbabit. Sedangkan secara normalnya, penyakit kronik itu menjadikan pengundi dan rakyat merasa jijik, geli geleman dan mengambil langkah berjaga-jaga dan semakin curiga.

4. Menjelang PRU13, PR seakan langsung tidak belajar atau tidak buka kitab sebelum ingin buat keputusan. Terdapat beberapa pemimpin PR sedikit angau dengan istilah `politik baru' yang dicipta reka untuk kelihatan dilihat hebat.

5. Ingatlah, memang kerja orang politik mencipta imaginasi yang merentas langit ke tujuh hanya dengan sepatah dua kata.

6. Oleh itu, ada waktunya,`political punishment' adalah bertujuan untuk mengajar mengenal diri. Setidak-tidaknya tidaklah si bangang berfikirnya bagai cendiakawan, si tempang memarahi lantai yang tak rata.

7. PAS jangan takut melaksanakan `political punishment' sebelum rakyat membuat `political punishment' mereka sendiri dalam PRU 13. Pada ketika itu, hukuman rakyat akan bersifat menyeluruh.

8. PAS perlu PR sebagaimana PR perlukan PAS itu sendiri. Ini tidak bermakna PAS seharusnya berkepit memanjang dengan si kurap yang korup tanpa mengubati terlebih dahulu.

9. Setidak-tidak dijentik telinga pekak badak atau dicubit perutnya yang boroi itu!






Friday 5 August 2011

Salam Ramadhan Yang Terlewat

Sudah berhari hari berada pada bulan puasa
Maka sudah berhari-harilah kita ditawarkan
pahala berganda-ganda

selamat meraikan hadirnya
Ramadhan mulia

Monday 25 July 2011

Bersih 2.0 di Kota London

9 Julai 2011 di hadapan kedutaan Malaysia
di Belgrave Square
berjalan tidak sampai 10 minit
dari Victoria Coach Station

11.30 kami sudah sampai
menambah angka yang hadir
meriahkan suasana
dengan lagu keadilan dan kebebasan

Empat polis datang bertanya khabar
jika ada bantuan yang diperlukan
ohh kawan kami mahu datang
tempat tidak cukup

Nanti kami luaskan
kawasan. Kata polis cukup mesra.
Dibawanya besi penghalang
untuk kami berdemonstrasi
secara aman.

Lalu, polis itupun pulang
tinggalkan kami
melaungkan kata-kata
yang bersih lagi suci murni

12.30 kami bergerak
menuju ke Istana Buckingham,
Hyde Park yang berdekatan
Merentas di tengah kota
menuju bersebelahan
British National Art Museum
berkubah biru

Belon kami lepaskan di Trafalgar Square.
Tinggi ke awan biru
gagak hitam berterbangan
memerhati sayapnya yang panjang

Aku pulang waktu petang
bas berhenti tapi aku tidur mati
tau-tau sampai di Swansea

Macam bermimpi
aku masih di Swansea












Thursday 7 July 2011

BERSIH di Kota London

1. Makan malam dengan kari kambing dan nasi basmathi di Manchester menghangatkan lagi bincang kami tentang Bersih 2.0 di Kota London. Ajak seberapa ramai pemberani umat.

2. Hadapan High Comm. 12.30 tgh Sabtu nanti, bakal kami berhimpun mengibarkan Jalur Gemilang, berbaju kuning, bersemangat merdeka. Nyanyian serambi kebebasan.

3. PAS perlu dilihat memimpin, bukan sekadar peserta atau tukang pacak dalam lakon politik di pentas rakyat. Penyokong PAS tegar di UK, perlu keluar dari lingkaran tradisi tamrin, perjumpaan yang kaku kepada aksi demontrasi yang menuntut lebih komitmen.

4. Kekuatan UMNO bukan kerana faktor wang dan kedudukan tetapi pembudayaan yang panjang berakar umbi dalam kotak fikiran Melayu. Biarpun sesetengah penyokong PAS tidak terikat dengan faktor ekonomi atau kedudukan, ada yang masih terbelenggu dalam romantisme Melayu.

5. Jom ke Kota London Sabtu ni!

Monday 4 July 2011

Serah Tanah Tanpa Darah

1. Antara minat aku di UK ialah membeli buku lama. Salah satunya, The Nelson, Universal Hand-Atlas yang diterbitkan dalam tahun-tahun 20an. Pada mukasurat 335, wilayah yang hari ini disebut Israel ditulis dengan Palestine. Manakala mukasurat 168 dan 167, wilayah Malaysia disebut Straits Settlements, Malacca and Naning dan Singapore. Tiada lagi istilah Malaya atau Tanah Melayu.

2. Tanggal 30 Jun 2011, sejalur lagi tanah Malaysia pupus dari peta Singapura. Tanah KTM dan stesyen Tangjung Pagar tinggal dalam kenangan. Penyerahan tanah diwarna warnikan sebagai langkah yang bijaksana dalam pelaburan masa hadapan.

3. Samalah hikayat malang Sultan Kedah menyerahkan Pulau Mutiara kepada Francis Light (1786), Tun Razak mengurniakan kuasa politik orang Melayu di Pulau Mutiara kepada GERAKAN. Atau termaterinya Perjanjian Pangkor 1874. Atau penyingkiran Singapura pada 1965 oleh Tunku Abdul Rahman serta sekutunya. Malah ada berpuluh-puluh (mungkin ratusan) contoh untuk dinyatakan.

4. Serahkan tanah tanpa darah bagi memastikan kuasa terus kekal dalam dada.

5. Melayu tidak belajar dari sejarah. Pemimpin Melayu yang berkuasa hanya mencipta sejarah malang buat bangsanya.

Saturday 2 July 2011

Politik Ikut Kitab

1. Adapun buku, kitab ataupun apa-apa tulisan berbentuk pandangan adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis pada zamannya.

2. Politik pula sentiasa berubah.

3. Untuk menang, politik perlu menilai ukur zaman. Bukan menelaah kitab tanpa wujud pena'kulan baru.

4. Sesekali perlu redah.

Tuesday 28 June 2011

Keperluan Sebuah Anarki

1. Demonstrasi boleh mewujudkan anarki.

2. Anarki adalah jalan untuk jatuhnya sebuah dominasi kuasa.

3. Jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak kerana jayanya BN mewujudkan anarki dalam kekemelutan politik di negeri bertuah itu.

4. Ringkasnya, wujudkan anarki dan jatuhlah kerajaan itu dengan sendirinya!

Saturday 25 June 2011

Perhimpunan Yang Menamatkan Dominasi BN

1. Dengan siaran berulang kali di kaca tivi dan media tentang himpunan Bersih 2.0, mauduk perhimpunan akan terus berada pada carta teratas perbualan masyarakat.

2. Jumlah undian lebih 1 juta sokongan pada perhimpunan Bersih 2.0 membayangkan bahawa perhimpunan itu akan lebih berskala besar.

3. Langkah mengadakan perhimpunan di Kuching dan Kota Kinabalu menambah-nambahkan lagi tekanan kepada kerajaan sedia ada.

4. Sokongan terbuka oleh SN Dato' A. Samad Said dan Aziz Bari sememangnya tersedia merungsingkan.

5. Pasukan peguam yang bersedia berkhidmat dan menghadapi risiko kena tangkap.....wow!

6. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain turun ke jalan raya.

7. Era memperayai sistem pilihanraya semakin mereput.

8. Inilah saatnya untuk menamatkan satu marathon lebih setengah abad hegemoni kuasa.

Friday 24 June 2011

Sarapan Pagi Jumaat

Sepotong berita lama
secangkir kopi pahit
di bawah pohon jambu tua
Seringit dalam poket

Tak cukup!!!!!

Thursday 23 June 2011

Selepas Pintu Masuk Top Kapi

1. Dengan bayaran 30 Euro, nikmatilah istana Sultan Uthmaniah di Istanbul.

2. Selepas masuk ke pintu utamanya, anda akan memasuki kawasan dapur istana.

3. Selepas itu, kawasan harem yang boleh memuatkan 300 gundik dalam satu masa.

4. Selepas itu, fikirlah sendiri.

Wednesday 22 June 2011

Mengapa disebut KERAJAAN?

1. Dalam tradisi politik Melayu, kewujudan sebuah kerajaan dimulakan dengan wujudnya raja sebagai pemimpin. Kemudian mendapat kesetiaan daripada rakyat dalam sesebuah wilayah. Melalui proses tersebut, raja memiliki kedaulatan yang menjadi landasan dalam sistem bermasyarakat.

2. Oleh itu, tiada elemen utama dalam konteks kerajaan yang dilihat kuasa lebih berada pada batang tubuh raja itu sendiri. Sehingga lidahnya menjadi kitab yang suci untuk disembah oleh rakyatnya. Air basuhan kakinya menjadi ramuan ubat mujarab.

3. Berbeza dalam tradisi Inggeris. Mereka menyebut `government'. Istilah `Kingdom' hanya dalam lipatan sejarah.

4. Sedang berfikir lagi.....

Sunday 19 June 2011

Seorang Tua....

Sajak Seorang Tua Tentang Bandung Lautan Api adalah sebuah sajak yang didedikasikan untuk mengenang peristiwa Bandung Lautan Api yang terjadi di Kota Bandung pada tahun 1946.

Oleh : W.S. Rendra

Bagaimana mungkin kita bernegara
Bila tidak mampu mempertahankan wilayahnya
Bagaimana mungkin kita berbangsa
Bila tidak mampu mempertahankan kepastian hidup
bersama ?
Itulah sebabnya
Kami tidak ikhlas
menyerahkan Bandung kepada tentara Inggris
dan akhirnya kami bumi hanguskan kota tercinta itu
sehingga menjadi lautan api
Kini batinku kembali mengenang
udara panas yang bergetar dan menggelombang,
bau asap, bau keringat
suara ledakan dipantulkan mega yang jingga, dan kaki
langit berwarna kesumba
Kami berlaga
memperjuangkan kelayakan hidup umat manusia.
Kedaulatan hidup bersama adalah sumber keadilan merata
yang bisa dialami dengan nyata
Mana mungkin itu bisa terjadi
di dalam penindasan dan penjajahan
Manusia mana
Akan membiarkan keturunannya hidup
tanpa jaminan kepastian ?

Hidup yang disyukuri adalah hidup yang diolah
Hidup yang diperkembangkan
dan hidup yang dipertahankan
Itulah sebabnya kami melawan penindasan
Kota Bandung berkobar menyala-nyala tapi kedaulatan
bangsa tetap terjaga

Kini aku sudah tua
Aku terjaga dari tidurku
di tengah malam di pegunungan
Bau apakah yang tercium olehku ?

Apakah ini bau asam medan laga tempo dulu
yang dibawa oleh mimpi kepadaku ?
Ataukah ini bau limbah pencemaran ?

Gemuruh apakah yang aku dengar ini ?
Apakah ini deru perjuangan masa silam
di tanah periangan ?
Ataukah gaduh hidup yang rusuh
karena dikhianati dewa keadilan.
Aku terkesiap. Sukmaku gagap. Apakah aku
dibangunkan oleh mimpi ?
Apakah aku tersentak
Oleh satu isyarat kehidupan ?
Di dalam kesunyian malam
Aku menyeru-nyeru kamu, putera-puteriku !
Apakah yang terjadi ?

Darah teman-temanku
Telah tumpah di Sukakarsa
Di Dayeuh Kolot
Di Kiara Condong
Di setiap jejak medan laga. Kini
Kami tersentak,
Terbangun bersama.
Putera-puteriku, apakah yang terjadi?
Apakah kamu bisa menjawab pertanyaan kami ?

Wahai teman-teman seperjuanganku yang dulu,
Apakah kita masih sama-sama setia
Membela keadilan hidup bersama

Manusia dari setiap angkatan bangsa
Akan mengalami saat tiba-tiba terjaga
Tersentak dalam kesendirian malam yang sunyi
Dan menghadapi pertanyaan jaman :
Apakah yang terjadi ?
Apakah yang telah kamu lakukan ?
Apakah yang sedang kamu lakukan ?
Dan, ya, hidup kita yang fana akan mempunyai makna
Dari jawaban yang kita berikan.

Sajak-sajak : Rendra, Sutardji Calzoum Bachri pada Hari Kebangkitan Nasional 1990.

Saturday 18 June 2011

Membersihkan Pilihanraya

1. Sapu bersih-bersih
2. Masukkan ke tong sampah
3. Tapi jangan kitar semula

Friday 17 June 2011

Sertailah Sekali!

1. Ada pepatah Rom menyebut bahawa jika kita gagal melawan musuh kita, maka sertai mereka. Menjadi sebahagian daripada mereka.

2. Aku fikir Bersih perlu raikan kehadiran Pemuda UMNO dan Perkasa dalam Himpunan Bersih 2.0.

3. Oh meriahnya!

Wednesday 15 June 2011

Untungnya Nelayan Melayu

1. Langkah kerajaan menarik subsidi diesel kepada nelayan adalah sesuai dalam kondisi politik negara. Kebanyakan nelayan yang terlibat adalah terdiri daripada kaum Cina yang telah membuat tsunami politik pada pilihanraya lalu.

2. Inilah waktunya, MCA menjadi hero pembela kaum nelayan dengan mengkritik menteri UMNO sebagai `tidur'. MCA yang hilang sokongan setidak-tidaknya akan memperolehi keuntungan politik dari kes ini.

3. Nelayan Melayu juga berkolek di tepi muara, mencari ikan di tebing sungai dan memancing pada danau sepi tanpa subsidi.

4. Tahniah para nelayan Melayu yang tidak bergantung hidup dengan subsidi. Biarlah Melayu kais pagi, makan pagi.

Tuesday 14 June 2011

Mencari Buang Mendapat Janda

1. Dr. Shahrol kata, luka di perut dan pipiku adalah akibat sengatan ulat tenggek. Binatang itu mudah didapati di kawasan padi dan kelapa sawit. Biasanya menyerang manusia pada waktu malam.

2. Lukanya bagai terkena libasan pedang di hujung kulit pipiku. Pedih. Setelah itu, gatal pula.

3. Menurut perubatan orang tua-tua dulu, carilah orang bujang yang berkahwin dengan janda atau si janda yang berkahwin dengan anak bujang untuk mengubati sengatan itu. Berilah beberapa keping daun jambu muda dan minta dikunyah kemudiah ludahkan di tempat yang kena sengat.

4. Nak cuba? :)

Tuesday 31 May 2011

Padamkan Api Kemarahan Itu!

Biarpun kenaikan 7% tarif elektrik mulai 1 Jun ini, harap ia tidak menjadikan anda marah. Padamkanlah api kemarahan itu dengan bergelap pada malam hari, berpanas tanpa aircond di siang hari.

Kita terus menjadi rakyat yang setia, tak berbelah bahagi. Taat tidak terbilang.

Thursday 26 May 2011

Dichotomia Yang Sakit Dalam PAS


Tiga penjuru perlumbaan jawatan Timbalan Presiden PAS semakin dirancakkan dengan tujuh penjuru perlumbaan dalam jawatan Naib Presiden. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatan yang perlukan sokongan lain.

Dichotomia diantara ulama-professional-aktivis dalam pemilihan pemimpin hanya memperlihatkan pola pemikiran yang sakit. Lebih sakit dengan dichotomia yang berasaskan kaum, wilayah ataupun kelas.

Kesakitan ini semakin menjadi-jadi menjelang hari-hari Muktamar yang begini: Muktamar Pemilihan. Ahli dan perwakilan dipersembahkan metos pemikiran yang karut. Jauh dari semangat organisasi yang berkesan. Apatah lagi jika ingin disandarkan dengan nilai kepimpinan sebagai sebuah gerakan siasah-dakwah Islam.

Seharusnya yang menjadi ukuran dalam memilih pemimpin ialah kebolehan (abiliti) memimpin. Pemimpin mesti memilih kebolehan untuk merangsang, menginspirasi dan menunjuk jalan. Jubah atau coat bukanlah simbol untuk pemimpin yang baik. Ia mungkin seorang yang baik. Ia baik untuk dirinya. Belum tentu pada partinya ataupun negaranya.

Wednesday 25 May 2011

Bertuahnya Seorang Guru

Seketika menanti di kaunter bank,
aku disapa oleh seseorang.
Memperkenalkan dirinya
sebagai ayah kepada seorang mahasiswa.
Bangga bercerita tentang anaknya.

Dalam diam,
Aku juga berbangga
kerana anaknya itu
adalah juga anak murid aku.

Bertuahnya seorang guru.

Tuesday 24 May 2011

Jika Anda Diberi Peluang

Jika anda diberi peluang berbahas dalam persidangan UMNO
Jika anda diberi masa berpidato pada sidang Muktamar PAS
Jika anda diberi ruang untuk bersyarah di Kongress PKR
dan
Jika anda diberi kesempatan bercakap di AGM DAP

Apa yang kau mau cakap?

Monday 23 May 2011

Halusi Jiwa Kami

Korban tanah runtuh
kelmarin
adalah suara jiwa
kami yang
tenggelam

Hari ini adalah
hari-hari upacara
menabalkan pembela
madrasah
pada kaca tivi

Friday 20 May 2011

Izinkan Aku Berdiri Sekejap

1. Erdward W Said menulis dalam Covering Islam, hal ehwal tentang Islam termasuk dalam kategori Kementerian Luar Negara Amerika Syarikat.

2. Bukan termasuk dalam kategori hal ehwal keagamaan, pemikiran, sains dan kebudayaan.

3. Izinkan aku berdiri sekejap, aku berdiri di mana sekarang ini?

Individu Berpengaruh dan Rapat dengan Najib Tun Razak

1. Pengerusi Urusan Ethos Capital, Rohana Mahmood;

2. Pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,

3. Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd

4. Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

5. Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

6. Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

7. Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

8. Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

9. Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

10. Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

11. Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

12. Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

13.Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

14.Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

15.Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

16.Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

17.Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

18.Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.


Sumber:

Mark D. Clark; Malaysia Today dari Wikileaks.

Bank Perpaduan

Khabarnya Bank Islam nak bergabung dengan Bank Muamalat.
Baguslah, jika itu semakin membesarkan sistem muamalat Islam.

Cuma bimbang, ia akan membesarkan kerugian sistem muamalat Islam.

Thursday 19 May 2011

Saya Letih

'Saya sebenarnya memang letih
badan saya sudah terasa tak mampu
tapi demi perjuangan
saya gagahkan juga!

Hari ini saya diminta berceramah
Malam tadi ke Pantai Timur
Petang ini, insyaAllah ke Kuala Lumpur ........'

Kata Sang Kuasawan. Bukan Aku.
Di Banjaran Titiwangsa yang mengutip sokongan dan simpati.

Wednesday 18 May 2011

Kalau Nak Naik, Biarlah Sikit

Sebagai langkah persediaan, kerajaan telah memaklumkan
hasrat untuk menilai harga petrol bulan depan.

Sebagai rakyat biasa, kami memohon jasa baik kerajaan
untuk mempertimbangkan kenaikan yang sewajarnya.

Naiklah sikit-sikit. Supaya kami mati secara sikit-sikit.
Tak terasa sangat sakitnya.

Monday 16 May 2011

Mau Jadi Pendeta

Terima kasih Perdana Menteri
Menjanjikan guru
selaut takhta
segunung harapan

sanggup menanti
januari nanti

Terlukanya Pak Guru

Tak kuucap selamat hari guru
kerana hari-hari guru
adalah hari yang terluka

Maafkan aku pak guru,
kerana aku masih enggan mengaku
Melayu perlu bersatu
atas mentera sang kuasawan

Biarlah kuredah
amukan sang kuasawan itu!

Sunday 15 May 2011

Perang Selak




Perang selak bermakna memerangi kesopanan dan kesusilaan
satu daripada lima rukun negara

Berani kau buat!
Jika tidak kulancarkan perang salib

Betul!

Aku dari Pasir Salak.

Saturday 14 May 2011

Bang Mat Sabu: Jangan Tertipu!

1. Nama Bang Mat terus meletup. Banyak kawasan mencalonkan beliau sebagai Timbalan Presiden PAS.

2. Apakah benar PAS Kawasan mencalonkan kerana untuk undi atau sekadar ambil hati Bang Mat untuk datang berceramah lagi di kawasan mereka?

Thursday 12 May 2011

Membunuh Perutusan Syaitan

Sang blogger berimaginasi
sendirian tanpa teman
tentang bulan tiba-tiba berwajah mentari
kemudian, dijadikan berita utama
pada dada akhbar perdana
bertemperiaranlah sang rakyat
berkira-kira hampir kiamat

lalu, datanglah Perdana Menteri
Najib Tun Razak
menyeru agar rakyat satu Malaysia bertenang......

Wow hebatnya politik!

Wednesday 11 May 2011

Dialog Petang

A: Minyak dan gula naik.
B: Kurangkanlah minyak dan gula dalam seharian.
C: Aku tak guna minyak. Selamat.
D: Aku kencing manis. Selamat.

Sunday 8 May 2011

Keupayaan Bang Mat Sabu Memintas Ustaz Nasa

1. Persepsi tidak semestinya betul. Yang ada adalah aliran struktur pemikiran seseorang.

2. Kehadiran Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Bang Mat Sabu di Dewan Jubli Perak, Shah Alam semalam membayangkan dua calon Timbalan Presiden itu sedang `berentap' hebat.

3. Mengikut laporan Malaysiakini, pencalonan Bang Mat Sabu sedang mendahului. Sebaliknya ada sumber lain menyebut, penyandang Timbalan Presiden sekarang masih dihadapan walaupun tidak dinafikan wujud ketidakselesaan.

4. Mood yang ada di Dewan Jubli Perak menunjukkan momentum kepimpinan ulama masih dalam konteks batang tubuh seseorang. Bukan institusi sebagaimana dalam perlembagaan parti.

5. Apabila Ustaz Harun Taib menyebutkan perlu untuk Ustaz Nasaruddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden, ada yang menganggap sebagai cadangan. Kalau pihak lain, jangan disebut melobi.

Saturday 7 May 2011

Kaedah Machiavelli (3)

1. Pemimpin tidak semestinya di kalangan baik tetapi yang paling utama ialah pemimpin mestilah dilihat baik.

2. Oleh itu, buatlah apa cara sekalipun agar pemimpin kelihatan baik.baik.baik.

3. Baik tak?

Kaedah Machievelli (2)

1. Pemimpin yang disukai oleh rakyat ialah pemimpin yang bijak menabur janji. Walau bagaimanapun, tidak semestinya semua janji perlu dipenuhi.

2. Setelah kuasa diperolehi, carilah alasan yang boleh diterima oleh rakyat.

3. Pemimpin yang lebih bijak apabila alasan itu disambut oleh rakyat dengan berlapang dada.

Friday 6 May 2011

Hukum Juanda

1. Jangan terlalu cepat hukum sesama kita dengan `kenyataan' Mufti Perlis Juanda Jaya. Media berjaya letakkan bola lambung untuk kita libas sesama kita.

2. Lihatlah kerangka pemikirannya. Juanda bercakap atas kapasiti yang berbeza dengan anda berada sekarang.

3. Dakilah gunung yang tinggi, kau kan lihat indahnya bumi bertuah ini.

4. Aku hanya tahu nama dia di media sahaja. Pertama kali aku jumpa Juanda sewaktu kunjungan Zambry Kadir ke London dua tahun lalu. Aku ingat dia jamaah tabligh. Itu ukuran aku melihat cara pemakaiannya waktu itu. Kami berbincang hingga larut malam di Malaysian Hall tentang hal-hal dunia.

Thursday 5 May 2011

Jemputan Ke Neraka

Silalah masuk ke pintu
yang bertahun kami nantikan
dengan madu
dan bunga

Ini bukan syurga
tapi adalah neraka

Thursday 28 April 2011

Cis Polis Tipu la!

1. Baru semalam dua, polis kata tak main sorok-sorok nak perangkap pemandu yang pandu kereta laju.

2. Baru tadi......aku ternampak dua anggota polis menyorok bawah pokok kelapa sawit dekat Sri Iskandar. Siap dengan kameranya menuju ke arah aku yang memandu secara aman sentosa.

3. Mana yang betul?

Wednesday 27 April 2011

Menghidupkan Utusan Malaysia

1. Utusan Malaysia berasal dari Utusan Melayu yang ditubuhan pada 29 Mei 1939 di Singapura. Kini ibukandung Utusan Malaysia, Utusan Melayu dalam tulisan Jawi sudah ke liang lahat. Bersemadi tak kembali.

2. Demi menghidupkan Utusan Malaysia terus, bangkitkanlah hantu-hantu perkauman dan kesempitan pemikiran agama dan marakkan api kebencian.

3. Long Live Utusan Malaysia!

Tuesday 26 April 2011

Polis Tak Perangkap Lagi!

1. Di UK, cara polis memantau kelajuan pemandu di lebuhraya bagus untuk Polis di Malaysia ambil contoh.

2. Mereka parking van yang ada kemera di tepi lebuhraya. Dari jauh sudah nampak. Dua tiga batu dari van itu, simbol amaran had laju tersedia terpampang di tepi lebuhraya. Memang jarang sekali kami kena saman laju. Kebanyakannya pemandu akur pada peraturan jalanraya. Kamipun terikut cara mereka, berdisiplin bila memandu. Kuranglah pendapatan negara. Kurang saman.

3. Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Khalid Abu Bakar bahawa polis sudah tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya.

4. Baguslah, kesihan polis yang bertugas.

5. Kesihan juga kat kami yang kena saman.

Monday 25 April 2011

Jalan Machiavelli (1)

1. Ada dua cara berjuang: melalui undang-undang dan satu lagi melalui kekerasan. Kaedah pertama bersifat manusiawi dan tidak memadai untuk berkuasa melainkan perlukan kaedah kedua; kekerasan yang lebih bersifat kehaiwanan.

2. Pemimpin perlu menguasai kedua-dua pendekatan ini untuk terus berkuasa. Menguasai satu kaedah sahaja akan menyerlahkan kebebalan pemimpin itu sendiri.

3. Pemimpin perlu dilihat seperti manusia walaupun jiwa politiknya bernafas binatang.

Sunday 24 April 2011

Sejarah Bermulanya Konsep Kepimpinan Ulama

1. Konsep `kepimpinan ulama' bermula dari idea tiga pimpinan Pemuda PAS semasa Muktamar Pemuda PAS Pusat pada 1982 diadakan secara berasingan dengan Muktamar PAS Pusat di salah sebuah rumah pimpinan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hasan Salahudin (Rujukan: Hj. Subky Latif)

2. Memandangkan tiada usul tertentu dari perwakilan negeri-negeri, mereka memutuskan untuk mengadakan satu usul bagi pihak AJK Pemuda PAS Pusat. Ini merupakan langkah susulan memberi isyarat supaya Dato' Asri berundur dari tampuk kepimpinan. Sebelum itu, beberapa pimpinan Pemuda PAS telah pergi melawat ke Iran selepas revolusi. (Rujukan: Cikgu Mustafa Ali).

3. Tanpa menafikan, revolusi Islam Iran telah sedikit sebanyak mencorakkan idea awal konsep kepimpinan ulama yang ingin dibawa oleh Pemuda PAS Pusat. Personaliti Imam Khoimeini amat menarik minat pada delegasi Pemuda PAS yang pergi.

4. Mereka mahu, pemimpin PAS macam kepimpinan revolusi Islam Iran yang sederhana hidupnya terutama merujuk kepada personaliti Imam Khoimeini. (Rujukan: Ustaz Salahuddin Abdullah).

5. Muktamar Pemuda PAS Pusat di Madrasah Masriyyah, Bukit Mertajam dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Fadzil Mohd. Noor. Ketika Cikgu Mustafa Ali mengemukakan idea `konsep kepimpinan ulama', Ustaz Fadzil Mohd. Noor pada asasnya bersetuju walaupun tidak begitu jelas konsep itu secara lebih detail. (Rujukan: Hj. Subky Latif)

5. Bagi Dato' Asri Hj. Muda, konsep `kepimpinan ulama' adalah signal untuk menyingkirkan kepimpinannya. Tanpa menafikan, sebelum itu sudah ada retak yang menanti belah dalam krisis antara kepimpinan PAS waktu itu. (Rujukan; Cikgu Rahim Kota Bharu)

6. Ketika itu, Pemuda PAS melihat susuk kepimpinan anak muda yang baru kembali ke tanahair sebagai alternatif kepimpinan baru PAS. Mereka dilihat begitu karismatik sekali. Pidatonya mempersonakan dan menyakinkan. Penampilan personalititinya hampir menyamai dengan personaliti Imam Khoimeini.

7. Pemimpin muda itu ialah Ustaz Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Abdul Hadi Awang. Pemuda PAS Kelantan mempelopori usaha membawa Ustaz Nik Aziz Nik Mat ke persada politik nasional. Antaranya memujuk beliau untuk bertanding Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan beliau akhirnya menang. Secara peribadi, itu merupakan satu pengalaman yang cukup terkesan sehingga hari ini. Terasa tidak wajar untuk beliau menentang seorang ulama yang cukup disegani ketika itu. (Rujukan; TG Nik Aziz Nik Mat).

8. Kemuncak konsep kepimpinan ulama diletupkan ketika ucapan dasar Yang Dipertua PAS, Dato Asri ditolak oleh muktamar PAS Pusat di DBP, Kuala Lumpur. Dato' Asri meletakkan jawatan dan bermulalah satu episod bentuk kepimpinan yang dianggap `lebih segar dan baru' pada waktu itu - Kepimpinan Ulama.

9. Sambung malam nanti......

Saturday 23 April 2011

Menjelang Muktamar PAS

1. Mat Sabu tidak boleh jadi Timbalan Presiden. Dia ada kes dulu. Lagipun dia bukan ulama. Seorang teman berhujah. Aku diam. Tidak tidur atau akur. Sekadar memahami tabiat dan pemikiran ahli parti yang berasaskan Islam.

2. Ustaz Nasarudin Mat Isa memang ulama. Dia boleh bertutur banyak bahasa. Tambah kawan lain. Akupun pening, apa mengena antara banyak bahasa dengan kepimpinan?

3. Tapi Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sudah awal-awal tak mahu bertanding Timbalan Presiden. Kalau dia ikut bertanding, Ustaz Nasaruddin dan Bang Mat Sabu akan kalah. Itu hitung mudah.

4. Husam Musa mungkin kali ini sokong Bang Mat Sabu. Tapi Husam tidak banyak penyokong di Kelantan. Dia national figure. Kelantan tak berapa nak terima. Harap tiada warlord selepas ketiadaan Tok Guru Nik Aziz nanti. Dunia pasti ada penghujungnya.

5. Pimpinan PAS Perak jarang menang dalam pemilihan (kecuali Hj. Nizar Jamaluddin) walaupun ada AJK PAS Pusat adalah berasal dari Perak.

6. Walaupun Perak antara negeri yang mempunyai perwakilan banyak dalam setiap muktamar, suaranya tidak dapat disatukan. Mungkin perwakilan Perak tidak berfikiran kenegerian. Mungkin.

Memperbaharui Hari

Akhiri malam ini
gelap yang menidurkan
dan perbaharui esok
dengan
bangun di awal pagi

lalu menapaklah
di bumi yang luas ini

Friday 22 April 2011

Politik Pembangunan dan Politik Kebencian

Di pedalaman desa
suburlah politik pembangunan.
di kota membangun,
dirikan politik
kebencian.

mengapa
begitu politiknya, tuan.

Berseluar Jeans Pagi Ini

Pagi ini aku berseluar jeans dan t'shirt biru
bersarapan segelas air madu
Di pinggir jalan menuju ke pekan
masih bisa kau temui lelaki berbaju
bagai setahun tak berbasuh

Sedang sang pemimpin
membicarakan apakah pakaian
yang sesuai dipakai oleh rakyat

Izinkan kubuka t'shirt ini
untuk lelaki itu

Mohon ijin.

Thursday 21 April 2011

Pengikut Pakatan Rakyat Bertepuk Sebelum Majlis Tamat

1. Kertas siasatan tentang kes video Dato' T telah siap dihantar kepada Peguam Negara. Ada kemungkinan, mereka akan didakwa kerana mengedar video lucah kepada awam.

2. Mendengar khabar itu, maka sebahagian pengikut PR menarik lega dan bertepuk tangan kegembiraan. Senjata makan tuan. Tambah mereka lagi.

3. Drama belum habis lagi la, kawan! Jangan cepat bertepuk tangan, majlis masih berlangsung biarpun pengerusi tertidur keletihan.

Wednesday 20 April 2011

DAP: The Chinese Protector

1. Keputusan Pilihanraya Sarawak menjelaskan bahawa DAP telah berjaya meneruskan legasi political tsunami 2008nya selama tiga tahun berterusan.

2. Bahkan mengambil kira perkiraan Briget Welsh, melalui pilihanraya Sarawak menunjukkan PR mendapat peningkatan undian di semua tempat dan kaum. Namun peningkatan tersebut tidak memadai untuk melakukan perubahan total.

3. SUPP yang dikatakan mewakili kepentingan kaum Cina di Sarawak hilang banyak kerusi yang dipertandingkan termasuk kerusi Presidennya, George Chan. Lapan kerusi SUPP yang kalah, tujuh daripadanya adalah kawasan majoriti kaum Cina. Manakala kerusi yang menang di kawasan lebih 50 majoriti Cina, SUPP menang dengan majotiri kecil.

4. GERAKAN dan MCA sudah tidak dilihat sebagai taikun yang melindungi kepentingan kaum Cina di Malaysia. Apabila hilang, Hai San dan Ghee Hin di Larut, pada tahun-tahun 30- 40an, parti Komunis dan Koumintang menjadi pelindung pada kaum Cina di Malaya. MCA mula mengambil peranan menjelang pilihanraya pertama Malaya 1955.

5. GERAKAN pula mengambil peranan MCA pada tahun 1969 selepas rundingan antara Tun Razak dengan pimpinan GERAKAN Pulau Pinang untuk membentuk kerajaan campuran.

6. Pilihanraya Umum 12, menunjukkan kaum Cina telah memilih DAP sebagai `the Chinese Proctetor'.

7. Sementalahan itu, PAS masih belum menemui ramuan untuk menggantikan UMNO sebagai `pelindung kaum Melayu'. Orang Melayu berada 50-50 untuk memilih PAS dan terus meninggalkan UMNO. Rasa mengenang jasa telah menguburkan rasional masa hadapan.

Laluan Liku Bang Mat Sabu Untuk Timbalan Presiden

1. Confirm secara lisan dari mulut Bang Mat Sabu, ia akan bertanding jawatan nombor dua dalam parti Islam - PAS pada muktamar akan datang ini.

2. Bagaimana kalau ada pertandingan tiga penjuru, seperti Muktamar pemilihan dua tahun lalu? Bang Mat Sabu seperti yakin, kali ini dua penjuru sahaja. Husam dan Tuan Ibrahim Tuan Man sudah mengesahkan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu.

3. Sebulan setengah dalam politik adalah seribu tahun. Apa-apa boleh berlaku. Kita tidak boleh jangka.

4. Awal bulan depan, Bang Mat Sabu akan melancarkan Mat Sabu Fan Club di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur. Itu strategi politik meraih undi. Aku sedang memikirkan untuk datang. Tapi Dr. Google akan turut hadir. Selain itu, mungkin Lim Guan Eng juga akan turut serta. Depa memang bukan ahli PAS, tapi ahli PAS mungkin teruja pendekatan begini.

Hikayat Muara Tuang, Sarawak

1. Kg. Murut dan Kg. Jawa mengambil masa sejam dari Kuching jika menaiki kereta dengan kelajuan biasa.

2. Program penerangan di Kg. Jawa dibatalkan disaat akhir kerana tuan rumah tidak sanggup menahan tekanan politik. Pertemuan dengan kaum Murut di Kg. Murut pula tergendala kerana penduduk sedang mabuk dengan arak free daripada parti politik yang kaya raya. Mereka berkongsi faedah kekayaan.

3. Takut dan hilang akal, senjata paling ampuh dalam politik.

Sunday 17 April 2011

Selamat Tinggal Sungai Sarawak

Sungai Sarawak kutinggalkan riak kilat di wajah kelam malam
gerai ikan bakar penuh dengan pelanggan
tengah malam dalam renyai hujan
kami mencari jika masih ada ruang untuk bersembang
sambil menikmati sepinggan atau sehidang ikan bakar.

Seperti biasa, kami bincang tentang siasah tanahair
dan bagaimana mahu memperkasakan perjuangan,
menambah sokongan sambil mencari ruang-ruang
untuk mengintai kemungkinan-kemungkinan
membentuk kerajaan yang telah hilang,
menyambung angan tentang masa depan

Kami pulang tanpa kemenangan
penerbangan belon petang
sebelah ku Pak Syed Muhamad duduk
asyik memperbetulkan tongkatnya
aku melukis dan menulis kata-kata
yang begini....


Friday 15 April 2011

Aku Datang Padamu, Sarawak

Subuh meredah lebuhraya.
Merentas laut Cina Selatan yang tenang
Pagi di lapangan terbang Kucing.
Rumah besar di tepi jalan
Rumah kecil di celah hutan

Ingin kujaja, puisi luka
agar darah
mengalir
di Sungai Rejang

Thursday 14 April 2011

Waktu Tukang Kata-Kata Berkata

Waktu Tukang Kata-kata berkata
telah bermula
tiada nokhtah
kerana masih ada
mendengar setia
penuh harap
meski
sekian lama tertairap
pada seluruh sudut hidup


* Sajak Untuk Pengundi Sarawak

Wednesday 13 April 2011

Demokrasi atau Kukubesi

Demokrasi

`Kami datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan terhadap Allah’ Panglima Islam menjawab di hadapan pemimpin Parsi sewaktu bertanyakan motif Islam dalam peperangan.

Menjadi kesukaran pada hari ini untuk mencari persetujuan tentang definisi demokrasi. Dari pandangan kiri yang extreme dan golongan kanan extreme mempunyai tafsiran yang pelbagai dan saling bertentangan. Ini menimbulkan kekeliruan dalam memahami maknanya. Walau bagaimanapun, persoalan yang utama dalam melihat isu ini ialah mengapa demokrasi begitu penting oleh semua aliran pemikiran politik dunia hari ini?

Demokrasi hanya dianggap suatu istilah yang dihormati selepas perang dunia pertama (Hoffman, 1988:133). Sebelum itu pada abad ketujuh belas, amat kurang yang ingin mengelar diri mereka sebagai kumpulan pejuang demokrat. Istilah itu dilihat sesuatu yang buruk dan menyalahi norma kehidupan pada masa itu. Hitler menganggap demokrasi sebagai political counterpart kepada ekonomi komunis. Sebaliknya, sekutunya Musolini menyebut bahawa negara yang paling demokrat di dunia (ketika itu) ialah Itali dan Jerman. (Hoffman 1988:133). Manakala menurut Trotsky, Setiausaha Parti Komunis Soviet demokrasi akan menjadi irretrievably bourgeois dan counter-revolutionary. Kenyataan ini memperkukuhkan pandangan Karl Marx yang menyebut bahawa state adalah alat kepada kapitalis bagi menindas rakyat.

Istilah demokrasi bermakna pemerintahan rakyat dari rakyat untuk rakyat. Kuasa rakyat bukan sekadar memilih pemimipin tetapi menentukan dasar kerajaan yang memerintah agar memenuhi keperluan dan menjaga kepentingan rakyat. Idea demokrasi semakin berkembang luas dengan kepelbagaian makna dan pendekatan. Bahkan kebanyakan negara di dunia pada hari ini mengakui bahawa demokrasi itu sendiri sesuatu yang luhur untuk negara (John Dunn 1979:11).

Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Latin `demokratia’ yang mengabungkan kata demos (people) dengan kratos (power). Dalam istilah kita disebut sebagai `kuasa rakyat’. Makhal Sakti. Ia wujud antara pertengahan abad 5-4 sebelum masihi di negara kota Greek dan mempunyai pengaruh besar di Athens pada 508 sebelum masihi. Ia berlawanan dengan sistem monarchy (pemerintahan individu), oligarchy (pemerintahan kelompok elit) dan timocracy (pemerintahan oleh tuan tanah). Namun dalam pada masa itu, amalan demokratik itu terhad kepada warganegara lelaki Athens yang telah menjalani ‘khidmat ketenteraan’. Manakala lelaki bawah 20 tahun, kaum wanita, hamba, pendatang luar tidak diberikan hak dalam sistem demokrasi klasik itu.

Amerika Syarikat sendiri di peringkat awalnya mempunyai takrifan demokrasi yang sempit. Pada tahun 1776, hak undi hanya diberikan kepada lelaki kulit putih yang dewasa. Manakala hamba, lelaki kulit hitam dewasa dan wanita dinafikan hak sebagai pengundi. Hanya selepas Perang Saudara (lewat 1860an), dan berlakunya pembebasan hamba yang banyak telah membuka ruang untuk diberikan hak undi kepada mereka. Namun itupun terhad kepada kaum lelaki sahaja. Ramai sarjana berpendapat bahawa Revolusi Perancis dianggap sebagai mercu tanda sistem demokrasi dipraktiskan di Eropah dan dunia pada hari ini.

Prinsip kebebasan dan keadilan merupakan istilah yang berkait rapat dengan demokrasi. Prinsip ini adalah terjemahan bahawa setiap warganegara mempunyai hak menentukan kuasa. Sebagai contoh dalam demokrasi berperwakilan, setiap undi mempunyai hak yang sama. Hak ini diperuntukkan dalam undang-undang dan dilindungi oleh perlembagaan.

Kebebasan pula diterjemahkan dalam bentuk kebebasan menyertai politik, bersuara dan berpersatuan. Kebebasan ini diimbangi antara kepentingan individu dnegan tanggungjawab sosial. Kebebasan yang melampau akan melewati tanggungjawab sosial menjurus negara ke dalam anarki (ketidaktentuan).

Dalam sistem demokrasi mempunyai makna yang saling bertentangan seperti; hak majoriti dengan hak individu, kerajaan terhad (limited government) atau kepentingan populariti (popular sovereignty) dan samada harta peribadi atau hak sosial. Hal ini akan menyebabkan timbul masalah penyertaan atau perwakilan, kolektif atau individu, sosialis atau kapitalis.

Dari segi analisa linguistik, istilah demokrasi, kapitalis dan liberalisme adalah perkataan yang memberi maksud yang sama. (Weldon 1953:86).

The Separation of Power

Antara idea demokrasi yang dominan adalah pemisahan kuasa kepada beberapa bahagian; kuasa legislative, executive dan judicative. Dalam sistem feudalisme, pemusatan kuasa kepada individu memungkinkan berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap rakyat. Montesquieu mengemukakan idea pemecahan kuasa berdasarkan pengalaman gaya kepimpinan feudal Perancis.

Dalam sistem kerajaan Malaysia pada hari ini, legislative merujuk kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang menggubal perundangan negara. Manakala pihak executive pula merujuk kepada parti yang menguasai kerajaan dan menjalankan dasar dan undang-undang yang diluluskan oleh pihak legislative. Manakala pihak judicative akan mentafsirkan perundangan yang diluluskan jika dibawa ke mahkamah.

Adapun pengalaman politik di Malaysia, konsep the separation of power itu lebih bersifat atas kertas daripada amalannya. Selepas isu yang melibatkan pemecatan Tun Salleh Abbas dan pindaan perlembagaan yang mengurangkan kekebalan raja-raja Melayu, executive begitu berkuasa.

Keadaan di Dewan Rakyat yang BN hilang kuasa 2/3 telah mengendurkan kuasa yang ada pada executive.

The Tyranny of the Majority

J. S. Mill dan Tocqueville mengutarakan persoalan kezaliman majoriti sebagai salah satu persoalan dalam demokrasi. Keadaan ini berlaku apabila hak individu tidak dapat dipertahankan dalam perlembagaan. Crick menyebutkan bahawa fenomena ini sebagai suatu yang kontra dengan kebebasan (paradox of freedom). Contohnya kemenangan Hitler dalam pilihanraya 1933 membawa Jerman ke kancah peperangan. Contoh lain yang diberikan oleh Barbara Goodwin (1997:289) ialah kemenangan Islamic Salvation Front (ISF) di Algeria dalam pilihanraya umum yang kemudian dinafikan oleh pihak tentera dengan satu rampasan kuasa. ISF dakwa pihak tentera kononnya berhasrat mendirikan sebuah negara Islam yang teokrasi dan bertentangan dengan demokrasi.

Kenyataan ini adalah lanjutan pemikiran purba Greek yang menyebut bahawa demokrasi adalah peraturan orang miskin yang mewujudkan istilah kezaliman popular (the popular of despotism). Ini berlaku dalam revolusi Perancis, Robespierre menyebut demokrasi sebagai pembela pengganas (the defenses of terror).

Pendemokrasian Politik

Kemaraan idea demokrasi dimarakkan dengan masalah ekonomi setempat telah menyebabkan beberapa regim ditumbangkan oleh rakyat. Sesetengah regim berundur atau terpaksa berundur dan menyerahkan kuasa kepada rakyat seperti yang berlaku di Spain, Portugal (1974), Argentina (1983), Bolivia, Uruguay (1984), Brazil (1985), Chile (1990) dan sebagainya.

Kejatuhan empayar kuasa Soviet Union adalah akibat daripada proses pendemokrasian politik yang dilaksanakan oleh Presiden Soviet Union. Kejatuhan ini menjadi domino demokrasi kepada negara-negara blok timur seperti Romania, Yoguslavakia, Bulgaria dan sebagainya. Sekaligus era ini menamatkan Perang Dingin antara dua blok yang saling bermusuhan sejak berpuluh-puluh tahun.

Perbezaan Parti Cap Ayam dan Cap Itik

Apakah itu Parti Politik?

Umumnya, parti politik adalah organisasi politik yang berusaha mendapatkan pengaruh dalam menentukan dasar-dasar negara. Kekuatan pengaruh politik itu diukur melalui proses pilihanraya yang diadakan mengikut perlembagaan sesebuah negara. Parti-parti politik akan menggunakan pendidikan, media, demonstrasi, persenjataan dan lain-lain kaedah.

Asas Pembentukan Parti

Tujuan utama pembentukan parti politik adalah untuk menjaga kepentingan kelompok tertentu dalam sesebuah negara atau wilayah. Meninjau tentang perkembangan parti politik di Malaysia khususnya, terdapat beberapa sebab penubuhan sesebuah parti. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Agama, mazhab
ii. Kaum, etnik, kabilah
iii. Ideologi
iv. Wilayah, negeri
v. Kelas dalam masyarakat

Sesetengah kelompok mempunyai parti tertentu tetapi disebabkan krisis kepimpinan dalam parti, menyebabkan sesetengah pemimpin mewujudkan parti baru untuk membawa aspirasi perjuangan melalui wadah baru mereka. Semakin plural sifat dalam masyarakat, penubuhan lebih banyak parti politik yang berasaskan kepentingan kelompok merupakan fenomena sistem demokrasi.

Keadaan ini bertambah kritikal apabila wujudnya hubungan tidak harmonis antara kelompok yang saling berbeza budaya, agama, hak milik kekayaan dan sebagainya. Kelompok akan melihat perbezaan entity kelompok sebagai satu ancaman terhadap kewujudan entiti kelompok mereka. Persaingan politik yang positif mungkin terarah ketidaktentuan (anarki) sekiranya prasangka antara kelompok sangat tinggi.

Non Partisan

Dalam sistem non partisan, bukan pertubuhan politik mempunyai pengaruh politik terhadap isu dan dasar-dasar negara. Umumnya, organisasi-organisasi tersebut diasaskan bukan bermotifkan politik tetapi mempunyai kesan terhadap politik. Fungsi yang dimainkan Persatuan Pengguna seperti CAP, Persatuan Pengguna Islam Malaysia memberi kesedaran kepenggunaan kepada masyarakat boleh mempengaruhi ekonomi. Seperti juga peranan yang dimainkan oleh Majlis Peguam terhadap isu undang-undang boleh mempengaruhi warna politik tanahair. Kenyataan tokoh-tokoh bukan politik seperti A.Samad Said, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, Prof Ungku Aziz dan personal yang popular memberi impak kepada politik.

Sudah menjadi kecenderungan parti-parti politik menaungi atau mendampingi beberapa pertubuhan non-partisan demi kepentingan politik mereka. Hal ini boleh dinilai dengan melihat perkembangan yang dimainkan oleh Teras, Persatuan Ulama Malaysia, Perkasa, Siqui, Suaram, Dewan Peniaga Cina Malaysia dan sebagainya.

Sistem Satu Parti

Dalam sistem satu parti, hanya sebuah parti politik yang dibenarkan bertanding dalam sesuatu pilihanraya. Kedudukan parti yang menguasai kerajaan melalui sistem satu parti dilaksanakan di China (Parti Komunis Cina), Syria (Parti Baath), suatu ketika dahulu di Iraq (Parti Baath), German (Parti Nazi).

Terdapat beberapa kekaburan perbezaan antara sistem satu parti yang menafikan kewujudan parti-parti lain di negara dengan sistem satu parti dominan. Dalam sistem satu parti dominan, parti pembangkang dibenarkan wujud dari segi perlembagaan negara. Walau bagaimanapun, parti-parti pembangkang gagal memenangi atau menguasai keputusan pilihanraya. Parti yang dominan terus menguasai kerajaan dalam tempoh yang panjang. Kebiasaannya sistem satu parti dominan merupakan parti yang memperolehi kuasa selepas menerima kemerdekaan daripada kolonial. Sebahagian daripada parti tersebut mengunakan isu sumbangan perjuangan parti dalam menuntut kemerdekaan sebagai hujah yang menguatkan sokongan mereka.

Di samping itu, terdapat beberapa faktor lain yang memperkukuhkan pengaruh parti-parti berkenaan. Pertamanya, kedudukan parti pemerintah yang dapat mengawal jentera kerajaan. Oleh itu, dasar dan pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat mempengaruhi rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada parti.

Contohnya penguasaan Perikatan-BN sejak pilihanraya pertama 1955 hingga terkini (2008) menunjukkan betapa sistem parti dominan berlaku di Malaysia. Perkara yang sama dilihat pada pengalaman politik People Action Party (PAP) di Singapura (1965-2009), African National Congress (ANC) di Africa Selatan, Social Democrat Party (SDP) di Sweden, Golkar di Indonesia sejak awal 70an hingga era reformasi 1998 yang menyaksi tumbangkan kerajaan Suharto. Liberal Demokrat yang menguasai Jepun juga jatuh pada pilihanraya 2009 selepas menguasai kerajaan sejak 1955.

Sistem Dua Parti

Penguasaan Perikatan (1955) dan Barisan Nasional -BN (1973) hingga sekarang telah mengalami beberapa cabaran daripada parti-parti pembangkang. Walau bagaimanapun, parti-parti pembangkang di Malaysia tidak pernah berjaya mewujudkan kesepakatan sebagaimana yang dilakukan oleh Perikatan dan BN. Kerjasama di kalangan parti –parti pembangkang lebih bersifat election pax yang sementara. Ini termasuklah penubuhan Gagasan Rakyat, Harakah Keadilan Rakyat (HAK), Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif. Penubuhan Pakatan Rakyat (PR) memungkinkan wujudnya sistem dua parti di Malaysia.

Sistem dua parti bermakna wujudnya dua parti utama yang saling menguasai kerajaan. Walaupun terdapat beberapa parti lain turut serta dalam proses pilihanraya, namun kelazimannya hanya dua parti utama sahaja yang menang. Manakala parti-parti lain hanya menang dalam jumlah yang kecil. Hal ini dapat dilihat melalui pengalaman demokrasi di UK (Konservatif- Buruh) dan USA (Republican-Democrat). Namun dalam pilihanraya 2010 di UK, kerajaan campuran antara Konservatif dan Liberal Demokrat berjaya menyingkirkan parti Buruh.

Dalam beberapa kes tertentu, parti ketiga atau multi parti terbentuk melalui penubuhan kerajaan campuran daripada pelbagai parti-parti kecil dan menyingkirkan parti yang dominan. Biasanya, kerajaan multi parti ini tidak kuat. Ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang lemah begini. Secara politiknya, parti yang kuat ialah apabila ia boleh menguasai kerajaan tanpa kerjasama dengan parti lain.

Jenis-Jenis Parti Politik

Parti Kader

Parti ini bersifat elit kerana hanya yang layak sahaja boleh menyertai sebagai ahli parti politik. Oleh itu, seseorang itu akan mengalami proses penapisan seperti melalui latihan kepimpinan dan ideologi. Ini dilakukan oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Jami’ el Islami di Pakistan.

Walaupun dalam proses pilihanraya, parti kader memerlukan sokongan dan undi orang awam namun calon yang bertanding adalah di kalangan ahli parti yang sudah mengalami proses pengkaderan kepimpinan.

Parti Massa

Parti massa membuka keahlian kepada umum. Keperluan latihan kepimpinan ataupun proses pengkaderan mula dilihat oleh kebanyakan parti-parti di Malaysia. Oleh itu, proses pengkaderan ahli oleh parti massa mula menjadi trend sejak 1980an. Parti-parti mula menubuhkan akademik kepimpinan untuk memberikan latihan dan mencari lapisan kepimpinan masa akan datang parti.