...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday 13 September 2012

Tentang Mat Indera: Pejuang atau Petualang

1. Lebih sepuluh bulan, memikir, mengumpul bahan dan membahaskan dan berbulan-bulan menulisnya ........ alhamdulillah peringkat akhir pengeditan buku sulong selepas kembali ke tanahair akan berada di pasaran.

2. Tajuknya, seperti di atas. Isunya, kena bacalah. Dan belilah sebelum itu.

3. Terima kasih pada semua yang terlibat dan mereka yang berada di sebalik tabir pembikinan buku ini.

4. 'Roh' Mat Indera akan bangkit selepas ini!