1. Syiah menjadi topik penting mutakhir ini.
2. Marilah buka kembali buku Ali Syariati, Murtadha Muthahari, Kalim Siddique dan Sheikh al Azhar Mahmud al Syaltut. Kepada sesiapa yang pinjam buku 'Kerajaan' tulisan Imam Khomeini, tolong pulangkan!.
3. Aku nak baca. Tak kan nak harap buku 'Kerajaan' tulisan Prof. Anthony Milner. Baca juga buku 'Kerajaan dan Khalifah', tulisan Maududi.
4. InsyaAllah kalian akan menjadi Sunni yang setia.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
Wednesday, 31 July 2013
Tuesday, 23 July 2013
'Malay For Sale'
1. Hari ini memanglah hari mengundi di Kuala Besut. Selamat mengundilah pada yang mengundi. Selamat berkempenlah pada yang sibuk berkempen.
2. Itu dari segi demokrasinya. Pilihanraya memberi peluang untuk pengundi memilih calon yang terbaik buat mereka.
3. Taburan projek segera dan duit raya dilakukan siang malam secara terang dan gelap tanpa sebarang masalah.
4. Rata-rata yang menerima habuan kebendaan adalah pengundi berbangsa Melayu yang kuat pegangan mazhab dan adat istiadat mereka.
5. Hakikatnya, inilah waktu orang Melayu dijual sewenang-wenangnya dengan harga yang sangat murah.

Monday, 15 July 2013
TITAS di Universiti Swasta: Jalur Pemikiran Pemimpin DAP dan MCA
1. Pendirian beberapa pimpinan DAP dan MCA yang mempersoalkan langkah kerajaan mewajibkan subjek TITAS (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) atas alasan subjek tersebut bersifat indoktrinisasi dan pelajaran agama tidak boleh dipaksa untuk yang bukan Islam mempelajarinya.
2. Dalam negara demokrasi, secara idealnya semua suara dibenarkan hatta suara anjing ataupun kura-kura. Sebutkan sahaja hujah kalian, nanti akan ada pihak lain pula yang membelasahnya. Jangan dihalang-halang bersuara. Nanti terencat pembangunan demokrasi di negara ini. Kononnya begitulah.
3. Ada beberapa perkara yang aku ternampak dalam sinar mentari yang terang benderang pagi ini. Pertama, ternyata bahawa naifnya ahli politik ini kerana menyedari bahawa baru sekarang pendidikan adalah proses pendoktrinisasi. Ternyata kerana sibuk bersiasah, tak sempat menelaah buku-buku anak-anak di sekolah atau di universiti. Hakikatnya, dari subjek Sains hinggalah Sejarah dan Pendididkan Islam memang mempunyai sarat nilai yang aku tafsirkan sebagai proses indoktrinisasi daripada beberapa aliran yang 'berkuasa'.
4. Biasalah pemimpin politik akan mencari makanan yang boleh dikerumuni ramai orang. Lagi ramai yang datang pada hidangan mereka (meski yang datang mengerumuni itu adalah bertaraf 'otak lalat'), maka mereka mendapat markah tinggi. Boleh dapat kepujian. Hakikatnya, inilah yang terpaksa ditanggung oleh rakan kongsi siasah.
5. Apa doktrin yang hendak ditanam oleh parti politik sekarang? Menganut popular-ism?

Friday, 5 July 2013
Bukan Malang Morsi
1. Dalam sebuah negara demokrasi-republik seperti Mesir, tentera merupakan paksi kuasa yang tidak boleh diambil ringan. Tambahan pula, asas penubuhan republik itu sendiri daripada revolusi yang dicetuskan oleh tentera sendiri.
2. Presiden Gamal Nasir merampas kuasa mutlak raja King Farouk dan mendirikan sistem feudal tentera dengan pelantikan Anwar Sadat dan diwariskan kepada Hosni Mubarak.
3. Saat kejatuhan Hosni, rakyat Mesir beruntung kerana tentera bersikap neutral. Tatkala itu, rakyat beranggapan bahawa tentera bersama rakyat.
4. Morsi dijatuhkan oleh tentera dengan bertopengkan wajah rakyat.

Subscribe to:
Posts (Atom)