...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday 29 September 2009

Yang Terlewat-lewat

1. Bau raya dan bunyi takbir hari raya terasa masih berbaki meski sudah masuk minggu kedua Aidil Fitri.

2. Terasa cukup terlewat aku membaca politik tanahair.

3. Tiba-tiba sahaja PAS menganjurkan Perayaan Citrawarna (yang meraikan perayaan multibudaya). Mungkin tak sama dengan konsep `Kongsi Raya' walaupun niatnya mungkin tak sama. Dulu akupun tumpang sekaki kutuk. Ahh terlewat aku lagi.

4. Sewaktu Dr. Tan Chee Khoon interview Ust. Nakhaei Ahmad (1986), dia kata PAS terlewat untuk mendekati kaum bukan Islam terutama Cina berbanding dengan UMNO. Ini kerana PAS sibuk menubuhkan CCC sebagai jambatan dengan masyarakat bukan Islam. Jijik pada Cina macam jijik dengan babi walaupun hampir satu keperluan untuk ke kedai Cina bagi mendapatkan barangan keperluan.

5. Semasa aku interview YB Cikgu Abdul Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu (2007), dia kata, PAS terlewat mengembangkan pengaruhnya ke Sabah dan Sarawak kerana mungkin sikap PAS dulu yang menentang pembentukan Malaysia.

6. Kira tidak mengapalah sangat kalau aku terlewat nak ucap selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin kepada semua.

7. Jemputlah datang beraya ke rumah teman di Swansea. Rumah insyaAllah terbuka.

Thursday 10 September 2009

Raya Dulu-Dulu

1. Sewaktu kecil dulu, kami beraya dari rumah Atan Pak Usop di Pt. 17, Sg. Lampam sampai ke rumah Zuri di hujung Pt. 16 tak pernah dapat duit raya. Kalau sebuah rumah boleh kasi 20 sen, aku rasa kami boleh kumpul RM5 sehari. Kira besar sangat time tu. Boleh sambung ke Pt. 15. Pergi rumah orang walaupun tak berapa kenal. Time itu, semangat ziarah hari raya memang tebal. Berjalan kaki keliling kampong.

2. Nak cari duit raya, jual air batu kat tepi jalan bawah pokok buluh Pt. 17A. Sg. Lampam. Masa itu mana ada peti ais. Letrikpun tak ada walaupun sudah 20 tahun merdeka. Berniaga kongsi dengan kawan. Sebab mula-mula segan nak niaga. Ambil air batu dari Teluk Intan, kirim dengan Pak Abu Hasan. Air batu itu disimpan dalam serbuk kayu dan dibungkus dengan kertas surat akhbar atau daun keladi. Tak ada plastik time tu. Modal seringgit dua, untung seringgit. Kumpul-kumpul dapatlah duit raya. Pergi ke Teluk Intan macam terasa pergi Kuala Lumpur meski tak ada menara KLCC. Yang ada hanya menara jam tinggi yang senget!

3. Waktu orang tua solat terawih, budak-budak main mercun dan curi pelam dan kepala muda kat luar masjid. Setengah orang-orang tua bersembang menghabiskan rokok sambil menunggu more lepas habis terawih. Kalau arwah Ustaz Usop jadi imam, cepat siap. Express rakyat. Rasanya lebih kurang dengan arwah Lebai Din. Baca surah lazim sahaja. Tak ada tazkirah selepas atau rehat antara solat terawih. Yang kami tunggu selepas habis terawih ialah upacara ketuk kerantung dan beduk. Time ini sahaja yang dibenarkan untuk kami main kerantung dan beduk. Jika tidak, ia hanya digunakan untuk menandakan waktu solat dan memberitahu ada kematian. Ketuknya ada cara yang tersendiri kerana ia perlu dimainkan oleh dua tiga orang sekaligus.

4. Main 'galah panjang' lepas habis more dan solat terawih. Buka songkok, baju dan lipat kain jadi pendek. Calit sikit minyak sapi, biar badan licin. Susah musuh nak tangkap. Badan berpeluh macam orang minyak. Orang tua tumpang tengok.

5. Kemudian, orang-orang tua kumpul duit untuk hadiahkan pada budak-budak yang rajin baca al Quran dan solat terawih. Ada buku kedatangan. Aku jadi tukang catit. Setiap kali habis solat terawih, ramai-ramai kawan datang buat report. Akupun tanda. Malam 27 Ramadhan, ada majlis khatam al Quran dan penyampaian duit raya. Sejak itu, rajinlah bebudak Sungai Lampam solat terawih dan bertadarus.

6. More makan nasi minyak hanya ada pada malam likur. Tak ada more berbuka puasa. Yang ada lepas terawih. Itupun makan kuih muih. Karipap, pulut panggang, tepung talam dan sebagainya. Ada giliran. Arwah bapalah yang biasanya tulis senarai ahli kumpulan yang buat more di papan kenyataan masjid. Caranya mestilah adil supaya orang yang berkemampuan boleh membantu orang yang kurang berkemampuan semasa kumpul duit buat more.

7. Sekarang...... hampir setiap rumah ada bagi duit raya. Tak banyak, sikit biasanya ada. Dah tak ramai orang tua tuang solat terawih. Yang jadi imam terawih pun sudah import hafiz luar dan kadangkala budak Maahad al Islah. Baca ayat panjang-panjang. Meriam buluh masih ada. Tapi tak segempak dulu, macam Perang Dunia Kedua. Tak ada lagi yang curi pelam dan kelapa muda waktu malam (sebab semua pokok pelam dan kelapa dah tak ada dekat masjid). Bebudak beraya pun sudah pakai motorsikal. Paling tidak naik basikal. Jalan-jalan dah tak main.

8. Sekarang......setiap hari Masjid al Mansor, Sg. Lampam ada more nasi minyak. Orang kampong sanggup bayar RM400 untuk satu malam kos berbuka puasa. Orang luar kampong juga ikut more. Budak-budak solat terawih dan tadarus dah tak perlu dihadiahkan duit. Mereka buat kerana nak kejar malam lailatul qadar. Dah tak ada nak main kerantung atau beduk. Selepas ada microphone, kerantung kering tergantung sepi dalam stor. Kulit bedukpun dah pecah.

9. Siapa kata sekarang ekonomi orang kita tidak berkembang? Sudah maju kampong aku dah. Tentu YB Tajuddin Rahman kata, itulah berkat kerajaan BN memerintah...... he he he...

Wednesday 9 September 2009

Beraya Dengan Sup Kepala Lembu

1. Beduk dan kerantong raya di kampong terasa seperti mengetuk-ngetuk aku kat sini. Bau rendang dan lemang kurang menyelerakan kerana ada resepi baru untuk sambut hari raya.

2. Aku dengar di tanahair sekarang orang kemaruk dengan sup kepala lembu walaupun telah diwartakan sebagai makanan beracun. Ada dukun menyebut resipi baru itu baik untuk kerukunan rumahtangga walaupun boleh menyebabkan pendarahan otak. Lagi dilarang, lagi dicari, lagi dimakan.

3. Tapi orang sanggup menanggung risiko jual dan beli sup kepala lembu di blackmarket. Sup ekor atau lidah tak main dah. Tak power.

4. Beberapa orang dah kena tangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana makan sup kepala lembu di bulan Ramadhan ini. Selepas kena ikat jamin, mereka diraikan sebagai hero oleh AJK penduduk Seksyen 3/4 Taman Shah Pening dalam majlis kesyukuran dan berbuka puasa di surau taman tersebut. (Untuk makluman, majoriti penduduk taman ini mandul genetik).

5. Kutipan derma jihad diadakan bagi membiayai bayaran ikat jamin semasa majlis itu. Kaum muslimat ada yang dermakan gelang emas dan cincin kahwin. Pak Utih, dermakan gigi palsunya. Kerana itulah yang dia mampu dan berharap dapat ganjaran berlipat ganda sempena Ramadhan yang mulia.

6. Budak-budak bergembira bermain punjut api, mercun dan meriam. Orang tua memandang dengan gumbira kerana hari raya tahun ini cukup bermakna sekali.

7. Maaf, aku tak balik kampong. Biarlah aku makan roti dan cheese sahaja untuk jamuan raya.

Monday 7 September 2009

Dah Separuh Dah!

1. Pejam celik-pejam celik, dah lebih separuh Ramadhan tinggal berbaki. Begitu pantas masa berlalu.

2. Bermula Ramadhan dengan pilihanraya di Permatang Pasir dan mungkin diakhiri dengan pilihanraya kecil di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Memang beraya sungguh tahun ini.

3. Sibuk mengundi wakil rakyat, jangan lupa wakil rakyat perlu berperanan. Sibuk berkempen, lupa kerja lain. Lupa nak kuatkan parti. Lupa nak jaga kepentingan rakyat.

4. Macam orang sibuk nak sambut hari raya, ke pekan berbelanja sungguh. Buat kuih semperit, baulu atau muruku. Tukar perabot dan langsir rumah. Lupa nak terawih dan tadarus.

5. Macam orang sibuk berterawih nak kejo lailatu qadar tapi leboh solat subuh atau subuhnya, subuh gajah.

6. Macam orang sibuk bersedekah tapi sukar untuk memberi senyuman pada orang.

7. Macam orang bersungguh nak solat hari raya tapi jarang solat waktu.

8. Macam orang ziarah pusara tapi lupa dia juga akan menjadi bakal penghuni pusara.

Wednesday 2 September 2009

Darurat Dalam Merdeka

1. Yang kuingat pada waktu itu, arwah bapa aku bawa aku naik basikal balik dari Pt. 16 Sg. Lampam. Aku duduk dalam bakul rotan di belakang. Arwah bapa beli sardin tin. Aku tak kira, kerana masa itu aku belum reti mengira lagi. Ada lagi barang yang arwah bapa aku beli. Tapi aku tak ingat.

2. Sewaktu arwah bapa mengayuh basikalnya untuk pulang, kami bertembung dengan beberapa orang kampong. Dia berhenti dengan kakinya menongkat basikal. Arwah memaklumkan sesuatu yang aku tak faham pada mereka. Aku dengar perbualan mereka di tepi jalan. Selepas itu, arwah bapa mengayuh basikal laju. Orang itupun mengayuh basikal laju.

3. Sampai ke rumah. Bapa aku berehat di bawah rumah sambil bersembang dengan arwah Embah dan mak aku. Entah apa yang disembangkan waktu itu, akupun tak ingat. Tapi yang kuingat wajah arwah bapa agak serius dan ceritanya macam mencemaskan.

4. Aku selalu nampak arwah bapa simpan pedang sedepa panjang di dalam biliknya. Aku tak pernah tanya masa kecil-kecil. Terasa seram tengok pedang itu. Masa arwah Embah Sarmadi Pt. 15 ada, aku selalu juga tengok mereka buka keris yang bersalut kain kuning.

5. Selang beberapa bulan lepas itu, aku selalu keluar malam ke rumah Gambereng di Pt. 16A. Ada kelas pencak silat. Aku tukang tengok. Duduk tepi gelanggang yang sudah dijampi. Yang belajar semua buka baju dan berikat kepala. Ada yang bertarung guna senjata. Bersilat bersungguh macam nak bergaduh. Sesekali seperti nak mengamuk. Seorang bakal pendekar Melayu itu terbang dan satu sepakan singgah ke dada. Tumbang bakal pendekar Melayu itu. Latihan silat itu bertambah rancak sambil diiringi paluan gendang. Gendang perang. Aku masih ingat kerana nada itulah yang selalu aku dengar bila nonton filem pendekar Melayu. Tapi selalunya aku tengok orang Melayu bunuh Melayu. Pembesar Melayu rampas anak dara rakyatnya.


Menara Condong: Karya 1885 Leong Choon Cheong

6. Setelah itu, baru kuingat semua itu kerana berlakunya 13 Mei 1969. Aku tak tahu keadaan Teluk Anson waktu itu. Tapi macam kami orang kampong, aku rasa tak ada lagi bas. Yang ada hanya keretapi di Chikus. Tapi arwah bapa aku pernah cerita, masjid depan rumah kami itu penuh masa itu. Agaknya berhenti ke Teluk Anson atau ke Pekan Langkap.

7. Setelah beberapa tahun kemudian, aku berasa bangga menjadi `orang Sg. Manik' yang terkenal dengan lagenda `pedang terbang'. Aku dengar sendiri cerita dari Pak Salleh Kudung, Taliair 6 Kg. Belt tentang cerita itu. Aku dengar juga dari Bang Pei di surau Simpang Tiga Sungai Manik. Ada seorang lagi pakcik itu, aku lupa namanya. Sudahpun meninggal dunia. Cerita Khalifat Perang Sungai Manik, Tuan Guru Hj. Bakri mengurus peperangan. Cerita tongkang Cina Setiawan tenggelam di Kuala Sg. Manik dan kedai tokey emas Simpang Tiga yang terbakar. Orang Melayu dibahagikan kepada puak Banjar di Kuala Sungai Manik, puak Jawa di Sg. Lampam, puak Mendaling di Chikus. Macam ada parti-parti time tu.

8. Seorang pak cik (aku lupa namanya), menegur kerana aku asyik bertanya tentang peperangan itu. Aku nak tahu samada itu perang jihad atau perang antara kaum. Jangan dibuka cerita lama. Masih ramai orang terlibat masih hidup di Sg. Manik dan di Pekan Langkap dan Kg. Baru Chui Chak. Aku nak berhujah tapi aku memilih untuk berdiam tapi aku cuba cari-cari jalan lain. Aku simpan lagi keratan cerita yang dibuat oleh Abu Bakar Sidek dalam Utusan tentang Perang Sg. Manik.


Warisan Perang Sungai Manik. Sumber: khd2329

9. Apabila aku bersembang dengan Cikgu Berahim Langkap, (bekas Pengetua SM Sg. Manik yang lawan Ramli Ngah Talib untuk jadi Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak) semangat Melayu beruap-ruap macam asap keretapi. Aku tak ingat mengapa tapi ada kaitan dengan sejarah lama yang terpendam. Sampai hari ini, orang Melayu terus ke Pekan Langkap untuk mencari barang keperluan harian. Rasanya tak sah jadi orang Sg. Manik jika tak ke Pasar Rabu di Pekan Langkap. Malangnya ada kedai Melayu di kampong diboikot kerana beza parti atau berfahaman kaum muda.

10. Sewaktu Tragedi Kg. Medan, Bang Mail SB Teluk Intan (sekarang dah pencen) datang jumpa ke sekolah pagi-pagi. Kami sembang kat luar pejabat je. Dia nak tahu berapa ramai Pemuda Sungai Manik yang dihantar ke Kg. Medan. Huh! Aku pun nak tahu juga, kalau-kalau dia tahu. Tapi dia tak pernah beritahu.

11. Merdeka!