...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday 26 July 2012

Jangan Membenci Lagi

1. Sudah empat hari berpuasa. Kuasa Ramadhan memang menakjubkan.

2. Kasih sayang mencurah-curai bagai air terjun.

3. Rasa rindu pada desa membuak-buak bagai tak terkata.

4. Jangan membenci lagi pada Ramadhan.

5. Aku mencintaimu, Ramadhan mubarak.

Friday 20 July 2012

Bulan Makan, Bulan Lapar dan Bulan Kesihan

1. Sudah dua kali berRamadhan di tanahair.

2. Ramadhan bermulanya pesta makanan pelbagai juadah dari gerai-gerai di tepi jalan hinggalah di serambi masjid.

3. Entah tiba-tiba rasa kasihan pada orang miskin dan susah berputih subur. Lalu, upacara memberi sumbangan kepada fakir miskin adalah acara yang komersil untuk ahli politik mendapat keuntungan.

4. Kelaparan menjadi rangsangan untuk perniagaan kecil-kecilan tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Lalu, orang berniaga di bazar Ramadhan lebih ramai daripada orang yang nak membelinya.

5. Perlukah aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan Mubarak>

Thursday 19 July 2012

Siapa Yang Akan DiNizarkan Oleh Kosmos?

1. Pagi ni, Rezal saudagar kambing ajak aku minum teh di Ghulam Rasul. Aku beli Harakah (sebab aku tak pernah berlanggan) dan terbaca tajuk akhbar Kosmos yang menyebut Sultan Johor akan ampun lapan penjenayah sempena Ramadhan ini.

2. Berita tentang pembidaan plat kenderaan WWW1 telah mencetuskan kontroversi dan setidak-tidaknya DS Nizar Jamaluddin dijadikan 'kambing hitam' oleh media dan UMNO.

3. Nah, siapa pula kali ini yang akan diNizarkan?


Tuesday 17 July 2012

Artis Bukan Askar Upahan

1. Maka satu demi satu, artis atau seniman menyertai PAS atau setidak-tidaknya berdiri atas pentas parti pembangkang ini.

2. Lalu, tawaran lakonan dan konsert sudah bertukar kepada jemputan menjadi penceramah politik. Ada yang sambil-sambilan dan ada yang sepenuh masa.

3. Tambahan pula, memang PAS yang menganjurkan program akan menyediakan 'sampul' kepada mereka sejurus seusai program berkenaan.

4. Ada yang buat list harga perkhidmatan perjuangan mereka. Memang ada di kalangan mereka yang tak faham bahawa ahli PAS tegar yang tidak pernah ponteng untuk duduk depan pentas ceramah adalah para marahen yang sangat pemurah. Mereka sanggupkan kosongkan kocek mereka demi tabung jihad parti.

5. Askar upahan seperti juga para demonstran di kota Jakarta. Protes mereka dibayar. Lagak ngeri mereka juga dibayar mengikut pakej yang ditawarkan. Artis bukan askar upahan yang membunuh berdasarkan bayaran yang diberikan.

5. Ada yang tidak mengira soal samada 'sampul' itu tebal atau nipis. Bagi mereka usaha yang mereka lakukan adalah untuk membantu perjuangan. Inilah yang dinamakan askar sebenar.

6. Tapi aneh, mengapa harus mereka menjadi pemidato politik atau ahli panel berbanding kehebatan mereka sebagai artis!

7. PAS telah mengubah artis menjadi makhluk lain atau artis itu yang sudah berubah menjadi ahli politik jadi-jadian?