...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday 18 December 2009

Pagi Hijrah Yang Dingin

Segunung azam yang terlewat
adalah selaut kudrat
yang tenggelam

Wednesday 16 December 2009

Mogok Atas Nama Demokrasi

Sekurang-kurangnya dua syarikat besar UK buat mogok menjelang Krismas. British Airways dan Eurostar. Kedua-dua syarikat pengangkutan utama. Dianggarkan lebih sejuta orang akan mengalami masalah untuk balik kampong. Dijangkakan beberapa syarikat besar akan mengumumkan langkah yang sama. Sebelum ini, pekerja Royal Mail mogok tak hantar surat. Mogok untuk kenaikan gaji dan beberapa kemudahan kepada pekerja. Mereka buat time kritikal begini untuk mudah mendapat tuntutan.

Sewaktu aku ke London minggu lepas, sekumpulan `greenpeace' sedang demonstrasi secara aman. Mereka pasang khemah, masak, tidur, pasang unggun api di tengah-tengah Trafalgar Square. Di hadapan Kedutaan Zimbabwe, sekumpulan rakyat Zimbabwe buat konsert membantah diktator Mugabe yang berkuasa. Satu lagi demonstrasi yang dipimpin oleh pemimpin Ikhwan Muslimin, Dr. Kamal Helbawi juga diadakan.

Semua berkata ini adalah hak kebebasan individu. Demokrasi.

Manakala masih lagi ramai rakyat yang masih lagi tak makan nasi atau roti tanpa mengenal apa makna demokrasi yang dilaung-laungkan.

Sunday 13 December 2009

SUK Perak Hina Student di London

Dewan kuliah di King's College London agak penuh. Zambry Kadir sebagai ahli politik, membentang dan menjawab persoalan secara politik. Maknanya susahlah nak cari salah dia. Semua jawapannya sudah ada.


Dari rumah lagi aku plan tak nak tanya kat majlis. Entah mengapa, tangan aku gatal angkat tangan. Jadi, aku cakap; kalau pasal pengalaman cross over ahli politik, pihak lain tak boleh challenge UMNO yang banyak pengalaman. Dari tahun 1959 (Terengganu), 1967 (Kelantan – gagal), 1969 (13 Mei), 1985 (Sabah) dan 2008 (Perak). Samada nak terima atau tidak, UMNO memang hebat bab ini. Anwar Ibrahim tak boleh lawan. Ini bukan kes Perak atau Malaysia. Banyak lagi pemimpin negara lain di dunia yang senafsu dengan pemimpin UMNO.


Aku tak setuju pandangan Zambry yang menyebut, `sudahlah jangan banyak politik sangat.....'. Kenyataan ini menggambarkan agar rakyat jangan sibuk berpolitik. Biarlah rakyat bangang politik. Senang orang politik kawal. Macam setengah ulama jahat yang menasihatkan agar umat Islam menjauhi politik. Politik itu kotor. Kita orang baik-baik ini tak payah campur. Ohh.....senang Sultan, penguasa, British berkuasa. Jangan elitkan politik menjadi milik ahli politik. Rakyat kena patuh dan ikut. Mana boleh! Ehh… lepas itu, baru Zambry mengiakan kata aku.


Zambry duduk tengah di meja depan. Kirinya, Dato Fairuz Penasihat Undang-undang Perak. Kanannya, Dato Abdul Rahman SUK Kerajaan Negeri Perak. Dato Fairuz bagi kuliah undang-undang yang membosankan. Semuanya untuk melegitimasikan tindakan politik. Macam sesetengah ulama yang mencari hujah menghalalkan langkah haram.


Yang aku nak cerita ialah episod Dato Abdul Rahman yang merendah-rendahkan pelajar UK.


Tuan Penasihat Orang Kaya Sadek Sigeragar ni cakap budak-budak UK ni tak cukup maklumat, mendengar pandangan sebelah pihak, saudara kena begini, begitu dan bla bla bla......kenyataan yang betul-betul memperlekeh kita orang. Betul-betul layan macam budak sekolah menengah!


Telinga aku berdesing. Aku bangun minta dia tarik balik. Ini satu kenyataan yang menghina. Macamlah pariah sangat. Ramai yang tepuk sorak kasi sokongan kat aku. Aku ingat telinga aku je yang berdesing, rupa-rupanya ramai yang lain pun bukan setakat berdesing, berasap beb!


Lepas majlis tamat, aku sound sekali lagi mamat tu. Tak puas hati, sudahlah tak tarik balik, minta maaf jauh sekali. 'Apa Dato' cakap macam tu?' Dia jawab, `Sheikh, I bukan cakap tentang you…ni untuk diaorang yang tak faham ni…..bla bla….. '


Seelok-eloknya dia diam. Tap bila dia cakap, maka sahlah ………. (tak sopan nak tulis).

Thursday 10 December 2009

Zambry Kadir Makan Angin Ke London

Kalau aku katakan Kerajaan BN Perak sudah mantap dan lebih berkeyakinan, nanti ada orang yang sakit hati. Ini mungkin persepsi yang salah kerana aku baru dapat email dari kawan yang berbunyi.....


Dear Friends,

Assalamualaikum and greetings all,

Hope this finds you well. As you might be aware our present Menteri Besar , YAB Dr Zambry (some of you dispute his legality) will be in London on 12 December 2009. He is very interested in meeting anak-anak Perak, Perakians like us who live and grew up there. He is having a talk at King's College London, Strand Campus at 2.30 pm and a short meeting with Anak-anak Perak tentatively around 6.30pm at MSD, Bayswater. I am hoping you could be present for this meeting where we could air our grouses about Perak ie lack of development, 2 Menteri Besars etc. etc. and get the present leader to shut up for once and listen to us. Please add more Perakians you know to this network so we can talk about this upcoming meeting.

Thanks,
Amir
Taman Rapat Setia Baru, Ipoh, Perak



Tuesday 8 December 2009

Mau Jadi Sasterawan Tamil

Tim. PM, Muhyidin Yasin berkata, kerajaan Malaysia telah menerima rayuan S. Subramaniam (yang dikatakan mewakili ramai pihak) membenarkan pelajar mengambil Sastera Tamil dan Sastera Cina sebagai subjek tambahan SPM.

Melayu punya sastera, apa macam?

Tidak lupa lagi cerita jenaka Pak Kaduk dalam riwayat Melayu lama - rupanya Pak Kaduk sudah jadi menteri!

Sunday 6 December 2009

Draf Surat Letak Jawatan Pemimpin PAS

Selepas muktamar PAS 1982 berhenti rehat tengahari, Dato' Asri telah pulang ke rumah untuk makan dan solat. Kemudian beliau berbincang dengan beberapa rakan-rakan beliau tentang peristiwa yang menyayatkan hatinya kerana dikecam oleh sidang muktamar.

Lalu, beliaupun menulis draf surat letak jawatan yang berbunyi....

`Suasana dan sikap yang muncul semenjak Muktamar yagn ke 27 hinggalah ke muktamar ke 28 ini telah menunjukkan bahawa ada sesuatu usaha semacam konspirasi untuk memecah-belahkan PAS dari dalam terutamannya dalam soal kepimpinan.

Menjelang muktamar ini suatu penjelajahan yang agak menyeluruh bertopengkan kepimpinan ulama telah mengharu birukan fikiran dan suasana telah dilakukan, di samping itu fitnah-fitnah terhadap diri saya berkeliaran mengatasi fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan oleh musuh-musuh politik PAS pada zaman tahun 1977/1978 dahulu.

Untuk mengelakkan kita daripada berpanjangan bertarung sesama sendiri yang merugikan perjuangan yang sama-sama kita cintai ini, maka saya telah mengambil keputusan menyerahkan kembali mandat dan kepercayaan Muktamar PAS ke 27 yang lalu yang telah memilih saya menjadi Yang Dipertua Agung bagi tempoh 1981-1983 kepada muktamar ini.'

Ustaz Salehuddin Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan berkata, ramai kalangan rakan-rakannya yang tidak setuju langkah Dato Asri itu. Akhirnya, muktamar menerima peletakan jawatan tersebut dan memutuskan dipangku oleh Haji Yusuf Rawa sebagai Pemangku Yang Di Pertua Agung PAS.

Manakala, Haji Yusuf Rawa telah meletakkan jawatan sebanyak dua kali. Kali pertama selepas Muktamar di Rusila pada 1986. Sebahagian daripada Ucapan Dasarnya telah ditolak oleh sidang muktamar. Beliau telah dikritik hebat oleh sidang muktamar. Beliau menulis surat letak jawatan semasa muktamar berlangsung. Turut meletak jawatan Ustaz Nakhaei Ahmad. Selepas itu diikuti oleh Subky Latif dan Syed Abdul Rahman. Haji Yusuf Rawa enggan berucap sewaktu ucapan penggulungan Muktamar. Ucapan itu dibuat oleh Ustaz Fadzil Mohd. Noor. Walau bagaimanapun, semua yang letak jawatan telah menarik balik atas inisiatif Ustaz Fadzil dan beberapa AJK PAS lain.

Tahun 1989, Ustaz Hasan Syukri dan Subky Latif mengunjungi Haji Yusuf Rawa di rumahnya di Pulau Pinang. Beliau ketika itu uzur. Beliau menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan. `Ana dah jadi uzur, ana tak boleh hadir mesyuarat. Ana cadang minta pandangan anta, macamana ana letak jawatan?' Ustaz Hasan Syukri waktu itu sebagai Setiausaha Agung PAS Pusat. Hj. Subky sebagai AJK PAS Pusat. Haji Subky jawab, `Pada pandangan ana itulah sebaik-baiknya, Eloklah' Lurus nasihat Hj. Subky. Lalu mereka memanggil Ustaz Fadzil yang tinggal di Alor Star agar datang ke rumah Haji Yusuf Rawa. Malam itu juga, Hj. Subky drafkan surat letak jawatan untuk Haji Yusuf Rawa sebagai Yang DiPertua Agung PAS.

Apabila Ustaz Fadzil sampai, surat letak jawatan sudah siap. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Ustaz Fadzil ketika itu kecuali menerima keputusan dan memangku jawatan Yang DiPertua Agung PAS sementara muktamar akan datang.

(Rekod interview dengan Dato Mustafa Ali, Hj. Subky Latif, Ust. Salahuddin Abdullah, Cikgu Hj. Hashim Omar, Hj. Abdul Hamid Saleh Pasir Mas)

Saturday 5 December 2009

Hidup Perlumbaan

Hidup di dunia ini bagai satu perlumbaan

Ada yang menang, ada yang kalah

Yang kalah, kan tenggelam di dalam jurang sengsara

Yang menang pula, menjadi raja.

Friday 4 December 2009

Berdamai Dengan Komunis

Pejam celik-pejam celik, sudah dua dekad kerajaan Malaysia berdamai dengan Parti Komunis Malaysia.

Bila sebut perjanjian damai - tentu ada yang memberi ada yang menerima.

Bolehkah kita secara peribadi menerima perdamaian dengan komunis tetapi dalam masa bermusuh dengan seagama,
se rukun bangsa
se lingkar usrah
se lembah se kampong
se kroni se parti

Damailah dalam jiwa ini. Ya Allah.