1. Kelas terakhir aku di UPSI semester lepas, seorang pelajar bertanya pada aku tentang pandangan aku mengenai kes kawannya, Adam Adli. Ini soalan provokasi atau memang budak ni memang nak tahu pendirian aku?
2. Tetiba kuteringatkan serangkap puisi Rendra yang berbunyi, 'Kalau takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan'. Itulah yang mampu kujawab. Maknanya apa? Kalau takut, cakaplah soal baitulmuslim, soal perut, soal kerjaya, soal carta lagu minggu ini dan sebagainya.
3. Hari ni, aku ambil kertas jawapan peperiksaan akhir tahun. Saja kupilih hari ini. Aku memang menanti waktu perbicaraan Adam Adli yang dijadualkan 3.00 petang hari ini. Lalu, aku ke hulu ke hilir 'mengkaji' tingkah laku manusia yang ada di hadapan pintu Timur UPSI.
4. Berjumpa beberapa anggota polis dari Balai Teluk Intan yang bertugas di situ. Dia tanya, ada kat sini? Akupun jawab, kau pun ada di sini? Tugas, jawab mereka. He he he.... skema biasa. Ini memang tempat aku la!
5. Sewaktu Adam masuk ke pintu universiti, beberapa pelajar di sekelilingku ghairah untuk melihat sambil mulut mereka menyebut nama budak Adam itu. Famous kau!
5. Maka diputuskan oleh Lembaga Disiplin UPSI bahawa Adam Adli (yang sebelum ini, aku pun tak pernah dengar, baca, tulis namanya) dihukum gantung tiga semester.
6. Khabarnya, Adam Adli enggan merayu. Untungnya, Adam kerana ia semakin popular. Popular bukan soal batang tubuh Adam tetapi ideanya akan lebih popular. Manakala UPSI tidak dapat untung apa-apa dengan menggantung budak yang semangnya bersedia dihukum.
7. Secara politiknya, hukuman itu bukan untuk Adam. Hukumannya itu untuk pelajar yang bercita-cita mahu jadi Adam atau terinspirasi untuk bertindak seperti Adam.
8. Seorang pelajar yang menemani aku bercakap, sekarang baru kami belajar politik sebenar!