...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday 22 May 2012

Pak Samad Said Tak Jadi Hero!

1. Tiba-tiba sahaja, Anwar, Azmin dan Ckgu Bard didakwa atas kesalahan Bersih 3.0. Salah atau tidak, itu tak penting dalam politik.

2. Ambiga, Pak Samad dan ratus ribuan rakyat yang berhimpun sudah tak menjadi hero.

3. Hero dicipta.

4. Bukan cemburu tapi sekadar mengingatkan permainan politik musuh.

Monday 14 May 2012

Sudah Pulang Ke Tanahair

1. Aku sudah pulang ke tanahair, hampir dua tahun. Meskipun aku tidak tukar nama blog aku ini.

2. Kumemasuki alam blog, tatkala aku berada di UK. Entah siapa yang 'meracuni' pemikiranku untuk semua ini. Tapi ia cukup untuk aku menghimpunkan catatan penting sewaktu dalam pengembaraan.

3. Tidak semua tercatat.

Monday 7 May 2012

Graduate Daripada Universiti Bersih 3.0

1. Berlari-lari kami menuju ke Mydin dan terus ke Kompleks Wilayah. Sesekali kami berjalan dan berhenti meneguk air mineral yang sudah sedikit. Inipun, air mineral siapa yang kasi kat kami tatkala kelam kabut tadi di Masjid India. Terima kasihlah.

2. Bas Rapid lalu depan kami. Ada yang naik. Jalan tidak ditutup tapi tiada kenderaan yang lalu lintas. Yang ada, orang ramai yang berbaju kuning, ke hulu ke hilir. Helikopter di atas, terus mengekori kami yang berpecah ke pelbagai tempat. Hir, dia kata dia selamat di Masjid Jame'. Tapi akhirnya siapa yang dalam masjid itu, terkurunglah hingga 6.30 petang kerana FRU sudah tawan pintu masjid. Siapa kata masjid adalah tempat yang paling selamat? Belum tentu jika ada FRU atau 'anggota keselamatan'.

3. Setelah hilang penat, kamipun bergerak ke Campbell dan melewati Balai Polis Dang Wangi. Ramai anggota polis memerhatikan kami dari kawasan balai. Entah apa yang dibisikkan. Aku tak tau. Nabilah kata, ayah ni balai Polis - ngapa kita ikut sini? Ok no problem. Aku tenangkan. Sampai di pintu masuk balai itu, bertrak-trak blackmaria tersusun di tepi jalan. Manakala, lebih dua puluh lelaki duduk di tepi pagar balai. Aku tau, itu semua SB. Muka diaorang senang dikenali. Muka nak makan orang.

4. Satu doktrin yang sudah terbenam dalam otak dan otot polis ialah bahawa para demonstrator ini musuh negara, perusuh, pro Hindu, pro Cina, kaki liwat dan barua Anwar. Walaupun aku dan orang Melayu lain yang menyertai Bersih 3.0, mereka akan hukum secara Maharaja Cina Kuno. Semua sama sahaja.

5. Oleh itu, mereka akan sepak Melayu macam mereka sepak Cina. Mereka terajang Mak Cik Melayu, kerana mereka rasa itu Nyonya Cina yang makan babi, berak tak basuh! Inilah contoh terbaik pendekatan perkauman yang menghidupkan kezaliman dan keganasan polis pada orang awam. Kalaupun aku Cina sekalipun, setidak-tidaknya aku manusia juga. Polis menjadi takbur dan maksum.
6. Diaorang tengok kami semacam je. Aku buat muka sardin, lalu depan diaorang. Balai Polis Dang Wangi sekarang bangunan baru. Dulu, Man Cina selokap dengan aku di Balai Polis Cheras. Dia kata antara Balai Polis paling teruk di Kuala Lumpur ialah Dang Wangi. Man Cina sudah merata lokap dia keluar masuk kerana kes dadah. Aku pula ditangkap kerana Black 14 reformasi.

7. Masa itu, merasalah apa makna hidup dalam lokap. Seminggu bro! Makan nasi hanyir, lauk kayu! Hingga sekarang aku masih ingat siapa yang tangkap aku. Bakri Zinin. Sekarang dia sudah jadi Pengarah Jabatan Jenayah Bukit Aman. Setidak-tidaknya dia pakailah SOP (Standard Operation Prosedur) semasa bertugas. Pakai nametag. Senang cam kalau ada masalah. Semasa Bersih 3.0 ramai anak buahnya tak pakai SOP. Pasai tu, dia orang jadi samseng berlesen. Tumbuk, terajang, flying kick dan macam-macamlah jenis kesamsengan manusia.

8. Selepas melewati balai itu, barulah aku kasi tau pada diaorang tentang siapa lelaki yang duduk di depan pagar balai tadi. Patutlah. Itupun belum melegakan. Kerana laluan kami ke Sogo dan Pertama Compleks lagi tegang. Orang ramai takluk wilayah itu.

9. Aku fikir, tempat ini kurang selamat untuk kami berlama-lama di sini. Kalau aku sorang, aku tunggu. Suara siren ambulan kedengaran. Teringat semasa aku di Swansea. Sunyi malam kadangkala dipecahkan dengan suara siren ambulan dan polis. Tak lama kemudian, deretan lori Bulan Sabit Merah berhenti betul-betul depan Pertama Compleks. Mereka edarkan berpuluh-puluh kotak air mineral pada orang ramai. Kami tepuk tangan tanda supportlah apa yang mereka lakukan.

10. Selang sepuluh minit kemudian, kereta polis lalu di hadapan orang ramai. Mula-mula satu. Kemudian menyusul kereta peronda lain. Entah, siapa yang mula, diaorang sudah baling botol mineral ke arah polis. Hingga berlaku apa yang terjadi (polis langgar orang awam). Time itu, aku sudah angkat kaki ke arah Chow Kit. Dalam orang ramai - kita tidak pasti siapa yang menjadi provakator. Mungkin SB. Aku cenderung berfikiran bahawa polis jenis inilah yang menimbulkan provakasi.

11. Kita patut baca sejarah polis. Jangan setakat rujuk Bukit Kepong edisi PMR. Setakat baca news paper nak bersyarah, berhujah - rentikanlah. Buat malu muka sendiri.

12. Berdetum-detum bunyi botol dibaling ke arah kenderaan polis. Sebelah aku, ada seorang polis tergesa-gesa naik lori dan cabut menyosang arus ke Chow Kit. Kalau aku nak baling, sudah lama kena. Tapi aku bukan otak polis. Aku nak tanya, apa pasal polis itu lalu betul-betul di ratusan orang awam yang baru kena sembur gas pemedih mata. Nyata tidak bijak. Otak manual betul.

13. Norsi minta kami naik teksi. Mana ada teksi time ni? PWTC jauh lagi. Memanglah tak larat dah nak menapak. Slow-slowlah. Tak lama kemudian, aku tengok semakin ramai pula orang di tempat kami. Aku rasa, FRU sudah gempur Sogo. Sebab itu, diaorang lari ke sini.

14. Aku jumpa pemuda Cina duduk. 'Abang kena ka?' Kenalah! Kita senasiblah agaknya bila dia tersenyum. Memang sungguh aneh, senyum walaupun kena gas pemedih mata yang menyeksakan. Benarlah, kebenaran itu suatu yang sukar difahami oleh orang yang tenggelam dalam kegelapan.

15. Sila buka minda dan jiwa tuan. Dan jangan lupaan untu tutup channel tv.






















Wednesday 2 May 2012

Belajar Dari Universiti Bersih 3.0

1. Tahun 2011, aku tidak join Bersih di Kuala Lumpur. Aku di London dengan berarak dari Kedutaan Malaysia hingga ke Trafalgar Square. Berarak dengan perhatian polis London Metropolitan yang menjaga keselamatan kami.

2. Tahun ini, aku, Najihah, Nabilah, Hir, Norsi (anak saudara) dan anak-anak remajanya Ajwad dan Haris join Duduk Bantah Bersih 3.0. Norsi ambil Nabilah di UIA. Hir ambil aku dengan Najihah di Hentian Duta. Bertemu di Bangsar dan terus menuju ke Masjid Negara.

3. Isteriku nak ikut. Tapi kena duty di sekolah. Kami tugaskan untuk pantau berita terkini dari internet. Mudahlah kami dapat berita.

4. Jalan ke Masjid Negara ditutup dan dipendekkan cerita, kami akhirnya sampai di Masjid Jame'. Dari LRT, kami boleh lihat lautan kuning sudah membanjiri Jalan Tun Perak dan T.Abdul Rahman.Adalah sikit berani pakai T'shirt Bersih. Dulu, t'shirt itu setaraf dengan barangan lucah, merbahaya dan terlarang. Sesiapa memiliki boleh ditangkap, dilokap atau disepak.

5. Jumpalah orang kampong, kawan lama, cikgu aku dan paling seronok - jumpa student sendiri! Rasa tak sia-sia aku ajar diaorang kat universiti. Aku memanglah tak ajar direct. Aku macam orang Melayu biasa, banyak berkias, berpantun seloka. Hanya jauhari sahaja mengenal manikam. Tak kusangka, rupa-rupanya ada ramai jauhari dalam kelas aku!

6. Solat Dzuhor di Masjid Jame macam solat Jumaat akhir zaman. Orang terpaksa sembahyang di luar yang melimpah ruah. Perut lapar, ada restoran yang memang bijak berniaga. Siapa kata demonstrasi menyebabkan kerugian kepada peniaga. Sudahlah murah, sedap pula.

7. Perut sudah kenyang, kita bolehlah enjoy dan nyanyi kuat lagi. Kita bukan nak marah-marah. Kita nak menuntut satu pilihanraya yang adil dan bebas. Melayu, Cina, India ada. Yang tua, yang muda. Semua ada. Frederick, student aku dari Sarawak yang Iban itupun katanya nak join. Laut Cina Selatanpun, rela kurenangi.

8. Alang-alang sudah di situ, kami mara ke Dataran Merdeka. 10 minit berada di barrier, kami bersesak macam nak buat tawaf pada malam 27 Ramadhan. Sesak gila. Kami beredar menuju ke Jalan TAR. Untung badan Hir besar, mudah buat laluan untuk kami mencelah meninggalkan kesesakan yang amat. Nak bernafas pun macam tak dapat.

9. Akhirnya kami sampai di betul-betul di muara Jalan TAR. Barulah dapat oksigen. Ada orang berdiri atas kedai. Barangkali nak tengok suasana yang lebih menyeluruh. Saksi penting.

10. Tak sempat nak rasa nak bernafas segar, aku tengok air sudah disembur oleh water canon FRU. Bau gas sudah datang. Mata mula terasa pedih. Lari! Lari! nak lari macam mana, sesak gila ni! Kamipun bersabar, bergerak undur dalam orang yang berpusu-pusu sesak. Aku lupa nak bagitau diorang (Najihah, Nabilah, Norsi, Ajwad dan Haris), ini gas pemedih mata. Tapi aku rasa, diaorang tau sendiri.

11. Tiba-tiba, satu tong gas sudah jatuh betul-betul di celah kaki aku. Aku pandang bawah, asap naik atas berkepul-kepul. Terhidu. Aku dengan diorang berteriak, menangis dan menjerit. Aku tau suara diorang. Tapi asap sudah tebal. Tangan aku sudah terlepas dari gengaman mereka. Aku tak nampak mereka. Mataku sudah berair. Nafas kuterasa pendek.

12. Orang berlari yang boleh. Aku tak boleh. Anak-anak aku sudah hilang. Aku tak tau Norsi dengan anak-anaknya. Aku tak kisah dengan Hir. Dia orang muda dan ada pengalaman Bersih 2.0.

13. Aku patah balik tempat gas pemedih mata tadi jatuh. Najihah dan Nabilah sudah terduduk di lantai. Terbatuk dan nangis. Sekilas kusambar tangan mereka dan tarik keluar. Tangan kanak kiriku tarik mereka menuju ke arah Masjid India. Di celah-celah gerai itu, aku keluarkan botol air dan garam. Makan garam tu. Ambil air, minum. Aku tak tau nak arah lagi tapi diaorang sudah faham apa yang kena buat.

14. Orang lari tapi tak boleh laju-laju. Mata tidak dapat memandang. Terasa semacam hilang kudrat untuk bergerak. Barangkali semangat sahaja yang menyebabkan aku gagahkan diri. Terasa macam nak muntah. Tapi Najihah sudah termuntah-muntah. Matanya merah. Suara orang menyumpah, tangis sakit, jerit suruh lari berbaur-baur menambahkan situasi tertekan sekali.

15. Norsi tanya, mana anaknya, Haris. Dalam keadaan kelam kabut begitu, apapun boleh terjadi. Dia sudah cemas. Aku yakin Haris mungkin lari ke depan lebih cepat daripada kami. Betul. Kami jumpa dia terkial-kial sendiri di hadapan Masjid India.

16.  Sakit, pedih, letih, loya dan seribu satu rasa belum lagi hilang. Namun, suara FRU dan Polis mengejar kedengaran. Aku mengajak mereka bergerak ke hadapan lagi. Kita bukan nak bertempur dengan FRU dan Polis. Kita cuma nak menyatakan hasrat yang terkandung dalam Bersih 3.0.

17. Itu satu bab yang aku dan kami pelajari daripada Universiti Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Belum tamat, aku cerita lagi.