Setiap kali menuju ibu kota, aku sepastinya ingin mudah sampai ke sana tanpa kerenah berbaris di sepanjang hiway yang mahal. Kerana nanti di sana, bicara kami sememangnya sudah tersedia memenatkan. Itupun belum tentu puas berlabun dari satu muka ke muka selanjutnya.
Keretapi malam terakhir adalah selimut buat aku yang kepenatan. Hari ini, keretapi tiada bunyi siren yang melayangkan fikiranku keluar dari sangkar kebiasaannya. Dingin penghawa keretapi mengeraskan kulitku yang nipis.
Aku ditelan malam dalam keretapi terakhir.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
Monday, 10 June 2013
Monday, 3 June 2013
Doctor Zhivago
1. Aku mula mengetahui novel Doctor Zhivago melalui A.Samad Said kira-kira hampir sepuluh tahun lalu. Katanya, itulah antara novel yang diminati. Tentulah menarik kerana novel itu sendiri diminati oleh seorang novelis seperti A. Samad Said.
2. Aku menyaksikan drama tv lakonan Omar Sharif suatu ketika dulu. Dari situ, barulah kutahu lebih jelas novel epik dari Soviet Union itu.
3. Semalam aku baru dapat baca novelnya. Itupun, anak aku belikan.
4. Sebuah novel tulisan Boris Pasternak - dan lagu 'Somewhere My Love' nyanyian Andy William sudah memadai hebatnya karya ini.
2. Aku menyaksikan drama tv lakonan Omar Sharif suatu ketika dulu. Dari situ, barulah kutahu lebih jelas novel epik dari Soviet Union itu.
3. Semalam aku baru dapat baca novelnya. Itupun, anak aku belikan.
4. Sebuah novel tulisan Boris Pasternak - dan lagu 'Somewhere My Love' nyanyian Andy William sudah memadai hebatnya karya ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)