...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday 29 May 2009

Selamat Mengundi


1. Minggu depan, para perwakilan PAS akan mengundi memilih pimpinan parti sempena Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam. Aku di sini, insyaAllah juga akan mengundi. Undi pos. Kertas undi dah kami terima dua tiga hari lepas. Aku, isteri dan anak aku akan mengundi 4 Jun.

2. Kami akan mengundi untuk Pilihanraya untuk European Parliament.

3. Aku rasa, kalau cara undi pos ini diadakan dalam Pilihanraya di Malaysia, ramai orang boleh buat duit. Jual undi pos kepada parti yang bertanding.

4. Selamat mengundi kita.

Thursday 28 May 2009

Hari Hari Aku Lapar!

Hari hari aku lapar
melewati pagi dingin
hingga malam kelam
mengais roti dicelah zaman
melarik air sungai yang menangis
sepi

Hari hari adalah kelaparan
di atas kekenyangan borjouis
kekuasaan sang penguasa
khayalan penyair
debat para sarjana
ratip ulama
dan mimpi rakyat yang panjang

Maaf, aku tidak ikut mogok lapar
kerana hari-hari aku lapar
lapar
hari hari

swansea

Thursday 21 May 2009

Palestin Yang Dilupakan Lagi

1. Tamat perang, tamat bunyi mortar dan bom yang gugur dari langit Palestin, maka tamatlah sempati pada Palestin.

2. Kita tunggu perang lagi untuk menanti semangat bangkit memperjuangkan Palestin.

3. Perang memang selalu mengingatkan. Perang selalu menginsafkan.

Tuesday 19 May 2009

Dunia Penuh Peperangan: Mengapa Perlu Bingung?

1.Pertentangan antara dua kelompok adalah fitrah kehidupan bermasyarakat. Tiada masyarakat tanpa konflik meski dalam masyarakat bimbingan Nabi Muhammad s.a.w.

2. Kita diajar bagaimana untuk menangani konflik, kerana itulah kita manusia sebagai khalifah di mukabumi. Konflik itu mungkin disebabkan dari secubit garam hinggalah permata selautan.

3. Agama mengikut bagaimana manusia mentafsirkan kitab sucinya. Kerana itu, al Quran diturunkan bukan semata-mata pada Nabi Muhammad s.a.w. tetapi pada setiap manusia secara peribadi. Ini bermakna, Allah s.w.t. telah memberikan kita al Quran secara peribadi untuk kita memahami. Manusia memang sentiasa mencari kebenaran. Aku cuba turunkan bagaimana tamadun akal manusia memikirkan tentang pertentangan, peperangan, perebutan antara dua kutub.

4. Marx memahami konflik ini berlaku kerana pertentangan antara kelas. Kelas orang miskin dengan kelas orang berkuasa lagi kaya raya. Sejarah manusia dibuktikan oleh Marx bahawa, kelas borjouis menindas kaum proletariat. Kaum proletariat mesti bangun, bangkit menentang mereka. Lalu lahirlah, negara Marxisme.

5. Pendiri ideologi nasionalisme melihat konflik adalah disebabkan pertentangan antara bangsa. Kecintaan terhadap bangsa akan melahirkan permusuhan pada bangsa lain. Oleh itu, pembinaan negara mestilah berasaskan negara bangsa. Orang Arab Hijjaz tidak boleh berada di bawah kuasa orang Turki. Orang Irish, akan menentang penguasaan British terhadap wilayah mereka. Dan, orang Melayu menganggap orang Cina sebagai Yahudi yang perlu dimusuhi selama-selamanya. Oleh sebab itu, apabila kerajaan PR Perak beri tanah pada orang Cina miskin, mereka sebut Kerajaan Perak itu telah mengadaikan tanah orang Melayu. Naifnya.

6. Manakala kelompok trait yang mengagungkan fizikal seperti warna kulit selalu dikaitkan dengan ideologi nasionalisme meski sebenarnya dua hal yang berbeza. Fahaman inilah yang menanggap kaum kulit hitam dilahirkan untuk abdi kulit putih. Hitam dikaitkan dengan kejelekan, keburukan seperti ada sesetengah orang di Perak yang marah pada Zambry dengan idea-idea naif ini.

8. Ali Syariati, pula melihat pertentangan ini adalah pertentangan kaum Mustakbirin dengan kaum Mustaafin. Ada sesetengah sarjana mengaitkan idea ini senada dengan idea sosialisme. Namun, Revolusi Islam Iran telah membuktikan kaum Mustaafin telah mampu berhadapan dengan kekejaman kaum Mustakbirin.

9. Golongan feminisme pula menaksirkan konflik berlaku kerana wujudnya perbezaan yang berasaskan gender (jantina). Undang-undang dibuat berasaskan perbezaan jantina. Peluang pekerjaan berasaskan jantina. Mereka cuba menghilangkan perbezaan jantina ini sehingga wujudnya keseimbangan sesama jantina. Barat sewaktu zaman kegelapan menganggap wanita adalah harta yang boleh dipindah milik. Bahkan ada sesetengah sarjana memikirkan samada wanita itu manusia atau tidak. Islam pula dikatakan banyak menindas kaum wanita kerana kebanyakan ulama adalah terdiri kalangan lelaki. Begitulah bencinya pada kuasa lelaki.

10. Aku sambung lagi.

Saturday 16 May 2009

Cikgu !

Selamat hari guru, cikgu, ustaz, ustazah.....

Arwah ayah aku hingga akhir hayatnya seorang guru
Aku dulu pernah jadi guru,
isteriku masih seorang guru,
Ahli keluarga aku ada juga yang menjadi guru
Jiran tetangga aku guru
kawan-kawan aku ramai guru

Kita memang banyak berguru
tapi sayang tidak belajar daripada
perguruan itu.

Thursday 14 May 2009

Warkah Dari Eropah Untuk Rakyat Perak: Ayuh Ke Jalanraya Kita!

Salam kepada semua saudara,

Kerana aku duduk jauh. Memandang siasah Perak bagai tidak ketentuan. Aku hanya boleh menulis secara begini sahaja. Memang kerja menulis ini semua orang boleh buat. Tulis dan publish! Terpulang untuk membaca dan memahaminya. Aku hanya menulis. Menulis sebagai anak muda. Bukan menulis bagi pihak kaum hawa, orang tua atau sang sufi yang bertapa.

Pilihanraya adalah satu cabang daripada sistem demokrasi dalam memilih pemimpin. Aku tidak beriman dengan pilihanraya. Tetapi kaedah itu ada manfaatnya untuk memilih pemimpin oleh rakyat. Sejarah kematangan sistem demokrasi tidak sekadar pada banyaknya jumlah pilihanraya diadakan secara aman. Pilihanraya yang aman berlangsung kerana autokratik pemerintah yang kuat dengan kuasa rakyat yang lemah. Ada yang berlangsung aman kerana tahap kematangan kedua-dua belah pihak yang bertanding.

Pilihanraya yang tegang bukan bermakna tidak demokrasi. Apabila hak rakyat dinafi dan pemerintah hilang wibawa, demokrasi akan lebih terbuka. Rakyat mencabar pemerintah sediada bukan bermakna rakyat kuat tetapi mungkin juga pemerintah hilang keyakinannya. Rasa mulia itu tiba-tiba muncul kepada mereka yang berjuang untuk mempertahankan hak diri dan rakyat. Ini bukan soal agama. Ini soal kemanusiaan yang memang selaras dengan Islam. Mereka akan bangkit untuk memuliakan diri mereka dari terus menjadi bangsat. Mereka bangkit bukan untuk meraih takhta pemerintah atau khazanah negara. Apa yang mereka mahu adalah kemuliaan sebagai manusia.

Saudara,

Bangkit rakyat dan mereka menuju ke jalanraya adalah demokrasi. Bangkit rakyat dan berhimpun secara raksasa adalah demokrasi. Bangkit rakyat dan menyuarakan laungan kemuliaan adalah demokrasi. Demokrasi ini adalah naluri manusia yang sedar. Ini bukan soal demokrasi itu daripada tradisi Yunani tetapi hakikatnya suara rakyat yang ramai bersesuaian dengan roh perjuangan Islam. Bukan jumlahnya yang ramai tetapi faktor yang mendorong mereka beramai-ramai menentang pemerintah korup adalah sesuai dengan Islam. Berkumpul secara berorganisasi adalah Islam. Taat pada ketua yang membawa panji perjuangan adalah Islam. Asal sahaja ketua itu seorang yang ada kepimpinan sebenar bukan sekadar penjawat jawatan tertinggi.

Tidak semua tindakan kita perlu menunggu keputusan Mahkamah, titah Sultan ataupun arahan Polis. Kita ada akal budi yang jauh lebih mulia daripada kasut askar. Taat tidak membabi buta. Menunggu perintah bagai menanti wahyu turun. Kita mulia kerana kita memuliakan diri kita sebagai manusia dan memuliakan manusia lain sebagai manusia. Sebaliknya, kita menjadi hina apabila kita menghina manusia lain dan lebih hina apabila menghina diri sendiri.

Menghina diri sendiri bermakna meletakkan diri sebagai penakut. Memang penakut tidak boleh dihukum. Tetapi penakut akan terhukum dengan ketakutannya itu. Tidak mulia dirinya. Tiada harga dalam dirinya.

Rakyat Perak perlu bangkit. Kalian ada beberapa jam sebelum loceng dibunyikan sebagai tanda tamatnya perhitungan. Ayuh istiharkan pada musuh, kita bangkit bukan bermakna revolusi tetapi memuliakan diri. Kita bangkit bukan membunuh manusia tetapi membenam ketidakmanusiaan. Kita bangkit bukan memutuskan persaudaraan tetapi kita tegakkan kemuliaan.

Selamat Bangkit Rakyat Perak!

Muhaimin Sulam
Swansea, UK.

Tuesday 12 May 2009

Aku Sokong Polis

Aku sokong polis
Menangkap mereka yang berhimpun
Di kedai kopi, bawah pokok
Atau tepi longkang
Meski pun mereka diam
Mulut mengirup kopi o
Bibir masih berminyak
Dengan roti canai mamak
Atau perempuan yang berbisik sendiri
Memaki kerana tak berani
Atau si tua berdiri memerhati
Digari, masuk ke lori

Aku sokong ADUN
Bergaduh depan kakitangan kerajaan,
Kerabat Sultan dan para wartawan
Cabut otak dan budi
Letak ke tepi
Usah diukur pada petah berkata
Atau indahnya hujah pujangga
Kembali beradu secara lelaki

Aku sokong Hakim
Buat keputusan mengikut perut
Biar peguambela pendakwa menangis
Hari-hari ke mahkamah
bersarapan roti dan mentega yang sama.

Aku sokong pemberita
Mendakwa si pulan-pulan punya angkara,
Agar rakyat mudah percaya
Biar telinga mereka menanah
Mata merah menerimanya

Aku sokong ulama atau mufti membisu
Menginsafi tawadu’nya secebis
Membilang tasbih yang belum habis
Terus menggeleng kepala semacam berzikir
Mengintai lubung ke syurga

Kerana selepas itu,
Angin turun berderu derau
Ombak mengalun badai
Panas hati bara membakar
Keringat terpercik ke hujung kaki
Gengam tidak lagi bertangan kosong
Parang tidak lagi bersarung
Suara tidak lagi berguna


Benamkan keangkuhan
Biarlah ketidaktentuan menentukan


Swansea. UK

Saturday 9 May 2009

Help ! Help ! Help !

Tolonglah faham demokrasi kita masih baru. Gaduh? tidak mengapa.

Mai kita layan kejap, lagu The Beatles ni. Help!





Help! I need somebody,
Help! not just anybody,
Help! you know I need someone, help.
When I was younger, so much younger than today,
I never needed anybody's help in any way.
But now these days are gone, I'm not so self assured,
Now I find I've changed my mind I've opened up the doors.
Help me if you can, I'm feeling down
And I do appreciate you being around.
Help me get my feet back on the ground,
Won't you please, please help me.
And now my life has changed in oh so many ways,
My independence seems to vanish in the haze.
But ev'ry now and then I feel so insecure,
I know that I just need you like I've never done before.
Help me if you can, I'm feeling down
And I do appreciate you being around.
Help me get my feet back on the ground,
Won't you please, please help me.
When I was younger, so much younger than today,
I never needed anybody's help in any way.
But now these days are gone, I'm not so self assured,
Now I find I've changed my mind I've opened up the doors.
Help me if you can, I'm feeling down
And I do appreciate you being round.
Help me, get my feet back on the ground,
Won't you please, please help me, help me, help me, oh.

Friday 8 May 2009

Sajak Perkauman Sidang DUN Perak

Aku Anak Melayu
Tinggal jauh di seberang
memandang Sidang semalam

Cina bersongkok
India bertakbir
Melayu berjaket kuning
Bertarung gila

Sultan Melayu
Mufti Melayu
Polis Melayu
SUK Melayu
Bentara Melayu

Sidang Tentang Kuasa
Di Negeri Sekangkang Kera
Dibincang Seluruh Dunia

Jangan rasa malu
Kerana peta politik semakin berkembang
menjalar sepanjangnya sungai
menyubur rindu di kuala
pada otak-otak orang aku

Jangan rasa hina
Kerana rasa betina semakin hilang
Tidak berani berdendam
kerana kita akan terus mencabar berdepan

Meski di hadapan Sultan!

Sunday 3 May 2009

Rock Untuk Kalian



1. Samada kalian PAS atau Umno atau entah apa-apa parti, bagaimana kalau kita terus berperang selama-lamanya atas nama politik.

2. Samada kalian itu Islam atau Kristian atau Buddha atau apa-apa fahaman, bagaimana kalau kita terus berperang selama-lamanya atas nama agama.

3. Samada kalian itu Melayu, Cina, India atau Kadazan atau apa-apa suku bangsanya, bagaimana kalau kita terus berperang selama-lamanya atas nama bangsa.

4. Samada kalian itu tuan besar, buruh atau peminta sedekah atau apa-apa kerja yang dilakukan, kalau kita terus berperang selama-lamanya atas nama kelas.

5. Lalu bila damai akan datang, makan terasa kenyang, sembahyang berasa tenang, tidur dengan aman, hidup tenang, mati pun dalam keredhaan.

6. Lagu ini untuk kalian dan aku fikirkan.