...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday 8 May 2009

Sajak Perkauman Sidang DUN Perak

Aku Anak Melayu
Tinggal jauh di seberang
memandang Sidang semalam

Cina bersongkok
India bertakbir
Melayu berjaket kuning
Bertarung gila

Sultan Melayu
Mufti Melayu
Polis Melayu
SUK Melayu
Bentara Melayu

Sidang Tentang Kuasa
Di Negeri Sekangkang Kera
Dibincang Seluruh Dunia

Jangan rasa malu
Kerana peta politik semakin berkembang
menjalar sepanjangnya sungai
menyubur rindu di kuala
pada otak-otak orang aku

Jangan rasa hina
Kerana rasa betina semakin hilang
Tidak berani berdendam
kerana kita akan terus mencabar berdepan

Meski di hadapan Sultan!

2 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Biar sultan beraja dimata,
Melayu derhaka tiada.

Tak gitu?

Anonymous said...

layan la che guevara sakit ni..