Kisah Panglima Awang pernah dinovelkan oleh Harun Amirulrashid pada 1958. Sayangnya aku tak pernah berkesempatan untuk membaca karya itu. Nama Enrique de Malacca dicatat dalam dairi Antonio Pigaffetta, seorang sukarelawan Itali yang menyertai pengembaraan hebat kerajaan Sepanyol itu. Meskipun sejarah mengganggap bahawa Ferdinand Magellan (Fernao de Magalhaes) yang berketurunan Portugis tetapi belayar atas panji kerajaan Sepanyol adalah orang pertama mengelilingi dunia. Ekspedisi pelayaran tersebut melibatkan lima buah kapal iaitu San Antonio, Conception, Victoria, Santiago dan kapal utamanya Trinidad, 270 anak kapal dan memulakan pelayarannya pada 20 September 1519 di pelabuhan Sancular de Barrameda. Walaubagaimanapun, hanya sebuah kapal Victoria yang diketuai Sebastian Del Cano bersama 17 anak kapal yang berjaya kembali ke Sepanyol pada 8 September 1522. Pigaffetta menyebut bahawa Panglima Awang adalah orang Melayu yang tinggal di Melaka tetapi berasal dari Zamatra (Sumatera). Magellan adalah salah seorang anak kapal sewaktu Diego Lopez de Sequeira belayar pertama kali ke Mekala pada 1 September 1509. Rombongan itu ke Melaka sebagai satu misi risikan dengan membawa alasan untuk membuat perniagaan di Melaka. Tetapi Sultan Melaka ketika itu dapat menghidu niat jahat mereka dan menangkap sebahagian daripada mereka. Selepas itu, Alfonso de albuquaerque dating membawa bantuan dari Goa untuk menyerang Melaka. Magellan juga terlibat dalam peperangan menawan Kota Melaka pada 1511. Ketika itu, Panglima Awang baru berumur belasan tahun dibeli sebagai hamba tawanan perang. Ada kemungkinan Panglima Awang adalah antara ribuan tentera kerajaan Sultan Melayu Melaka yang cuba mempertahankan kedaulatan kerajaan Melayu Islam daripada jatuh ke tangan kerajaan Kristian. Ataupun mungkin hamba milik raja yang mempunyai ratusan hamba sahaya di istana baginda. Sultan Mahmud sahaja mengikut rekod Portugis mempunyai lebih tiga ratus hamba sahaya. Kebanyakan hamba istana merupakan tawanan perang dan ada kemungkinan Panglima Awang adalah hamba tawanan perang sewaktu Melaka menyerang Sumatera, tempat asal Panglima Awang. Sebagai hamba tawanan, kebebasan hidupnya telah hilang - dia telah dibaptiskan sebagai penganut Kristian dan diberi nama Enrique of Malacca, lalu terpisahlah dirinya dengan Islam. Selepas misi menjatuhkan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka terlaksana, Magellan kembali ke Lisbon pada 1512 melalui Laut Hindi dan menuju ke benua Africa bersama Panglima Awang. Sesampainya di Portugal, Di Portugal, Magellan dihantar untuk menentang orang-orang Moor di Maghribi. Dalam misi tersebut, Magellan telah cedera yang menyebabkan dia tempang. Magellan mengambil keputusan untuk berhenti berkhidmat dengan raja Portugal itu selepas dituduh melakukan rasuah. Dia pergi ke Sepanyol dan membawa bersama Enrique untuk berkhidmat dengan raja Charles I Sepanyol pula pada 1517. Beliau memberitahu bahawa kerajaan Portugal telah menguasai kawasan Timur India selepas kejatuhan Melaka dan mencadangkan agar kerajaan Sepanyol melebarkan kuasanya di timur. Magellan juga memberikan alasan bahawa dia mempunyai orang yang bercakap dengan bahasa di sana dan mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk ekspedisi tersebut. Orang tersebut adalah Panglima Awang. Sejak itu, hubungan Magellan dengan Panglima Awang tidak lagi sebagai tuan dengan hamba sebaliknya telah menjadi akrab sebagai kawan dan akan dibebaskan sebagai hamba selepas ekspedisi tersebut. Bahkan, Magellan telah meninggalkan sejumlah harta yang banyak kepada Panglima Awang sebagai tanda penghargaannya. Selepas mengharungi gelombang lautan Pasifak yang mencabar, akhirnya pada 16 Mac 1521, mereka telah sampai di Samar salah sebuah pulau tertimur daripada kepulauan Filifina. Beberapa hari di sana, mereka telah bertemu dua kapal panjang yang dipenuhi oleh beberapa lelaki dan manakala seorang sedang duduk di bawah bumbung yang beratap. Panglima Awang telah bercakap bagi pihak Magellan dan Raja Sepanyol dengan rombongan dua kapal panjang itu. Rupa-rupanya yang lelaki yang duduk di bawah bumbung itu adalah Raja Humabon, raja bagi wilayah Cebu. Mereka bercakap soal kedudukan tempat, pertukaran barangan untuk perniagaan, menawarkan perdamaian dan ancaman peperangan. Raja Humabon yang menguasai wilayah Cebu telah meminta bantuan daripada Magellan untuk memerangi pemberontakan yang diketuai oleh seorang panglimanya yang bernama Lapu Lapu di perkampungan Mactan. Magellan bersetuju untuk membantu Raja Humabon. Pada 27 April 1521, dengan kekuatan 60 lelaki bersenjatakan meriam, senapang panjang, busar dan pedang menentang 1500 tentera Lapu-Lapu yang bersenjatakan buluh dan anak panas beracun. Dalam catatan Pigafetta menjelaskan bahawa tentera Lapu-Lapu menyerang Magellan dan anak panah beracun Lapu-Lapu terkena pada kaki dan kemudian bahunya terkena tombak. Pada saat genting itu, meriam kapalnya pula gagal berfungsi dan tiada sebarang bantuan diterima daripada anak-anak kapalnya yang lain. Kemudian, ramai pula anak-anak kapalnya lari menyelamatkan diri dan Panglima Awang sendiri telah cedera. Selepas kematian Magellan, Panglima Awang dicatat oleh Pigafetta hanya berselimut dan tidak mahu berbuat apa-apa. Tempat Magellan diambil alih Duarte Barbosa seorang Portugis yang berganggapan bahawa Panglima Awang tetap sebagai hamba. Ini bertentangan dengan janji Magellan sebelum ini. Duarte memberi kata dua kepada Panglima Awang samada mahu mendarat atau meneruskan pelayaran tersebut. Panglima Awang terasa dirinya telah dikhianati. Namun pada masa itu, dia hanya mendiamkan diri sahaja. Pigafetta mendakwa bahawa Panglima Awang membuat rancangan kegagalan Magellan dan anak-anak kapal di dalam peperangan di Mactan tetapi tidak menghuraikan lebih lanjut sebabnya. Sementara itu, Panglima Awang mungkin beranggapan bahawa ada rancangan di sebalik kematian Magellan kerana tiada bantuan diterima sewaktu mereka memerlukannya. Diapun menaruh ketidakyakinan kepada Duarte yang mungkin mempunyai niat jahat terhadap Magellan dan dirinya. Panglima Awang memberitahu kepada Duarte Barbosa bahawa Humabon telah menyediakan permata dan hadiah untuk dikirim kepada Raja Sepanyol. Oleh itu, mereka perlu turun untuk pergi menghadap Raja Humabon. Duarte Barbosa bersama beberapa anak kapal dengan diiringi Panglima Awang telah mendarat untuk menghadap Raja Humabon tetapi telah diserang hendap. Menurut Pigafetta tiada yang selamat dalam serang hendap itu kecuali penterjemah - Panglima Awang! Apapun alasannya, plot tersebut bermula selepas tiga hari kematian Magellan. Pigafetta mencatatkan bahawa Panglima Awang bertemu Humabon dan memberitahu bahawa kapal Sepanyol itu akan meneruskan pelayaran segera. Dalam catatannya menjelaskan rancangan tersebut ‘ ….but, if he would follow his advice, he would gain all their ships merchandise….and so they plotted a conspiracy’. Namun rekod rasmi Sepanyol mencatatkan bahawa Enrique of Malacca adalah antara 27 lelaki yang terbunuh dalam serangan itu dan ini jelas bertentangan dengan cataan Pigafetta yang menyebut Enrique seorang yang selamat. Di sini mungkin ada yang belum dapat dijelaskan oleh sejarah. Mungkin Panglima Awang terus tinggal di Cebu, atau kembali ke Melaka ataupun pulang ke Sumatera. Apapun semua itu......faktanya Panglima Awang adalah orang pertama yang mengeliling dunia dan bukannya Magellan ataupun del Cano seperti yang didakwa sebelumnya ini oleh para sejarawan dunia. |
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
Monday, 16 July 2007
Panglimg Awang:Memecah Mitos Magellan
Friday, 13 July 2007
Konsep Kepimpinan Syiah: Satu Persimpangan....
Konsep Kepimpinan Syiah: Simpang Antara Kepimpinan Islam dan Kepimpinan Arab Tradisi Terdapat sekurang-kurangnya dua pendapat yang mengatakan bagaimana konsep kepimpinan Islam berkembang dan dibangunkan. Pendapat pertama mengatakan bahawa konsep kepimpinan Islam adalah satu konsep kepimpinan yang baru. Manakala pendapat kedua pula mengatakan bahawa ia adalah satu warisan daripada kebudayaan kepimpinan Arab. Dalam usaha mengembangkan Islam di peringkat awal, pendakwah Arab secara tidak langsung turut mengembangkan budayanya terhadap masyarakat lain. Sekalipun pada abad ke 17, masyarakat Arab tidak mempunyai pengalaman terhadap sistem beraja. Kepimpinan Arab sebenarnya daripada tamadun mereka yang berasakan pemimpin yang karismatik dan sesuatu yang boleh mempengaruhi tradisi yang yang turun temurun. Dalam abad ke 17 dan selepas itu, kaedah pelantikan (wisayah) kepimpinan adalah berasaskan warisan tradisi Arab. Hal ini telah diterima dan dipraktik oleh Shiah dan Sunni Arab oleh kerana kepimpinan yang berasaskan kualiti semula jadi merupakan unsur yang sukar untuk diubah dalam tradisi sosia-politik Arab pada masa itu yang mengutamakan kualiti semula jadi sebagai status sosoal. Pada kebanyakan masyarakat Arab percaya individu yang memiliki kualiti semula jadi mempunyai kekuatan moral dan fizikal daripada keturunan asal mereka. Pemikiran Judeo-Christian dan gnotic banyak mencorakkan perkembangan ideology Shiah. Sebagai contoh, doktrin Imamah dalam Shiah Imamah terutama dalam unsur mesianic dan penentangan terhadap pandangan sekular terhadap kuasa negara ada persamaan dengan pemikiran Judeo-Christian. Menurut Syed Hossein Nasr, falsafah Greek tradisional terutama mengenai sekolah khas yang dikaitkan dengan neo-Pythagoreasism dan Hermetiscism juga diamalkan cara pembentukannya dalam Shiah dan aliran sufism. Sekolah Syiah di Isfahan sebagai contohnya banyak dipengaruhi oleh corak pemikiran falsafah Aristotle terutama dalam aspek rasional dan intuitif. Pemikiran Neo-Platonic juga tidak sekadar mempengaruhi Ismali dan sekolah-sekolah sufi tetap juga dalam idea Khomeini mengenai Wilayah – i – faqih. (sekadar bahan bacaan untuk pengetahuan – bukan pendirian atau pegangan penulis) |
Tujuh Kelayakan Sebagai Pemimpin Menurut Imam Mawardi
Bersikap adil pada semua.
Al Mawardi meletakkan sifat adil pada awal kelayakan seseorang untuk menjadi pemimpin (khalifah) kerana keadilan adalah hampir kepada kebahag. Biarpun ramai yang mendakwa bahawa mereka bersikap adil. Komunismepun mengatakan bahawa mereka bersifat adil – dengan memberikan kerajaan sebagai insititusi yang mengagihkan kekayaan rakyat agar saksama. Tiada yang kaya dan tiada yang miskin. Begitu juga kapitalisme, menganggap bahawa keadilan ekonomi adalah berdasarkan usaha seseorang itu. Jika seorang itu berusaha dan berjaya – maka ia akan memperolehi kekayaan meskipun dengan cara menipu, menyeleweng dan sebagainya. Bagi falsafah mereka adalah matlamat menghalalkan cara.
Berpengetahuan dan berkemampuan membuat keputusan sewaktu dalam tempoh krisis
Antara punca-punca kejatuhan Dinasti Ummayah di Andalucia adalah pelantikan khalifah daripada kalangan yang tidak berpengetahuan seperti melantik putera khalifah yang masih mentah. Ini terjadi sewaktu Hisham II yang masih budak dilantik sebagai khalifah sedangkan Muhammad ibn Abi Amir al Mu’afiri al Mansur pula bertindak sebagai `khalifah de facto’. Al Mansur yang menguasai semua daripada urusan pentadbiran, pembangunan dan juga peperangan terletak pada tangan beliau. Khalifah Hisham II diberikan istana al Zahra yang ditutup untuk sebarang lawatan rakyat, dikawal sepenuhnya sehingga khalifah tak tau tentang rakyat yang `dibawah naungannya’.
Manakala al Mansur pula membina sebuah istana di timur Cordoba yang dikenali al Zahira – yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan. Lama kelamaan, kuasa khalifah hilang dan berpindah ke al Mansur. Bermula daripada situlah, kerajaan Ummayah berpecah menjadi beberapa buah kerajaan yang masing-masing mempunyai pemimpinnya yang sendiri.
Kebolehan mendengar, berpandangan jauh dan berkebolehan berpidato.
Ramai pemimpin sangat berkebolehan berpidato. Ini kerana itulah modal yang paling murah dan mudah untuk meraih sokongan dan simpati dari rakyat. Hampir semua pemimpin dunia yang hebat mempunyai kebolehan berpidato seperti Sukarno, Jamal Nasir, Hitler, Lenin, Fidel Castro, JF. Kennedy…….banyaklah… Akan tetapi tidak semua berkebolehan untuk mendengar. Ramai pemimpin jenis dengar tapi tak dengar = pekak badak. Ataupun terus menutup suara rakyat daripada didengar dengan menghalang perhimpunan, pertemuan, siaran media yang tertutup dan sebagainya.
Ada riwayat yang menceritakan bahawa Jamaluddin al Afgani yang lantang mengkritik British dan memberi beberapa ingatan yang baik pada Khalifah akhirnya dipotong lidahnya atas alasan perubatan kerana dikatakan lidahnya ber`penyakit’ kanser. Sehingga akhir hayatnya, suara Jamaluddin al Afgani tak dapat bercakap, mereka cuba mematikan suaranya tetapi sebaliknya idea Jamaluddin terus berkembang ke seluruh dunia Islam.
Pada kebanyakan pemimpin memang mempunyai pandangan yang jauh tetapi jauh daripada kehendak rakyat ataupun kehendak diri sendiri belum dapat dipastikan.
Tubuh badan yang sihat dan bertindak tangkas
Sewaktu Haji Abdul Rahman Wahid ataupun nama timang-timangnya Gus Dur dipilih sebagai Presiden Indonesia mengantikan BJ. Habibie, seperti ada kisah komedi dan juga tragedi. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai penduduk lebih 200 juta boleh memilih seorang Bapak Presiden yang cacat penglihatan (kabur – hampir buta) dan selalu ngantuk sewaktu dalam persidangan dan majlis rasmi kerajaan. (Abdullah Badawi juga pernah tertidur sewaktu Persidangan Agung UMNO – tapi tak la seteruk Gus Dur).
Sebab itu apabila ada wartawan tanya tentang isu Inul – penyanyi dangdut yang erotik itu, apa kata Gus Dur – enggak jadi masalah goyang gerudi Inul! Ya.....la.....dia tak nampak dong! Jika ditanya pada orang buta bagaimana bentuk gajah – tentu kalian teringat cerita beberapa orang buta yang memegang gajah. Seorang daripada menjawab bahawa gajah itu seperti tali (sebab dia pegang ekor gajah), seorang pula menjawab gajah seperti tiang bulat (sebab dia pegang kaki gajah).......dan....dan.... begitulah jika pemimpin buta dipilih sebagai presiden.
Bagaimana pula dengan Sheikh Ahmad Yassin? Dia buta, lumpuh dan hanya bergantung pada bantuan orang lain untuk bergerak tetapi menjadi sumber inspirasi kepada ribuan pemuda Palestin untuk syahid serta memimpin gerakan Hamas di Palestin? Bagaimana pula dengan Sheikh Abdul Rahman yang ditangkap di US kerana gerakan militannya itu?
Bersikap berhati-hati
Berhati-hati bermaksud memastikan setiap langkah yang diambil berasaskan pertimbangan yang sewajarnya dengan meletakkan kepentingan Islam sebagai keutamaan.
Berkeupayaan mempertahankan kedaulatan negara dan mampu menentang musuh
Sewaktu Jepun datang menyerang Tanah Melayu – aku pernah terbaca – satu keluarga pembesar kita cabut lari ke luar negara. Pembesar negara itu akhirnya menjadi orang nombor yang utama di negara kita yang merdeka. Tak tau dia lari kerana nak selamatkan diri dan keluarganya taupun nak atur strategi menentang Jepun kembali. Bukan satu dua keluarga pembesar kita berbuat demikian tetapi mungkin banyak. Yang nak lawan tentera Jepun adalah rakyat biasa. Macam orang kampung, cikgu dan juga alim ulama yang terus setia di tanahair sendiri.
Leftenan Adnan menjadi korban di Singapura dalam mempertahankan Kerajaan British meskipun tentera British dah lama cabut lari. Balik negeri.
Mempertahankan Islam dan menentang musuh dalam konteks sekarang mungkin ada beza sikit dengan zaman dulu-dulu. Ia tidak memerlukan pemimpin berada di medan pertempuran yang saat itu, nyawa di hujung pedang atau senapang. Sekarang pemimpin Islam perlu mempertahankan Islam dan menentang musuh hanya dengan cakap dan tindakan politik sahaja.
Pengerusi OIC sekarang harus malu dengan keberanian Presiden Venezeula yang mengecam dasar Amerika Syarikat dan PBB terhadap Iraq dan Palestin di pentas antarabangsa.
Berketurunan Quraish.
Al Mawardi merujuk pemimpin sebagai khalifah. Oleh itu, khalifah mestilah daripada keturunan Quraish. Pendapat ini merupakan pendapat jumhur ulama sunni seperti Ibn Hazam, Ibn Khaldun dan sebagainya. Idea ini dibantah oleh Syiah yang beranggapan bahawa jawatan khalifah hanya milik keluarga Nabi – ahlul bait. Di Malaysia, ada persatuan ahlul bait yang mana Raja Perlis sekarang menjadi penaungnya. Memang berada di dalam salsilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. satu kelebihan kerana di tempat kita, mereka dikenali dengan berawalkan nama Syed bagi lelaki dan Sharifah untuk perempuan.
Apapun Islam secara umumnya tidak meletakkan sesuatu keturunan itu satu indicator untuk menjadi orang yang bertaqwa. Syed Abu Jahal dan Syed Abu Lahab walaupun seketurunan dengan Nabi Muhammad tapi dicela dan dicampakkan ke lembah kehinaan oleh Allah s.w.t. Jangan marah Syeds!
Wednesday, 4 July 2007
Aku Juga Keciwa Pada Anwar.......
Aku tak tau samada tindakan beberapa pimpinan utama dan pengikut PKR seperti Ezam M. Noor, Abdul Rahman, Dato' Nalla dan lain-lain mengucapkan sayonara pada PKR disebabkan oleh `Faktor Anwar'. Seperti juga dengan tertubuhnya parti KeADILAn dulu dan meletusnya gerakan reformasi 1998-1999 - mungkin kerana `Faktor Anwar'. Mungkin juga kerana itulah, persepsi perjuangan KeADILan dan pengikut-pengikutnya terasa seperti lebih kepada perjuangan peribadi daripada perjuangan menegakkan keadilan. Peasaan itu mungkin ada betulnya. Pun demikian, itu bukan bermakna untuk menafikan hakikat bahawa `Faktor Anwar' adalah relevan sekali untuk rakyat bangkit menentang kezaliman dan sekaligus menegakkan keadilan. Biarpun sudah berpuluh-puluh manusia yang dizalimi melalui ISA, OSA dan sebagainya ordinan yang draconian sifatnya itu. (Gambar: Sdr. Mustafa Kamil Ayub (tengah) dan Ust. Mustafa Shaari (kanan), yang masih terus setia pada perjuangan)
Semua tidak boleh menafikan bahawa `Faktor Anwar' yang telah meletakkan politik Malaysia pada satu landasan yang lebih selesa daripada sebelumnya ini. Dan untuk menunggu `Faktor Anwar' kembali pada landskap politik tanahair - mungkin kita perlu menunggu 100 tahun lagi!
Selepas bebasnya Anwar daripada pintu penjara Sg. Buluh - ......begitulah harapan yang tinggi daripada para pejuang dan rakyat biasa untuk Anwar kembali sebagai hero pahlawan yang boleh menegakkan keadilan. Biarkan Anwar berubat dahulu di Jerman kerana sakit tulang belakangnya begitu menyeksakannya. Biarlah Anwar berehat dan pulih sepenuh untuk kembali bersama lumpur rakyat yang kering. Maka.....para tokoh politik, kawan dan lawan Anwar sanggup terbang ke German untuk menziarahi Anwar yang sedang terbaring di klinik. Bukan lagi rahsia pada pertemuan itu kerana satu demi satu berita pertemuan itu dikhabarkan pada akhbar.
Setelah gagah ia berdiri - Anwar tidak terus kembali pada lumpur rakyat. Anwar meneruskan perjuangan untuk menyambung tali-tali persaudaraan dan persahabatan antarabangsanya yang terputus sewaktu gawat dulu. Anwar terus diberi tempat di persada intelektual dan politik sarwajagat. Sekejap di US, sekejap di Uk, sekejap di UEA, sekejap di Mekah......dan sekejap-kejap masa terus berlalu .......dan rakyat terus menunggu di lumpur yang kering dan gersang kontang.
Setelah itu, ia kembali ke tanahair - saat lumpur seakan menjadi tanah kering yang keras berbatuan. Seperti enggan menerima air yang menitis pada air mata Anwar yang silam. Rakyat terus kering......seperti gurun yang gersang. Tiada apa yang menariknya di situ.
Setelah itu.......'Faktor Anwar' telah beralih arah- ia semakin mengundur ke belakang. Terasa terlalu jauh perjalanan ini. Satu demi satu, para pemimpin dan pengikutnya menoleh kebelakang dan berundur. Satu demi satu, cabaran getir mencengkam perjuangan yang sedia sukar. Kawan telah menjadi lawan. Lawan terus mengganas.
Memang.......aku juga keciwa pada Anwar tapi itu bukan bermakna berakhir segala perjuangan. Anwar juga seperti aku - manusia. Bukan terlepas dari salah dan dosa apatah lagi ia bukan maasum dan keramat. Seperti aku juga - ada pasang surutnya. Perjuangan mesti diteruskan - bukan kerana Anwar tetapi kerana perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezalman itu sendiri satu amanah dari Allah s.w.t. Memang 'faktor Anwar' menjadi pendorong kepada perjuangan tetapi tidak boleh dijadikan tiang pada perjuangan.
Hanya rakyat yang tenggelam pada lembah khayal sahaja tidak akan terfikir dan memikirkan untuk turut serta dalam perjuangan ini. Kerana rakyat itu telah mati jiwanya. Hatinya telah dikecutkan pada asam-asam kehidupan yang melekakan. Tapi aku tak akan keciwa pada mereka yang telah mati. Aku keciwa pada yang hidup tetapi mati hakikatnya.
Sunday, 1 July 2007
Lirik Andalucia Loloq dan Lagu M. Nasir
Sedang aku menulis untuk blog ini, dapatlah idea untuk mencari lirik lagu Andalucia dendangan M. Nasir yang ditulis oleh Loloq. Liriknya cukup puitis dan mungkin sukar untuk dimengertikan oleh orang biasa. Saya cuba menghuraikan makna di sebalik lirik untuk sama-sama dimengertikan. Sayangnya ketika M. Nasir nyanyikan sewaktu dulu, ia diiringi penari-penari perempuan yang berpakaian seperti dalam `hikayat 1001 malam’ – lalu hilanglah roh puisi itu! Apapun kita perhatikan lirik lagu menarik ini. (Gambar: Aku di salah satu pintu taman di al Hambra)
Aku cuba menghuraikan dengan bahasa yang lebih mudah difahami……….mungkin kalian ada fikiran lain.
Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
= Cahaya adalah merujuk kepada sumbangan Andalucia terhadap dunia sebelum ini seperti sabitah (tak tau makna – tolong carikan, ini bahasa Arab). Kemudian penulis/penyair berdoa kepada Allah agar masyarakat Andalucia di sana (muslim keseluruhannya) berada di dalam keadaan sejahtera.
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar
= Meskipun Islam telah mengalami zaman kejatuhan di Andalucia, penyair membakar setanggi iaitu sejenis bau-bauan yang disukai oleh Nabi. Kubah melambangkan Islam walaupun di Andalucia masjidnya tiada berkubah kerana kubah adalah seni bina Turki. Kebanyakan seni bina di Andalucia mendapat pengaruh seni bina Damsyik dan Morocco ataupun Maghribi.
Cahayamu sediakala
Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu
= Keadaan Andalucia seperti dulu juga. Matahari yang sama pernah menyinari zaman kegemilangan Islam di sana dengan matahari yang ada pada hari ini. Penyair ingin merasai kembali zaman kegemilangan tersebut. Hal ini terasa apabila jiwa dan dan fikiran penyair bersatu. Jiwanya tersentuh apabila fikirannya mengenangkan Islam di Andalucia.
Cahayamu tiada tara
Pohon salamku pada fakir-fakirmu Andalucia
Cahaya kegemilangan Islam di Andalucia memang hebat dan sukar ditandingi. Dan penyair menyampaikan salam kepada orang-orang yang tertindas di Andalucia. Fakir-fakir mungkin bermaksud masyarakat Islam yang hilang kekayaan, kehebatan dan kegemilangan.
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon dipinjamkan gambus dan ghazalmu
Jadi azimat
= Penyair meminta untuk mengunakan irama dan rentak muzik Andalucia yang terkenal sebagai sumber kekuatan kepada perjuangannya. Andalucia memang terkenal dengan iramanya yang berasaskan kemahiran petikan gitar.
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah Andalucia
= Daripada sumber kekuatan itulah ia akan membangkitkan kesedaran untuk melawan arus yang sedia ada. Tari menongkah arus adalah satu gerakan untuk melawan keadaan sedia ada. Penyair dan penyanyi akan menggunakan muzik sebagai alat untuk memberikan kesedaran agar umat Islam bangkit di Andalucia. Ini cabaran kepada masyarakat Andalucia agar mereka dapat menyahutnya.
Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi al Hambra
= Atau jika tiada sahutan daripada masyarakat Andalucia, adakah ini bermakna semangat perjuangan masyarakat yang dilambangkan dengan lautan darah sudah tiada. Semangat perjuangan mereka mati selepas kejatuhan al Hambra ke tangan Kristian Sepanyol.
Ataupun masih bergelora
Menanti saat melimpah mengikut mata air
= Atau masih wujud semangat perjuangan cuma mereka menanti saat tiba kebangkitan itu. Mungkin pada masa itu mata-mata air yang masih mengalir dari Seirra Nevada ke al Hambra akan mengalir deras. Ketika itu berlakulah kebangkitan.
Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi illa hu.
= Engkaulah (Allah) Yang Maha Petunjuk dan Engkaulah (Allah) Yang Maha Benar,
Tiada yang boleh memberi petunjuk selain daripada Engkau (Allah). Puisi ini diakhiri dengan doa dan harapan penyair kepada Allah s.w.t. agar diberikan petunjuk dan hidayah.
Granada Yang Kuingat Canada!
Dulu time aku kecil punya hobi mengumpul setem. Antara setem yang masih ada dalam album setem aku ialah setem Granada. Dulu aku ingat Granada itu adik beradik dengan Canada. Hari ini aku pergi ke adik `Canada’ itu. Masa itu belum belajar lagi Ilmu Alam. Kalau dah belajar, mungkin tau le......
Granada adalah wilayah terletaknya salah satu daripada tujuh benda ajaib dunia – al Hambra. Al Hambra adalah sebuah kompleks istana Khalifah Ummayah yang meliputi istana, taman, dan kota pertahanan kerajaan. Nama al Hambra diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud `merah’ kerana binaan kota itu berwarna merah. Terletak di kaki banjaran Seirra Nevada dan mengadap sebuah lembangan yang luas.
Al Hambra yang didirikan dari abad 13 hingga 15 dan menjadi istana kepada Sultan Muhammad 1 dan keluarga daripada Dinasti Nasrid. Sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Khaldun bahawa kota yang kukuh dan besar sebenarnya didirikan oleh beberapa pemerintah dan dinasti. Ia tidak didirikan sekaligus oleh seorang pemerintah ataupun satu dinasti. Ia telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1984
Tak macam istana Carlos V yang dibina semasa zaman Renaissance ataupun lebih tepatnya pada 1526 – tak pernah siap sepenuhnya sehingga sekarang! Istana itu terletak di kawasan al Hambra. Dapat dibezakan seni binaan Islam dengan seni binaan Roman dan Kristian.
Granada adalah wilayah terletaknya salah satu daripada tujuh benda ajaib dunia – al Hambra. Al Hambra adalah sebuah kompleks istana Khalifah Ummayah yang meliputi istana, taman, dan kota pertahanan kerajaan. Nama al Hambra diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud `merah’ kerana binaan kota itu berwarna merah. Terletak di kaki banjaran Seirra Nevada dan mengadap sebuah lembangan yang luas.
Al Hambra yang didirikan dari abad 13 hingga 15 dan menjadi istana kepada Sultan Muhammad 1 dan keluarga daripada Dinasti Nasrid. Sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Khaldun bahawa kota yang kukuh dan besar sebenarnya didirikan oleh beberapa pemerintah dan dinasti. Ia tidak didirikan sekaligus oleh seorang pemerintah ataupun satu dinasti. Ia telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1984
Tak macam istana Carlos V yang dibina semasa zaman Renaissance ataupun lebih tepatnya pada 1526 – tak pernah siap sepenuhnya sehingga sekarang! Istana itu terletak di kawasan al Hambra. Dapat dibezakan seni binaan Islam dengan seni binaan Roman dan Kristian.
Cordoba: Wajahnya Seindah Namanya
Dua tahun yang lepas, sebuah skrip drama tv anjuran IKIM yang memenangi Hadiah Pertama bertajuk; Suria di Cordoba. Memang sedap mendengar tajuk itu. Masa itu, aku cuma dapat hadiah saguhati yang bernilai RM5000. Alhamdulillah. Ceritanya ada menyentuh keindahan seni bina di Cordoba. Masa itu aku terbayang juga keindahan Cordoba tetapi hanya ilusi yang jauh daripada mata.
Ketika kereta kami melintasi papan tanda Cordoba, terasa seperti satu mimpi indah sahaja. Kini, kami berada di sebuah tempat yang bernama Cordoba. Indah namanya dan indah tempatnya. Sepanjang perjalanan kami daripada Seville ke Cordoba, lautan pohon zaitun di kiri kanan lebuhraya. Cordoba sebuah bandar lama tetapi terus membangun tanpa menjejaskan kesan-kesan sejarah yang indah itu.
Cordoba dipisahkan kepada dua oleh Sungai Guadalquivir dan dikelilingi banjaran Sierra De Cordoba. Cordoba telah didiami oleh manusia sejak zaman Paleolitik dan menjadi tumpuan penduduk Tartessosn dan kemudian dikuasai oleh Kerajaan Cathaginians dan selepas itu Islam.
Pada 929, di bawah pemerintahan Khalifah Ummayah, kerajaan Islam telah mendirikan masjid Cordoba, universiti dan dijadikan pusat kebudayaan, seni dan ilmu pengetahuan. Pada masa inilah, Cordoba menjadi pusat pembinaan yang terhasil daripada teknologi dan kejuruteraan Islam terutama daripada orang Morocco (Moorish). Semasa zaman kemuncak kegemilangan Islam di sini, masyarakat berbilang bangsa boleh duduk bersama dan berkongsi kemegahan. Masyarakat Yahudi di sini telah mendapat tempat di
Salah seorang ahli falsafah dan cendiakawan Yahudi terkenal Andalucia ialah Maimonedes. Ia mendapat tempat di dalam kerajaan Islam Andalucia. Sewaktu lalu di tepi Masjid Cordoba, aku ternampak sebuah gerai cenderamata yang menjadikan nama Maimonedes sebagai nama gerainya. Mungkin, tuan kedai itu orang Yahudi.
Pada 1236, Cordoba jatuh ke tanagan kerajaan Katholik yang diketuai Ratu Isabella yang membantu Christopher Columbus mengeliling dunia. Teringat time aku kat sekolah dulu – Search nyanyi lagu Isabella – ada juga yang kutuk kerana mengagung-agungkan nama Ratu yang menjatuhkan kerajaan Islam Andalucia. Ada pula yang mempertahankan bahawa Isabella adalah nama seorang puteri raja yang mempertahankan Islam di Filifina. Entahlah mana yang satu. Semua terperangkap pada nama. Kalaupun nama itu secara kebetulannya sama – apakah hendak dipertahankan jika seseorang bernama Muhammad tetapi berperangai seperti Abu Jahal berbanding seseorang yang bernama Ariel tetapi berperangai seperti Umar Al Khatab!
Kami menginap di Hotel Boston yang berada di tengah-tengah bandar Cordoba. Nasib baik, papan tanda hotel ada pada setiap simpang. Ini amat memudahkan perjalanan. Kami sampai kira-kira 3 petang – matahari masih macam pukul 12 tengahari di Malaysia.
Berhadapan hotel kami, sebuah medan pedastrian yang luas. Ramai yang berjalan-jalan sambil diperhatikan oleh orang yang sedang minum-minum di sepanjang tepi kedai. Orang sini memang suka minum-minum begini. Aku hanya perhatikan dari tingkat 3 bilik kami. Nantilah, lepas hilang letih – kami nak berjalan-jalan mengenali Cordoba. Teringat juga nak cari kampung Ibnu Rushd ataupun setidak-tidaknya kuburnya. Nak cari juga tempat belajar dia, tempat dia bermain, tempat dia bersyarah........dan tempat dia ditangkap! Entahlah, semuanya hanya tinggal begitu sahaja. Tak tau nak cari jalan mula percarian itu.
Tak kan tokoh-tokoh hebat sejarah dunia ini tak ada kuburnya? Bagaimana dengan maqam khalifah-khalifah? Dah tiada lagi ke? Dah kena korek ke? Aku tak tau. Cuba kalian cari-carikan idea pada persoalan ini.
Ketika kereta kami melintasi papan tanda Cordoba, terasa seperti satu mimpi indah sahaja. Kini, kami berada di sebuah tempat yang bernama Cordoba. Indah namanya dan indah tempatnya. Sepanjang perjalanan kami daripada Seville ke Cordoba, lautan pohon zaitun di kiri kanan lebuhraya. Cordoba sebuah bandar lama tetapi terus membangun tanpa menjejaskan kesan-kesan sejarah yang indah itu.
Cordoba dipisahkan kepada dua oleh Sungai Guadalquivir dan dikelilingi banjaran Sierra De Cordoba. Cordoba telah didiami oleh manusia sejak zaman Paleolitik dan menjadi tumpuan penduduk Tartessosn dan kemudian dikuasai oleh Kerajaan Cathaginians dan selepas itu Islam.
Pada 929, di bawah pemerintahan Khalifah Ummayah, kerajaan Islam telah mendirikan masjid Cordoba, universiti dan dijadikan pusat kebudayaan, seni dan ilmu pengetahuan. Pada masa inilah, Cordoba menjadi pusat pembinaan yang terhasil daripada teknologi dan kejuruteraan Islam terutama daripada orang Morocco (Moorish). Semasa zaman kemuncak kegemilangan Islam di sini, masyarakat berbilang bangsa boleh duduk bersama dan berkongsi kemegahan. Masyarakat Yahudi di sini telah mendapat tempat di
Salah seorang ahli falsafah dan cendiakawan Yahudi terkenal Andalucia ialah Maimonedes. Ia mendapat tempat di dalam kerajaan Islam Andalucia. Sewaktu lalu di tepi Masjid Cordoba, aku ternampak sebuah gerai cenderamata yang menjadikan nama Maimonedes sebagai nama gerainya. Mungkin, tuan kedai itu orang Yahudi.
Pada 1236, Cordoba jatuh ke tanagan kerajaan Katholik yang diketuai Ratu Isabella yang membantu Christopher Columbus mengeliling dunia. Teringat time aku kat sekolah dulu – Search nyanyi lagu Isabella – ada juga yang kutuk kerana mengagung-agungkan nama Ratu yang menjatuhkan kerajaan Islam Andalucia. Ada pula yang mempertahankan bahawa Isabella adalah nama seorang puteri raja yang mempertahankan Islam di Filifina. Entahlah mana yang satu. Semua terperangkap pada nama. Kalaupun nama itu secara kebetulannya sama – apakah hendak dipertahankan jika seseorang bernama Muhammad tetapi berperangai seperti Abu Jahal berbanding seseorang yang bernama Ariel tetapi berperangai seperti Umar Al Khatab!
Kami menginap di Hotel Boston yang berada di tengah-tengah bandar Cordoba. Nasib baik, papan tanda hotel ada pada setiap simpang. Ini amat memudahkan perjalanan. Kami sampai kira-kira 3 petang – matahari masih macam pukul 12 tengahari di Malaysia.
Berhadapan hotel kami, sebuah medan pedastrian yang luas. Ramai yang berjalan-jalan sambil diperhatikan oleh orang yang sedang minum-minum di sepanjang tepi kedai. Orang sini memang suka minum-minum begini. Aku hanya perhatikan dari tingkat 3 bilik kami. Nantilah, lepas hilang letih – kami nak berjalan-jalan mengenali Cordoba. Teringat juga nak cari kampung Ibnu Rushd ataupun setidak-tidaknya kuburnya. Nak cari juga tempat belajar dia, tempat dia bermain, tempat dia bersyarah........dan tempat dia ditangkap! Entahlah, semuanya hanya tinggal begitu sahaja. Tak tau nak cari jalan mula percarian itu.
Tak kan tokoh-tokoh hebat sejarah dunia ini tak ada kuburnya? Bagaimana dengan maqam khalifah-khalifah? Dah tiada lagi ke? Dah kena korek ke? Aku tak tau. Cuba kalian cari-carikan idea pada persoalan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)