...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
Monday, 30 April 2007
Bersajak di Cardiff
Bersajak di Negeri Robin Hood
Terima kasih atas jemputan rakan-rakan di Nottingham untuk aku bersajak. Terima kasih juga pada Bro. Dr. Aeiril yang sanggup menunjukkan belangnya sebagai pemetik gitar untuk mengiringi aku bersajak. Juga terima kasih pada Ust. Kasfullah, Bro. Hamidon, Bro. dan rakan-rakan lain.
Puisi Raudah II dan Kaum Yang Terbunuh, aku deklamasikan pada umum. Sebelum itu, Ust. Erfino berceramah sempena Maulid Rasulllah s.a.w.
Ust. Kasfullah minta aku berceramah tentang konsep hiburan dalam Islam. Aku bilang pada public, al Farabi yang terkenal sebagai ahli falsafah dan ahli matematik Islam juga seorang pemuzik. Dia dipercayai yang mencipta sejenis gitar - seperti gambus dan memperkenalkan sistem not untuk pemuzik memahami muzik secara sistematik. Dia boleh memainkan gambus sehingga public menangis, ketawa dan tersedar! Kan hebat tu - sayangnya muzik sekarang sudah tercabut daripada rootnya dengan agama sehingga muzik menjadi alat untuk menghancurkan kehidupan beragama. Seperti juga ilmu-ilmu lain seperti fizik, sains tulen ataupun sains sosial sudah terpisah dengan rootnya. Terpisah menjadi ilmu yang sekular. Makin bijak - rupa-rupanya makin banggang dengan agama. Yang tragedic, ilmu agama pula sudah terpisah dengan rootnya. Agama dilihat secara sekular - maka lahirlah agamawan yang sekular. Langsung menjadi pencacai yang mengharu birukan umat.
Apapun, mai kita kembali pada root kita - Islam. Bukan setakat mengaku Islam. Bukan setakat solat dan puasa, berzakat dan menunaikan haji. Tapi jauh lebih daripada itu adalah menjadikan kehidupan ini sebagai addin. Jadilah doktor yang jiwanya berjiwa Islam, berfikiran Islam, bertindak secara Islam. Jadilah pemuzik - muziknya mendekatkan dengan Allah s.w.t. Jadilah penyair - yang bahasanya menyentuh keindahan Allah s.w.t.
Komuniti di Not ok. Penghulunya, Pak Lurah Muzammil (Jawa Batu Pahat) - sporting pada kehendak anak muda - depa ber`jamming' weekend. Kat rumahnya - ada set instrument band. Aku cakap kat dio orang - nyanyikan untuk bukan sekadar untuk menghibur jiwa tetapi membangkit kesedaran dan memerdekakan fikiran rakyat.
Aku diberitahu bahawa Not (nama singkatan pada Notingham) adalah negeri kelahiran Robin Hood - perompak yang berjiwa rakyat. Cari juga, kalau-kalau terjumpa warisnya Robin Hood......... Cadang nak tanya apa sangat hebatnya datok moyang mereka tu. Sebab sekarang ni ramai sangat pemimpin dunia yang berjiwa perompak. Atas nama dia sebagai pemimpin dunia - dia dibenarkan membunuh rakyat yang berdosa dan tak berdosa tanpa sekatan. Atas nama dia sebagai pemimpin negara, dia dibenarkan melakukan rasuah secara terang-terangan untuk mempertahankan baki kuasa politik yang sedia ada.
Yang lebih malangnya, rakyat pula tak berjiwa. Mampus lah kalian!