...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday 24 April 2007

Menanti Perang Berakhir

Kali ini memang cuti panjang. Aku dah malas nak tulis. Bukan ramai yang baca aku punya blog. Nak promote pada public pun terasa segan. Bukanlah sibuk sangat. Idea datang tu ada. Cuma sibuk membaca blog orang. Terasa dengki juga tengok depa berjela-jela tulis. Ramai pula yang baca.
Waktu YB. Salahuddin dan member Pemuda dan Yayasan AMAL datang ke UK, depa tanya apa cerita sampai nama aku masuk berita tv. Jadi aku ceritalah yang sebenarnya. Dr. Rani yang mulakan cerita. Bapak Jamu pun tumpang sekaki. Dia kata ada kawan tanya, apa benda cerita sebenarnya.
Alhamdulillah, berkat doa ahli keluarga dan para sahabat, rakan taulan.....dipendikkan cerita, rezeki datang bergolek (tapi kena usaha juga). Aku menang anugerah Pemenang Pertama Skrip Drama TV anjuran IKIM. Tajuknya, Menanti Perang BErakhir - Hadiah dan piala disampaikan oleh DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong. Teringin juga nak balik, terima hadiah tu. Tapi budget mana ada. Jadi, adik aku ambil lah.
Ceritanya tentang Akmal (namanya aku ambil sempena nama kakitangan di Pej. Perhubungan PAS Perak - yang lain jangan kecil hati) - seorang diplomat di Kedutaan Malaysia di Sarajevo yang membuat kajian tentang AWang Leh. Awang Leh merupakan salah seorang pengikut Tok Janggut yang telah ke Turki untuk menyampaikan suarat Tok Janggut kepada pemerintah Islam pada masa itu untuk mendapatkan bantuan bagi menentang penjajah Inggeris. Awang Leh kemudiannya menjadi komendar Divisyen Hanzar di bawah panji kerajaan Uthmaniah menentang Pihak Bersekutu di Balkan dalam Peran Dunia Ke 2. Beliau dipercayai disemadikan di Sarajevo. Dalam pengkajiannya, Akmal bertemu dengan Ir. Sarah dan Lydia. Sarah adalah sukarelawan daripada Yayasan AMAL Malaysia. Akmal telah membantu Yayasan Amal untuk menjayakan projek kemanusiaan di Sarajeveo. (Cerita ini memang aku khaskan untuk sukarelawanYayasan AMAL yang telah menyumbang nama baik Malaysia di peta dunia). Watak Jamaluddin ALias, aku masukkan sebagai watak dalam drama ini. Aku memang guna nama Jamaluddin ALias. Tanda aku ingat kat ko, pak!
Selain menyentuh tentang cinta yang berputik dan cinta yang tak berbalas, kisah ini juga memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel.
Kemudian skrip drama radio - Puisi Raudah - pemenang saguhati pertandingan skrip drama radio. Skrip tu aku tulis time kat Mekah - Madinah masa buat haji n umrah dulu.

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih aku ucapkan kpd tuan punya blog sbb menggunakan nama aku (akmal) sbg hero cerita.terasa sebak bila "min" bgtau aku time dia call kat opis (opis time tu cuti wesak day) bahawa hero cerita tu aku sendiri. dia masih ingat kat aku rupanya.tambahan pula aku dh pindah ke kawasan pasir salak dan bersedia berkhidmat utk PAS kawasan di pasir salak.mudah-mudahan dipanjangkan umur kita dapat berjumpa bila "min" blk dr UK nanti.semoga aku dapat bimbingan dari dia secara langsung untuk mengutip segala mutiara ilmu dan strategi memimpin untuk perjuangan Islam ini. TAKBIR!!!

AKMAL
SUK DPPN Perak

kamarul a.r said...

Takbir dan Salam Persaudaraan.

Saya dipertanggungjawabkan menyiapkan sketsa berdasarkan skrip saudara "Menanti Perang Berakhir" di majlis penyampaian dan pengumunan pemenang peraduan menulis skrip anjuran IKIM.

Memanjangkan kisah sesuatu yang ingin saya paparkan, Majlis Teater Negeri Selangor telah diberi kebenaran oleh IKIM untuk mementaskan kisah TV ke pentas ini pada bulan Jun/Julai 2009 nanti.

Kerajaan Negeri Selangor telah pada dasarnya akan menerbit teater ini.

Semoga menjadi kenyataan.

Kamarul AR
YDP MTS