1. Sewaktu aku membuat kajian untuk buku Mat Indera, aku mengharapkan sesuatu yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan setelah buku itu berada di pasaran.
2. Tentulah kecewa. Selepas penat lelah kita memikir dan melakar tapak kaki ke merata tempat, hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
3. Ini bukan soal isi buku tersebut. Aku kira, inilah buku yang kutulis yang menggarapkan kerja-kerja akademik dan teknik penulisan secara yang lebih menyeluruh.
4. Sebagai penyelidik, aku akui bahawa kajian itu sudah memadai sebagai sebuah kajian ilmiah.
5. Akhirnya aku terpaksa menjual buku sendiri untuk mendapatkan kepuasan material.