...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
Monday, 31 August 2009
Cerita Merdeka Dulu-Dulu
2. Sewaktu assembly kat sekolah. Cikgu laungkan merdeka, aku dan kawan-kawan sama, 'merdeka! merdeka! merdeka!' kerana lepas itu kami cuti sekolah.
3. Seumur hidup aku tak pernah pergi ke perbarisan merdeka. Tak patut betul! Tetapi aku selalu berbaris panjang nak beli borang Universiti di Pejabat Pos Teluk Intan dulu. Semangat nak masuk universiti. Dah masuk, tak bersemangat pula! Memang belum merdeka.
4. Agak rasa dah bijak sikit, mula gatal tangan nak tulis. Mula tulis artikel kat Harakah. Tajuknya, `Harga Sebuah Kemerdekaan', itulah yang menjadikan Zul Sulong kenal sikit kat muka aku. Lepas tu rajinlah menulis di Harakah hinggalah aku tulis artikel yang bertajuk, `Tiada Lagi Derhaka, Berakhirkah Daulat', habis kena soal siasat oleh Polis Kota Bharu hampir 5 jam. Kesian Dato Hishamuddin Yahya tak pasal-pasal dia kena jawab dengan polis tu. Lepas tu, aku macam takut-takut je nak tulis. Ciss macam mana nak merdeka?
5. Masuk lokap, malam-malam yang panjang terus mengharapkan belas ihsan untuk dibebaskan. Merdeka?
6. Sekarang. Aku sedang berfikir-fikir untuk memperjuangkan kemerdekaan diri sendiri. Yang dijajah oleh rasa takut dan bimbang. Rasa bergantung harap pada makhluk. Tiada senapang yang boleh kuhalakan, tiada pedang yang boleh kuhunuskan. Yang ada adalah sejarah lalu yang mengajar.
Saturday, 29 August 2009
Kerana Mahu Perang
Melayu pijak kepala lembu
Hindu lempar daging babi
Kandang babi Cina dekat masjid
Mudah api terpercik
Terbakar,
Semua hilang akal
Basahkan dengan minyak
Biar terus mengelegak
Tegang urat saraf
Tersiat kulit
Berhenti berbicara soal keadilan
Kedamaian ataupun pembangunan
Kita bicara soal bagaimana mahu menang
Meski arang pada tangan
Kerana mahu perang!
8 Ramadhan
Thursday, 27 August 2009
Sebat Jangan Tak Sebat!
Jika ada kedudukan dan boleh untungkan diri sendiri, sebat!
Jika berkawan rapat dengan pak menteri atau Exco, sebat!
Jika bermenantukan bangsawan atas kayangan, sebat!
Jika dapat tangkap budak ponteng kelas, sebat!
Sebat jangan tak sebat!
Jika bertong-tong minum arak... please janganlah sebat!
pleasee....
* Sajak ini memang kena mengena dengan seseorang dan beberapa orang samada yang sudah mati atau masih lagi menyebat!
Swansea
27 Ogos 09
Wednesday, 26 August 2009
Ini Juga Menghidupkan Malam
1. Majalah kartun Zunar dirampas oleh KDN. Bagaimana kalau Zunar dan lain-lain buat begini. Lukisan, seperti juga graffiti ada pengaruh dan kesannya yang tersendiri.
2. Isu mungkin berbeza. Tapi pendekatan ini begitu popular di UK.
3. Tidak percaya, buat dulu. Budak UM dah kena. Tapi ada banyyyyyyak lagi yang tak kena! keh keh...
Tuesday, 25 August 2009
Cara Orang Swansea Protes
1. Boleh buat tak? Cuba dulu.
2. Mak cik tu dibawa ke mahkamah Swansea selepas ditangkap oleh polis. Tetapi lepas itu, mahkamah gugurkan kes. Bebaslah dia.
3. Tengok sportingnya polis UK, tak gari, tak marah, tak..... cuma minta Mak cik masuk van polis untuk dilokap!
Wednesday, 19 August 2009
Dunia Tanpa Sempadan
Saturday, 15 August 2009
Menyemai Siasah Kebencian
1. Dalam kehidupan politik hari ini, pantang sekali tengok orang buat salah dan tersalah. Terlajak sikit, dimaki bertimbun-timbun. Tak dapat batang tubuh orang, bayang-bayang pun dilanyak sakan. Semacam aku seorang sahaja yang tidak bersalah dan salah. Keuntungannya dari kesilapan musuh. Terasa rugi kalau musuh bertindak benar dan betul.
2. Kadangkala mamat tu dah ok, tapi dicari kesalahan anak beranaknya pula. Sampai dicari tujuh jurai keturunan. Cari siapa kawan dia. Apa dibuat masa mudanya.........Alasannya mudah, demi survival politik beb!
3. Pelayar dan penulis blog pun sudah naik marhalah sebagai Murshidul Am untuk semua parti. Kononnya demi perjuangan. Setahun kacang masuk politik, berdegar-degar idea kosong ditabuh. Sebijik saling tak tumpah dengan media perdana yang busuk lagi membusukkan.
4. Yang lebih malang, ramai pula Lebai Malang terkial-kial mengejar kenduri 'maklumat'. Terliur-liur keletihan mengejar seperti anjing kehauasan. Dan kemudian menyalak-nyalak bikin kacau orang mau tidur malam.
5. Selamat malam kalian:
Demokrasi itu sememangnya
Untuk kita memilih berpecah
Yang kita agungkannya
atas nama kebebasan
dan juga kebenaran
lalu kita pisahkan milik sendiri
atas nama perjuangan
siasah ini menyemaikan kebencian
mengelapkan kefahaman
memilikkan kebenaran
jauh untuk berkongsi dengan musuh
jauh sekali untuk
menadah bersama
swansea.uk.
Wednesday, 12 August 2009
Setahun Perginya Seorang Bapa
Hari ini telah setahun berlalu bapa pergi
tiada yang lebih kurindui saat begini
kecuali mendengar nasihat bapa
yang terselit dalam bertanya
tersusun dalam memberitakan
Sewaktu aku meninggalkan tanahair
tiadaku tinggalkan pada bapa
kecuali sebuah kenangan
berkongsi derita membangun madrasah
di tengah-tengah bendang yang hijau
mengimarahkan masjid sebelah rumah
Sempat aku temui wajah bapa
menahan sakit dengan kudrat yang masih bersisa
sebelum Tuhan menjemput pulang
Senyum gembira mendengar PAS menang
setidak-tidak terbela juga madrasah
yang sarat menanggung derita
Hari ini setahun perginya seorang bapa
Maafkan aku Tuhan
Aku sering terlupa bahawa Kau
yang mengaturkan pertemuan kami terakhir itu
biar sering terfikir betapa sukarnya untuk kami pulang
melayang bagai helang terbang
Aku tidak kecewa bapa pergi
Kerana kami datang di saat bapa ingin pulang
pulang selama-lamanya
Al Fatihah
untukmu bapa
12 Ogos 2009
Swansea
Sunday, 9 August 2009
Jom 'Mabuk'!
2. Ramai yang dah mabuk!
Friday, 7 August 2009
Blues Buat Rendra
1. Al fatihah untuk Rendra yang baru meninggalkan alam dunia. Kembali pada empunya alam.
2. Aku mula mengenali Rendra sejak 1980 apabila belajar Kesusasteraan Melayu di SMSA, Chenderong Balai. Sajaknya sering mendidih pemikiran aku sewaktu itu dan sekarang. Antara sajak aku yang terkesan dari gaya penulisan Rendra adalah `Puisi Buat Si Bangsat: Revolusi Rakyat' yang kubaca di Dublin dua tahun lalu. Tiada bunga. Langsung menikam pada sasaran.
3. Idea revolusi dan reformasinya mendekati jiwa rakyat keparat dan sang penguasa terasa tergugat.
Thursday, 6 August 2009
Sudahlah UMNO.
2. Selepas gagal memujuk Murshidul Am tentang idea kerajaan Perpaduan, kini Pemuda UMNO pula sanggup berdemonstrasi bersama Pemuda PAS Selangor yang membantah politik Ronnie Liu.
3. Sebelum ini, Pemuda UMNO sanggup mengadakan `diskusi intelektual' dengan Pemuda PAS. Siap bersidang akhbar di lobi Parlimen. Tak dapat PAS. Bayang PAS pun jadi.
4. Jom kita berkonsert sekali. Amacam? Ada setuju. Kita nyanyi lagu Spider; Rela kupujuk!
Monday, 3 August 2009
Najib Akan Pinda ISA
2. Selepas perhimpunan besar-besaran anti ISA di ibukota, percayalah ISA juga akan dipinda sebagai satu lagi perkiraan politik popular Najib.
3. Pinda memang tidak memadai tetapi itulah pendekatan yang paling berani boleh dibuat oleh Najib. Sekurang-kurangnya, Najib lebih terbuka daripada Pak Lah dan juga Mahathir.
4. Apabila keputusan politik popular diambil. Harap PAS jangan mengigit jari.
5. PAS boleh kerahkan kekuatan ahli dan penyokongnya untuk berhimpun. Perhimpunan anti ISA, anti PPMSI dan Bersih adalah sekadar contoh kecil.
6. Dulu aku pernah belajar makna pepatah yang menyebut 'lembu punya susu, sapi dapat nama'.