...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
Wednesday 19 December 2012
Pasca HKR Perak: Yang Perlu Dikongsikan
1. Alhamdulillah, Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak yang berlangsung di Seri Iskandar berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.
2. Terima kasih pada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tentu sekali pada tuan rumah yang berhempas pulas siang malam memastikan kelancarannya.
3. Terima kasih juga kepada yang tunjuk sibuk dan menyibuk. Majlis yang begini memanglah semua nak tunjuk muka. Tak kira, yang ada muka, tak bermuka atau yang bermuka-muka.
4. Ucapan penghargaan kuberikan kepada yang gigih semangat datang dari seluruh penjuru negeri Perak. Yang berkonvoi atau yang travel secara solo. Bawa isteri, dukung cucu, iringi mertua dan kawan-kawan. Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang dipimpin ada yang melenggang dan ada seribu satu cara untuk berhimpun di bekas tanah lombong bijih itu.
5. Tahniah kepada gerombolan anak-anak muda yang mempamerkan kesungguhan sebagai anak muda yang bertenaga. Entah dari gunung mana mereka turun, dari sungai mana mereka bermudik. Aku tak sempat bertanya. Tapi percayalah, HKR Perak telah menghulurkan salam perjuangan.
6. Bravo pada bang Ito Blues, Nik Jidan, Airmas, Zua, 2BS dan Sivaguru. Koranglah hero malam itu. Yang hadir bernyanyi sama dengan penyanyi tentu suatu yang menarik. Sivaguru macam MGR mengajak berperang di tengah hujan yang turun! Sebuah filem Tamil di Seri Iskandar.
7. Tabik spring pada Jeneral Arif dan UNIT AMAL. Maaf bekalan makanan tak cukup. Bukan kerana perut yang boroi. Ramai anggota yang bertugas dalam kelaparan di tengah hujan dan letihnya mengurus manusia yang berombak datang.
8. Selamat bertugas kepada pasukan Polis dan Majlis Tempatan yang melaksanakan tugas secara profesional. Biarpun memaksa kami membuka kembali kitab dalam bab melembut hati-hati manusia.
9. Ucapan sang politikus? Tiada idea. No komen la.
Wednesday 12 December 2012
Wednesday 21 November 2012
Kritikan Atau Kemarahan
Sunday 4 November 2012
Membaca Politik Dari Bawah
2. Yang baru, ikhlas dan tulus. Ada juga yang pasang niat macam nak beli insuran hayat kalau BN tumpo.
3. Manakala sang politikus pro, ada bezanya yang duduk atas bumbung parti dengan yang duduk dekat bawah yang tak bersimen.
4. Yang duduk atas bumbung dan berbumbung parti, biasanya kagum dengan idea dan kepimpinan diri sendiri. Ni, yang nak kena flying kick. Ada pula yang kononnya terlalu demokratik, sehingga sekecil-kecil bendapun nak bersyurakan. Tak habis-habis meeting.
5. Yang duduk bawah lantai tak bersimen pula, mandang pemimpin macam raja yang memiliki metos kuasa raja-raja zaman dulu kala. Wala'nya sampai rasa marah dalam diri dipendam-pendam hingga jadi pekasam busuk yang merosakkan akal budi sendiri.
6. Suruh apa sahaja, politikus bawahan akan bersedia macam askar gagah berani. Taruhkan segala yang ada.
7. Apa yang mereka fikirkan, biarlah pimpinan dan parti mereka menang. Jadi YB. Jadi menteri. Mereka akan terus jadi petani, jadi nelayan, berniaga cari rezeki sendiri.
Wednesday 31 October 2012
Peniaga Kecil Yang Terbunuh
2. Pembukaan supermarket sebegitu memang dapat memperlihatkan kemajuan sesuatu kawasan. Orang ramaipun suka bershoping di situ.
3. Sengaja kubawakan cerita ini selepas mendengar beberapa rintihan beberapa peniaga kecil pasar Tapah yang terkesan teruk akibat pembukaan supermarket TF yang selesa dan ada 'aircond'.
4. Daripada orang Asal yang tinggal di Bt. 7 Jalan Cameron hinggalah pegawai kerajaan yang tinggal di tanah lot Batu 3 Jalan Tapah akan berpusu-pusu ke supermarket baru itu.
5. Lalu, para peniaga kecil di tepi jalan, pasar-pasar sehari atau malam akan sedikit demi sedikit hilang dimakan oleh pembangunan dan keghairahan orang kita sendiri bershoping di supermarket.
Monday 22 October 2012
Keluk Kelak Politikus
2. Kerana itu, politik itu adalah ketidaktentuan dalam mendapatkan ketentuan. Samalah juga aktor dalam alam politik seperti pemimpin politik, pelahap politik, broker politik dan juga parti politik.
3.Jalan politik paling selamat ialah berkelak keluk. Sekejap cakap bulat,sekejap cakap pipih. Sekejap ke atas, sekejap ke bawah.
Wednesday 17 October 2012
Retorik Politikus dan Tajamnya Kata Sang Penyair
2. Sembang tentang sejarah busker tanahair hinggalah sepak terajang politik semasa. Biasalah orang politik beretorik laksana ahli sihir bijaksana.
3. Boleh menjanjikan bulan dan bintang. Bikin orang ramai pengsan, tenggelam dalam mimpi yang menawan.
4. Daripada pendidikan percuma hinggalah gula-gula akhir tahun untuk orang tua, budak sekolah dan orang pencen.
5. Tidak seperti sang penyair. Bait kata-katanya memberi makna. Meski terpaksa menikam.
Monday 8 October 2012
Kesaktian Penceramah Terakhir
2. Kehadiran Anwar Ibrahim ke pekan Sitiawan malam tadi telah mengubah amalan itu. Dia ceramah dulu baru bagi kitaorang kemudian.
3. Korang pasti tahu apa jadi lepas ceramah Anwar Ibrahim selesai. Berpusu-pusu keluar dari dewan. Bukan naik cium tangan Anwar Ibrahim tapi mau balik cepat.
4. Top-top leaderpun bergegas keluar dewan. Katanya, deme ada program. Hampeh betui, tak sporting langsung!
5. Tinggallah teman nak mengabihkan baki waktu yang ada. Nasib baik ramai juga yang masih setia. Bravo bro!
6. Satu amalan yang biasa ceramah PR ialah tamat pada 12.00 malam. Malam itu, aku ubah amalan itu. Tamat jauh lebih awal.
7. Sakti beb!
Wednesday 3 October 2012
Potong Rumput Yang Dipotong Harganya
2. Selain faktor mesin tersebut boleh membantu aku berpeluh dan memastikan tahap kesihatan tubuh badan, ada faktor lain yang menyebabkan aku beli.
3. Satu lagi tentulah kerana setidak-tidak dua tiga bulan kena potong juga. Kena bayar upah.Tidak-tidak RM50-RM70 sekali potong.
4. Ada lagi faktor tambahan lain.......
5. Tak pa la, lu olang PAS, wa kasi diskaun harga!, Tokey tu pujuk aku beli.
6. Apakah ini juga dikategorikan sebagai faedah daripada kesepakatan politik? Atau yang lebih ilmiahnya, tahaluf siasi?
Bang, jangan naik basikal!
Tuesday 2 October 2012
Telefon Pintar Atau Kepintaran
2. Aku enggan.
3. Aku lebih inginkan waktu aku daripada melayani telefon pintar yang memperbodohkan tuannya.
4. Kita disibukkan dengan alam sekeliling hingga kehilangan diri sendiri.
5. Kamu mungkin tidak setuju. Apa aku peduli!
6. Tiba-tiba budget Najib memperuntukan RM200 untuk remaja membeli telefon pintar. He...he... pintar..pintar
Thursday 13 September 2012
Tentang Mat Indera: Pejuang atau Petualang
Friday 10 August 2012
Di Sebalik Lori Yang Melintas Depan Rumah Aku
Thursday 26 July 2012
Jangan Membenci Lagi
Friday 20 July 2012
Bulan Makan, Bulan Lapar dan Bulan Kesihan
Thursday 19 July 2012
Siapa Yang Akan DiNizarkan Oleh Kosmos?
Tuesday 17 July 2012
Artis Bukan Askar Upahan
Tuesday 22 May 2012
Pak Samad Said Tak Jadi Hero!
Monday 14 May 2012
Sudah Pulang Ke Tanahair
Monday 7 May 2012
Graduate Daripada Universiti Bersih 3.0
Wednesday 2 May 2012
Belajar Dari Universiti Bersih 3.0
2. Tahun ini, aku, Najihah, Nabilah, Hir, Norsi (anak saudara) dan anak-anak remajanya Ajwad dan Haris join Duduk Bantah Bersih 3.0. Norsi ambil Nabilah di UIA. Hir ambil aku dengan Najihah di Hentian Duta. Bertemu di Bangsar dan terus menuju ke Masjid Negara.
3. Isteriku nak ikut. Tapi kena duty di sekolah. Kami tugaskan untuk pantau berita terkini dari internet. Mudahlah kami dapat berita.
4. Jalan ke Masjid Negara ditutup dan dipendekkan cerita, kami akhirnya sampai di Masjid Jame'. Dari LRT, kami boleh lihat lautan kuning sudah membanjiri Jalan Tun Perak dan T.Abdul Rahman.Adalah sikit berani pakai T'shirt Bersih. Dulu, t'shirt itu setaraf dengan barangan lucah, merbahaya dan terlarang. Sesiapa memiliki boleh ditangkap, dilokap atau disepak.
5. Jumpalah orang kampong, kawan lama, cikgu aku dan paling seronok - jumpa student sendiri! Rasa tak sia-sia aku ajar diaorang kat universiti. Aku memanglah tak ajar direct. Aku macam orang Melayu biasa, banyak berkias, berpantun seloka. Hanya jauhari sahaja mengenal manikam. Tak kusangka, rupa-rupanya ada ramai jauhari dalam kelas aku!
6. Solat Dzuhor di Masjid Jame macam solat Jumaat akhir zaman. Orang terpaksa sembahyang di luar yang melimpah ruah. Perut lapar, ada restoran yang memang bijak berniaga. Siapa kata demonstrasi menyebabkan kerugian kepada peniaga. Sudahlah murah, sedap pula.
7. Perut sudah kenyang, kita bolehlah enjoy dan nyanyi kuat lagi. Kita bukan nak marah-marah. Kita nak menuntut satu pilihanraya yang adil dan bebas. Melayu, Cina, India ada. Yang tua, yang muda. Semua ada. Frederick, student aku dari Sarawak yang Iban itupun katanya nak join. Laut Cina Selatanpun, rela kurenangi.
8. Alang-alang sudah di situ, kami mara ke Dataran Merdeka. 10 minit berada di barrier, kami bersesak macam nak buat tawaf pada malam 27 Ramadhan. Sesak gila. Kami beredar menuju ke Jalan TAR. Untung badan Hir besar, mudah buat laluan untuk kami mencelah meninggalkan kesesakan yang amat. Nak bernafas pun macam tak dapat.
9. Akhirnya kami sampai di betul-betul di muara Jalan TAR. Barulah dapat oksigen. Ada orang berdiri atas kedai. Barangkali nak tengok suasana yang lebih menyeluruh. Saksi penting.
10. Tak sempat nak rasa nak bernafas segar, aku tengok air sudah disembur oleh water canon FRU. Bau gas sudah datang. Mata mula terasa pedih. Lari! Lari! nak lari macam mana, sesak gila ni! Kamipun bersabar, bergerak undur dalam orang yang berpusu-pusu sesak. Aku lupa nak bagitau diorang (Najihah, Nabilah, Norsi, Ajwad dan Haris), ini gas pemedih mata. Tapi aku rasa, diaorang tau sendiri.
11. Tiba-tiba, satu tong gas sudah jatuh betul-betul di celah kaki aku. Aku pandang bawah, asap naik atas berkepul-kepul. Terhidu. Aku dengan diorang berteriak, menangis dan menjerit. Aku tau suara diorang. Tapi asap sudah tebal. Tangan aku sudah terlepas dari gengaman mereka. Aku tak nampak mereka. Mataku sudah berair. Nafas kuterasa pendek.
12. Orang berlari yang boleh. Aku tak boleh. Anak-anak aku sudah hilang. Aku tak tau Norsi dengan anak-anaknya. Aku tak kisah dengan Hir. Dia orang muda dan ada pengalaman Bersih 2.0.
13. Aku patah balik tempat gas pemedih mata tadi jatuh. Najihah dan Nabilah sudah terduduk di lantai. Terbatuk dan nangis. Sekilas kusambar tangan mereka dan tarik keluar. Tangan kanak kiriku tarik mereka menuju ke arah Masjid India. Di celah-celah gerai itu, aku keluarkan botol air dan garam. Makan garam tu. Ambil air, minum. Aku tak tau nak arah lagi tapi diaorang sudah faham apa yang kena buat.
14. Orang lari tapi tak boleh laju-laju. Mata tidak dapat memandang. Terasa semacam hilang kudrat untuk bergerak. Barangkali semangat sahaja yang menyebabkan aku gagahkan diri. Terasa macam nak muntah. Tapi Najihah sudah termuntah-muntah. Matanya merah. Suara orang menyumpah, tangis sakit, jerit suruh lari berbaur-baur menambahkan situasi tertekan sekali.
15. Norsi tanya, mana anaknya, Haris. Dalam keadaan kelam kabut begitu, apapun boleh terjadi. Dia sudah cemas. Aku yakin Haris mungkin lari ke depan lebih cepat daripada kami. Betul. Kami jumpa dia terkial-kial sendiri di hadapan Masjid India.
16. Sakit, pedih, letih, loya dan seribu satu rasa belum lagi hilang. Namun, suara FRU dan Polis mengejar kedengaran. Aku mengajak mereka bergerak ke hadapan lagi. Kita bukan nak bertempur dengan FRU dan Polis. Kita cuma nak menyatakan hasrat yang terkandung dalam Bersih 3.0.
17. Itu satu bab yang aku dan kami pelajari daripada Universiti Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Belum tamat, aku cerita lagi.
Friday 27 April 2012
Subuh tadi, Ustaz Amin mengajar tajwid dan tafsir. Dibacakan ayat 86-90 Surah At Taubah. '...mereka berjihad dengan harta dan diri mereka, dan mereka itulah yang memperolehi kebaikan dan mereka itulah yang beruntung....' Ayat itu jelas menyentuh hati saat aku mencari jawapan dari manakah sumber kewangan untuk Dana PRU 13. Program Makan Malam Perakite yang diamanahkan aku menjadi Pengarahnya adalah satu mekanisme mengembalikan kuasa PR di Perak khususnya dan Putrajaya. InsyaAllah.
Malam tadi, sepanjang jalan pulang daripada Universiti, aku berkongsi fikiran dengan beberapa sahabat. Mencari jalan yang paling praktikal. Satu demi satu kuhubungi mereka. Kudengar satu persatu bicara mereka. Sekembali di rumah pertengahan malam itu, kubentangkan idea-idea pada sang isteri tersayang. Benarlah, subuh segar tadi kuterima jawapan dari kuliah Ustaz Amin di Masjid Taqwa.
Kupanjangkan catatan ini padamu kalian para sahabat seperjuangan. Jika bukan sekarang, jangan terkemudian. Caranya mudah. Beli satu meja (10 orang) dengan nilaian RM1000. Masukkan ke dalam akuan PAS Perak yang tertera dalam iklan. Kemudian, maklumkan pada aku. Call 0196647110. Lagipun dah lama tak call. Itu sahaja.
Demikianlah maksud mesej ini yang ingin kusampaikan. Tiada siapalah yang mampu membuka minda dan jiwamu sahabat, melainkan Allah Yang Maha Kaya.
Thursday 19 April 2012
Pendidikan Percuma Bukan Cuma-Cuma
Thursday 5 April 2012
Dari Naguib Mahfouz
Monday 2 April 2012
Alam Adalah Rumah Kita
Alam adalah Rumah Kita
Alam adalah rumah kita
Adalah tanah kita
Adalah daulah
Adalah sekolah
Adalah masjid
Adalah pusara kita
Kami menuntut kehidupan yang mengimbangi kemajuan
dan kesejahteraan alam
menyantuni para sang jiwa yang tinggal mengirup nafas
pada gunung, laut dan lembah
pada langit tinggi, pada bumi yang basah.
Kita perlukan ringgit yang tidak menggigit, merobek dan mencekik
Hingga sukar untuk bernafas di wilayah sendiri
Atau akan bersegera mati sebelum waktunya
Ayuh bangkitkanlah para sang jiwa yang ada hari ini
Padamkan amarah ringgit yang menggila
Dengan tangan, lenggan, kaki dan badan
Biar kita hukum dengan kudrat sendiri
Himpunkan jiwa-jiwa yang terluka
Ayuh angkat pena berdarah
Bersuaralah dengan gemersik bicara
Kibarkan panji merah
Satu lagi revolusi yang tertangguh
atau menanti karma alam akan datang
atau hamparkan tubuh kalian pada bumi
Sujud menyembah Sang Pencipta alam
Tunggulah saat kehancuran pada mereka
Yang tidak pernah menyimpan rasa belas pada alam
Rasa kasih pada alam
Aku tidak sekadar berdoa!
Sekali kuingatkan
Tidak sekadar berdoa!
Muhaimin Sulam . Teluk Rubiah 31 Mac 2012 – Save our Teluk Rubiah Rally
Saturday 31 March 2012
Hapus PTPTN: Undi Bukan Demontrasi
Wednesday 28 March 2012
Tanda-Tanda Demam Pilihanraya
Thursday 15 March 2012
Antara Kesukaran Yang Sukar
Wednesday 14 March 2012
Meniru, mengambil contoh, mengutip hikmah
Wednesday 7 March 2012
Lima Minit Bukan Lima Tahun
Saturday 3 March 2012
Mencari Kelainan Dalam Politik
Majlis yang kami rancang ini tidak bermotifkan politik. Meskipun semua yang menjadi tetamu majlis kami ahli politik ataupun bersuara politik. Kami inginkan suasana yang tidak ada bahasa politik. Sebagai orang politik, aku semacam tidak ingin mempercayai kata-kataku sendiri. Itulah politik.
Apapun datang, mencari kelainan dalam politik.
Monday 20 February 2012
Nasib Melayu Minoriti di Tanah Sendiri
2. Lalu dikatakan bahawa dasar `divide and rule' yang digunakan oleh Inggeris itu menyebabkan orang Melayu semekin dan keparat tak kepalang.
3. Biarpun sudah lebih setengah abad Inggeris mengundurkan diri secara kehormat, orang Melayu terus menerus memaki Inggeris sebagai punca kekeparatan orang Melayu sekarang.
4. Pelaksanaan DEB yang menyasarkan matlamat penguasaan ekonomi orang Melayu (dan juga Bumiputera) sebanyak 30% daripada kekayaan negara adalah satu lagi cerminan betapa hebatnya orang Melayu berkorban demi tanah tercinta.
5. Sanggup ikat perut demi tamu yang singgah (ada yang datang sebagai pelahab). Adab mana yang diambil?
6. Entah perkiraan mana yang membolehkan 'tuan tanah' bertuah ini hanya ingin angka penguasaan ekonomi yang kecil berbanding 'tetamu' yang datang.
7. Benarlah orang Melayu itu minoriti ekonomi, minoriti politik dan miskin jiwa (yang pernah disebut oleh Zaaba).
8. Bertahun-tahun DEB tamat, orang Melayu terus menerus minoriti.
9. Teringat kata-kata Aminuddin Baki, `ayam di kepuk mati kelaparan, itek di kolam mati kelemasan',
10. Sapa? Hang lah Melayu!
Monday 13 February 2012
Post Islamism: Haluan Gerakan Islam
2. Untungnya berbeza pendapat dengan meraikan kepelbagaian pendekatan. Itulah kesimpulan yang aku jadikan ia sebagai mukadimah tulisan ini.
3. Memanglah terdapat 'otak beku' yang masih terkurung dalam zaman ais batu bagi memahami pemikiran kontemporari untuk memahami tabiat gerakan Islam.
4. Idea 'pan Islamism' yang disuarakan oleh tokoh gerakan Islam awal seperti Jamaluddin al Afghani kepada negara-negara umat Islam ketika itu sesuai saat keruntuhan Kerajaan Othmaniah.
5. Idea itu berkembang kepada pejuang untuk menuntut kemerdekaan daripada kuasa imperialis barat. Saat itu, majoriti umat Islam masih tertidur dalam pelukan penjajah yang mendodoikan dengan lagu. Terlalu sukar untuk pejuang kemerdekaan menyedarkan masyarakat yang terkeliru. Raja masih di atas takhta. Tanpa menyedari takhta tanpa kuasa. Simbol yang kosong.
6. Apabila merdeka dicapai, sebahagian besar negara-negara Islam terus berada dalam cengkaman pemikiran sekular tinggalan kuasa imperialis. Lalu, konsep Jahiliyyah moden yang diperkenalkan semua oleh Syed Qutb berjaya membenihkan semangat jihad, konsep daulah Islamiah dan tarbiyyah.
7. Kejatuhan Shah Iran di bawah gelombang revolusi Islam yang diketuai Imam Khoimeini merancakkan kebangkitan Islam (yang juga disebut oleh sarjana Barat sebagai Islamism). Saat ini, keghairahan terhadap konsep Islam yang syumul. Universal.
8. Sebahagian besar regim yang berkuasa di negara Islam melaksanakan kediktatoran sebagai penjamin kuasa di dalam genggaman. Sebaliknya gerakan Islam berusaha mengembalikan 'Madinah' dalam dunia politik moden. Namun ia lebih bersifat perundangan daripada falsafah perundangan itu sendiri.
9. Demokrasi yang memberi peluang untuk gerakan Islam memperolehi kuasa sering dinafikan di saat gerakan Islam melangkah ke gerbang takhta. Soal-soal kemiskinan dan kezaliman menjadi wahana masyarakat.
10. Laluan Gerakan Islam kini adalah menawarkan idea kebajikan (welfare), keadilan (justice) dan kebebasan (freedom) kepada masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
11. Bahkan di tahap yang lebih semasa, gerakan Islam tiada pilihan kecuali bekerjasama dengan pihak sekular atas prinsip kebersamaan dan mengendurkan perbezaan yang wujud.
12. Pemimpin gerakan Islam yang bijak akan menggunakan keperluan politik semasa dengan mentafsir sirah secara lebih semasa. Sejarah adalah pengajaran. Masa hadapan adalah harapan.
Monday 30 January 2012
Tahniah Awan Nano
Malam Derita Bangsa
Tuesday 24 January 2012
Sukarnya Memilih Jalan Alternatif
Sunday 22 January 2012
Untung Melayu ada Baharom
Mukadimah Mengajar Sejarah
Saturday 21 January 2012
Pergi Tak Kembali
Thursday 19 January 2012
Menangani AUKU
Markah Dah Siap!
Wednesday 18 January 2012
Tinggalkan Aku Sekangkang Tanah
di tengah malam hari
ada tiga juta hektar tanah buat
menyimpan keagungan Melayu
pada tanggal merdekanya
tanahair kita
Aku yang berdiri di tepi
jalanraya tak berlampu
berkira-kira tentang
luas manakah tanah itu
Kemudian sang pemidato itu
menanggis
kehilangan suaranya
sepuluh tahun yang lalu,
hampir separuh tanah itu
sudah luput dari buku rekod
tanah negara
Kulihat lelaki tua
di sebelahku turut menanggis
sambil mengadu pada ku yang
kebinggungan
'tinggalkan aku sekangkang tanah
buat pusaraku nanti'