...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Monday 12 January 2009

Siapa Lagi Yang Mahu Bantu Kereta Nasional?

1. Selepas Kerajaan Terengganu menukar kereta rasmi kerajaan dari Perdana V6 kepada Merc., kemudian diikuti oleh Kerajaan Perak yang menukar kepada Camry. Begitu juga kerajaan Selangor.

2. Mengikut kenyataan semua kerajaan yang menukar kereta nasional kepada kereta tak nasional kerana kos pengendalian kereta nasional itu terlalu tinggi. Bagi menjimatkan wang rakyat, semua kerajaan tersebut telah membuat keputusan yang `tidak nasional'.

3. Benarkah kereta nasional tidak tahan lasak ataupun berkualiti rendah? Selepas lebih dua dekad industri kereta nasional berkembang, teknologi automatif kereta nasional masih dipertikaikan.

4. Berlakukah pemindahan teknologi Mitsubishi kepada Proton selepas bertahun-tahun bekerjasama? Bagaimana pula peranan graduan-graduan automotif yang dihantar oleh kerajaan ke serata dunia. Berjuta wang rakyat sudah dibelanjakan dalam pelaburan untuk meningkatkan teknologi automotif.

5. R&D Proton tentunya memakan belanja yang banyak. Pelaburan memasuki Formula One juga tentu ada kaitan dalam usaha meningkatkan teknologi dan promosi Proton.

6. Sekarang, senang-senang kita abaikan pelaburan yang berjuta-juta itu. Siapa lagi yang mahu bantu kerata nasional jika bukan kerajaan kita sendiri? Kerajaan kena bantu projek kerajaan. Lainlah jika kerajaan itu milik peribadi.

7. Penjimatan wang bukan soal kuantiti wang yang digunakan tetapi sejauhmana setiap kuantiti wang itu dapat dimanfaatkan. Sayangnya ramai lagi pemimpin masih berfikiran berdasarkan kuantiti. Bukan kualiti.

7 comments:

Hasbullah Pit said...

Mewujudkan permintaan palsu terhadap Proton Perdana tidak menguntungkan Proton.

Secara kasar, penjualan Proton Perdana oleh Proton tidak menguntungkan Proton.

Jadi untuk kebaikan Proton, biarlah mereka fokus kepada sektor kenderaan sederhana dan MPV dahulu.

Anonymous said...

Tuan,
Saya tertarik dengan para 4 dalam tulisan tuan.

Dari dulu saya terfikir mengapa orang kita tidak mampu membuat/mereka sesuatu. Kita menghantar ribuan pelajar kita ke luar negeri balik dengan ijazah berjela, tetapi apa yg mereka boleh buat? Setakat makan gaji sahaja.

Orang lain menghantar pelajarnya ke luar negeri eg: US atau Britain, bila mereka balik, mereka mampu berbuat sesuatu. Orang Jepun, orang Korea balik belajar dan mereka mampu mencipta kereta sendiri. Mereka mampu mencipta komputer dengan arahan dalam bahasa mereka sendiri. Mereka mampu membuat kapal terbang- tapi kita? Setakat mampu menggunakan dan membaik pulih barangan yg dibuat oleh orang lain, setakat mampu menggunakan program komputer yg dibuat oleh orang lain- maknanya kita tidak mampu buat yg kita sendiri. Apa ini?

Kalau kita tanyakan kepada orang-orang berkenaan- yg balik dari luar negeri, mereka boleh beri beribu alasan. Tetapi, memberi alasan tidak menyelesaikan masalah. Masalah hanya selesai bila mereka mampu berbuat sesuatu.

Anonymous said...

ye ye ye sgt2 setuju....mujur kereta perdana bapak tu aku pakai elok lagi..alhamdulilah hehehehe

Anonymous said...

bila ahli politik ckp macam auto engineer inilah jadinye...

politician ckap ubah care hidup TAPI dorang beli merc

menyalak dalam parlimen cite pasal global economy,sub prime crisis,ekonomi dunia tenat,local company susah nak export luar TAPI
kite beli CBU camry dari thailand

klo dh benci local car pon honda civic assemble kat pekan tu kan ade....

tup tup taun nih nak gubal AFTA kononnye nak encourage company luar assemble kereta kat malaysia
tapi pak menteri beli CBU dri thailand.....cerrrrrrdddiiikkkk

Anonymous said...

30 tahun dulu masa saya membesar, kereta jepun kte panggil, kereta tin Milo.

20 tahun lepas, kereta Korea pulak kite panggil kereta tin Milo.

Tapi, orang2 jepun (dan Korea) tidk akan tegamak untu pakai kereta asing walaupun mampu. mereka akan sokong produk negara masing2 walaupun produk tersebut ada sekikit kekurangan.

Kalu kita tidak support produk keluaran sendiri, hasil buah usaha sendiri, siapa lagi?


MRSM Kalae Chepo 66/73

Anonymous said...

kenapa tidak mereka sendiri yang membantu diri sendiri?
lebih dua puluh tahun... masih belum mampu lagi kah?

mereka sanggup menghidangkan anak watan dengan kenderaan yang siapnya ala kadar... tidak kah mereka itu punya rasa patriotik? atau dikelabukan oleh untung yang segera???

adamarif said...

Setiap benda ada turun naik, proton pun sama ada salah silap. Sekarang Proton dah banyak berubah. Usah dimain bunyi yang sama. Takda untungnya kita berdendam dengan Proton selama-lamanya. Yang ruginya rakyat jelata jugak, jangkamasa panjang/pendek.
Kalau Proton tak betul, kita betulkan, bila dah berubah kita bagi sokongan. Itu yang sebetulnya.
Dah berbillion duit dilaburkan, adalah tindakan bodoh kalau kita terus abandon Proton semata-mata kesilapan lalu.
Kalau mentaliti camgini pun tak boleh nak digest, tak payahlah bukak cerita, apa sumbangan graduan oversi bila balik m'sia.