...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Wednesday 28 January 2009

Itulah Politik!

1. Tanpa angin, masakan tiba-tiba sahaja dahan bergoyang jika tidak digoncang oleh orang.

2. Penyeberangan YB Nasaruddin, ADUN Bota dari tebing UMNO yang semakin rebak ke tebing PKR yang beraur mengejutkan juga. Bukan senang nak menyeberang Sungai Perak ni. Mungkin, YB Nasaruddin tahu selok belok Sungai Perak yang mana cetek, yang mana dalam.

3. Dalam politik, tanpa tawaran yang hebatpun akan berlaku perubahan. Samada perubahan itu berasaskan keperluan semasa, kepentingan peribadi, keutamaan bangsa, itu adalah persepsi. Persepsi adalah salah satu fakta daripada beberapa fakta lain yang perlu difikirkan juga.

4. Nik Abduh kata, ada perbezaan antara lompat katak dengan lompat kijang. Walaupun sama tetapi cara lompatnya berbeza. Itupun persepsi. Ibrahim Ali pernah juga berkata, walaupun dia melompat banyak parti tetapi dia tetap setia di Pasir Mas! Maknanya, politiknya adalah untuk kepentingan rakyat Pasir Mas.

5. Ada yang mengatakan, tindakan melompat atau keluar parti (menentang balik parti atau wadah perjuangannya dulu) adalah pengkhianatan, atau juga satu pemberontakan. Apabila Ezam masuk UMNO, dia bilang, dia sudah hilang kepercayaan pada kepimpinan Anwar Ibrahim. Sumpah keramatnya hanya pada perjuangan keadilan bukan parti Keadilan.

6. Sewaktu Anwar Ibrahim masuk UMNO, itulah ijtihad siasahnya. Apa yang tak dikata, kritik atau dikutuk terhadap perjuangan PAS pada masa itu? Aku masih ingat, dia kata PAS itu parti pak lebai. Begitu juga Ustaz Nakhaei Ahmad, Naib Presiden PAS yang masuk UMNO dengan Saifuddin Nasution, Fuad Zarkarsi, Che Johan Che Pa dll, mereka sudah buat ijtihad yang sama. Pengalaman dan ilmu mereka mungkin semakin bertambah dan nampak hujah baru untuk wasilah baru.

7. Contoh yang sangat rapat dalam isu ini - Dr. Mahathir sendiri.

8. Yang penting di dalam politik, bagaimana untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh politik. Baca dan perhatikan hujah mereka. Anda nanti akan membuat kesimpulan.

2 comments:

lanterajiwa said...

Tempahan T-Shirt KERANDA 152

Merujuk kepada salah satu program "Perarakan Keranda" – dinamakan Keranda 152 yang akan diadakan pada pertengahan bulan Februari oleh Gabungan Penulis Nasional (Gapena) maka aku telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh akhir tempahan t-shirt KERANDA 152 kepada 04 Februari 2009 (Rabu) di mana sebelum ini tarikh akhirnya ialah 13 Februari 2009. Ini supaya para pembeli dapat memakai t-shirt tersebut pada hari perarakan yang akan dinyatakan tarikh kemudian.

Informasi t-shirt :

* Saiz XS, S, M, L dan XL.
* Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
* T-shirt terdapat 2 color sahaja iaitu putih dan hitam.


T-shirt warna putih

* Cetakan 2 warna (Maroon & Hitam)
* Harga : RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


T-shirt warna hitam

* Cetakan 2 Warna (Merah & Putih)
* Harga : RM 27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


Kos biaya hantar

* RM 5.00 (semenanjung Malaysia)


Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)

Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (attach)...

Tarikh akhir tempahan : 04 Februari 2009 (Rabu)

T-shirt akan mula dicetak pada 05 Februari 2009 (Khamis)


http://lantera-jiwa.blogspot.com

MS said...

buat apa yang sesuai dan perlu berdasarkan keupayaan dan minat kita. Perjuangan bukan setakat pada microphone atau buku. Biarkan t'shirt kau menjeritkan yang diperjuangkan!