...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday 20 January 2009

Kita Diajar berfikir `Double Standard'

1. Apa jua isu yang ada, kita biasanya bersikap `double standard'. Kita boleh buat asal orang lain jangan buat. Jika orang lain buat, kita akan kritik habis-habisan. Ataupun kita tidak kisah orang lain buat, asal kita tidak buat.

2. Tidak kira apa jua ideologi dan anutan politik kita, paksi kita terus pada ketaksuban pada pendapat kelompok atau diri sendiri.

3. Pendekatan untuk mencari kebenaran sebagaimana yang pernah dilakukan oleh al Ghazali perlu diambil perhatian. al Ghazali bersikap skeptisme dalam banyak hal hinggalah kepada persoalan aqidah. Namun skeptismenya tidak sama dengan pendekatan pemikiran barat, al Ghazali terus mencari hujjah, rasional untuk memperkukuhkan kebenaran yang dicari. Aku tak suruh kalian berfikir jauh sebagaimana al Ghazali. Memadai fikir yang ringan-ringan je.

4. Sebagai contoh mengenai isu tanah yang dikurniakan oleh Kerajaan Perak kepada orang Cina di Kampung Baru yang dikatakan telah dinafikan hak milik terhadap tanah yang berpuluh tahun didiami. Tanah yang diberikan tidak sampai berpuluh-puluh ribu ekar berbanding dengan jumlah tanah rizab orang Melayu yang hilang. Mengapa tidak sibuk? Sila buat kajian sikit.

5. Kononnya sekarang semua sibuk buka buku sejarah untuk membongkar kehilangan kuasa dan kedaulatan orang Melayu. Sesekali kita perlu membaca buku sejarah secara `terbalik'.

6. Sehingga kini, aku berpegang pada prinsip bahawa `SEJARAH ADALAH HASIL KARYA ORANG BERKUASA'.

1 comment:

Martyr said...

Ya gua tau, Ir Nizar kasi secara adil. Tanah utk kampung baru majoriti cina, tanah utk kampung tersusun majaroti melayu. Tapi media siarkan pasal kampung baru je.

Sama juga sekolah agama rakyat, dibangunkan atas tanah pemberian k'jaan Perak. Tapi media bagitau pasal pemberian tanah kepada sekolah persendirian cina saja.

Adess..media "filter" melampau-lampau.