...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Monday 10 November 2008

Cerita Lagi Pasal Tun Teja

1. Bila ada yang bertanya lagi tentang Tun Teja. Akupun semak sekejap buku Sulalatus Salatin. Hikayat Hang Tuah entah tersimpan kat mana. Kedua-dua ada beza sikit tapi lebih kurang sama.

2. Jika mengikut edisi Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Tun Teja dibawa lari (dengan penuh rela) oleh Hang Nadim, politikus licik yang kepingin gelaran dan kedudukan dalam Empayar Melayu Melaka.

3. Cantiknya Tun Teja itu sukar diceritakan kerana dalam buku itu menyebut; 'jangankan manusia memandang dia, matahari dan bulan lagi tiada melihat dia!' Jadi, tak bolehlah nak hurai lebih lanjut kecantikan Tun Teja itu. Yang boleh dihuraikan adalah kebebalan Tun Teja!

4. Cuma ini sekadar mengingatkan betapa `yang hebat-hebat' hanya milik penguasa dan jargon mereka sahaja. Rakyat biasa tidak boleh mengetahui. Rasuah, peluang sesama kroni penguasa tidak mengapa. Jika seorang petani membonceng motor tanpa topi keledar, habis dimaki hamun sebelum disaman.

5. Satu ayat yang Hang Nadim gunakan sewaktu memujuk rayu Tun Teja untuk dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah (Sebab Tun Teja risau juga kalau-kalau Hang Nadim yang ambil kesempatan),

Tun Teja Ratna Menggala.
Pandai membelah lada sulah;
Jikalau tuan tidak percaya,
Mari bersumpah kalam Allah.

6. Agama akan digunakan dan dipergunakan demi kepentingan sendiri. Macam acara sumpah-sumpah hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

Alahai tun teja,betapa mashurnya namamu hingga disebut-sebut orang hingga kini. Tapi..alahai tun teja, kisahmu lari mengikut si tuah juga disebut orang jua hingga kini.
Alahai.
Namun tiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Bukan kata kosong manusia tapi firman yg Esa. Otak diberi untuk dipakai bukan untuk dijajah gadai.
Pengajaran kisah si teja; buat sang jejaka, carilah suri yang soleh bestari, bukan yang sedap di mata tapi 'hampeh' berduri.
buat sang gadis, peliharalah maruah dan harga diri, janji manis jangan mudah percayai,kelak sinting merana diri.
buat kedua-duanya, memang mudah melafaz sumpah.mainan bibir cuma.tapi harus diingat,sumpah juga bisa memakan diri sendiri. akhirnya siapa harus dituding jari? tun teja lagi?
Alahai tun teja.. namamu disebut-sebut lagi.
Alahai..alahai...

eita zack said...

Salam..
saya tengah mencari maklumat mengenai sejarah Tun Teja jumpe pula blog saudara.
mengikut Sejarah Melayu Hang Nadim membwa lari Tun Teja. Tetapi lain pula dalam hikayat Hang Tuah, Hang Tuah yang membawa lari Tun Teja.. emmmm..
Saya baru mencari material untuk kerja saya.. Salam Perkelanan..