...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday 23 November 2008

Anjing dan Babi Juga Mulia

1. Heboh soal Kerajaan PR nak buat kilang memproses babi. Dulupun heboh juga. Tapi aku kesian kat babi itu. Binatang itupun hendak hidup. Kita sudah ditanamkan dalam fikiran tentang `keburukan' dua makhluk Allah yang tak berdosa ini; Anjing dan Babi.

2. Allah mengharamkan kita memakan babi dan anjing - itu adalah perintah Allah yang tiada kaitan untuk kita membenci binatang itu. Aku teringat masa kanak-kanak dulu, ada riwayat yang memberitahu, kalau bunuh cicak malam Jumaat, dapat pahala. Sibuklah kita membunuh cicak kat masjid daripada bersembahyang terawih berjamaah. (Aku ingat, diaorang nak pekena kami supaya tidak main mercun masa sembahyang). Ralit.

3. Di UK dan negara-negara Barat, kedua-dua binatang itu amat dihargai dan disayangi.

4. Silaplah kalau nak maki orang, kita sebut 'anjing' atau 'babi'. Sebab itu adalah binatang yang rapat dengan kehidupan mereka. Anjing mengisi kesepian orang. Yang setia menemani dan menjaga keselamatan tuannya. Babi sangat produktif, memberikan sumber makanan kepada mereka.

5. Yang hina sebenarnya perangai manusia yang macam anjing dan babi. Kerana manusia bukan anjing dan babi, maka oleh sebab itu manusia wajar bertindak dan berfikir secara manusiawi. Sekarang berapa banyak pemimpin yang menjadi anjing dan babi?

6. Aku pernah buat sajak sebelum PRU 12, Deklarasi Sang Anjing. Tak tersiar kat mana-mana cuma sempat aku baca kat Dublin.

2 comments:

Anonymous said...

Syabas bro,jika semua insan di dunia ini befikiran seperti bro.Alangkah indahnya dan amanya dunia ini.

GOD IS LOVE
LOVE IS GOD!

Anonymous said...

salam. Allah jadikan anjing dan babi punya faedah spt yg kita tahu. Allah munduga mu'min bahawa spesis2 itu haram dimakan, najis mughallazah jk disentuh. tidak berdosa. boleh disucikan menurut syaraknya. Menyentuh lelaki/perempuan yg bukan mahram, hukumnya haram tidak boleh disucikan dengan air + tanah. Berdosa! betapa banyak manusia yg bersentuhan, bersalaman, berpelukan dsb.... jadi dosa besar. kalau gitub baik tersentuh anjing atau babi!boleh disucikan pastu. itulah batasan Allah.