...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Monday 23 March 2009

Permulaan Satu Autokrasi Baru

1. Akhbar alternatif perdana, Harakah dan juga Suara Keadilan digantung tiga bulan serta merta oleh pihak Kementerian Dalam Negeri hari ini.

2. Ini bermakna, pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai sepi dengan berita dari akhbar bercetak ini. Ini cabaran berat lagi kepada sang blogger untuk mengambil alih peranan media sewaktu pilihanraya kecil itu nanti.

3. Yang lebih utama, tiada lagi ucapan 'tahniah' yang bakal tercetak dalam akhbar tersebut kepada Najib Tun Razak yang bakal menadah takhta daripada Abdullah Ahmad Badawi.

4. Najib Tun Razak mungkin akan mengambil pendekatan politik Tun Dr. Mahathir sewaktu mula mengambil alih kepimpinan dari Tun Hussein Onn untuk memastikan suara politik Umno bernafas panjang.

5. Antara pendekatan itu ialah menyekat sebarang kemaraan politik pembangkang dengan apa cara sekalipun meski nampak keras. Kedua, mengambil kekuatan politik pembangkang termasuklah menjadikan idealisme dan pemimpin pembangkang sebagai sebahagian daripada mereka. Musa Hitam pernah berkata yang lebih kurang berbunyi, `jika kita tidak mampu melawan musuh, ambil saja musuh itu sebagai kawan.'

6. Bila satu autokrasi baru bermula, maka satu pendekatan politik yang baru akan mencabarnya. Siapa yang mahu mulakannya?

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum..

ingin bertanya sedikit pandangan dari tuan yang kelihatan banyak pengalamannya, mudah-mudahan dapat saya sedut semangat ni dalam jiwa muda saya (",)..

autokrasi ni kelihatan abadiah dalam corak pemerintahan negara kita ni. disebabkan autokrasi ni jugalah kita lihat ramai marhaenis yang kecundang.. sehingga terlintas kekhuatiran yang perjuangan kita umpama menggaram ditengah lautan...
antara perjuangan atau kesudahan itu lebih penting.. minta sedikit suntikan dari tuan.. sekian..