...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday 3 March 2009

Hello, Hero Akan Datang!


1. Dalam keadaan politik anarki, hero akan datang. Datangnya mungkin sebagai penyelamat atau pemusnah. Kerana Hulagu Khan, hero pada kaca mata Monggol. Tetapi pemusnah kepada tamadun Baghdad yang sombong.

2. Tercermin pada wajah hero adalah karismatik. Ayatnya penuh puitis. Bibirnya menguntum senyum. Tangan mengenggam bara. Kaki sudah terpasak ke bumi. Rambut sudah tegak ke langit.

3. Hero akan membunuh sebelum musuh membunuh. Hero akan membenam sebelum musuh menenggelamkan.

4. Yo Perak ! Hello, bila Hero mau datang? Diaorang sudah sakan bertarung.

5. Kita tengok. Saksikan pada layar fikiran sendiri. Jangan nonton pada wayang orang. Kita ada panggung sendiri. Kita ada fakulti akal yang luas sekira-kira tempurung kelapa sawit!
6. Maafkan aku kawan kerana biarkan kalian berperangan. Aku kodok yang pandai menyanyi di tengah malam (sekarang di UK, 2.42 pagi).

3 comments:

bumilangit said...

tuan,

saya ingin meminta izin tuan untuk membetulkan beberapa perkara dalam entri tuan.

pada hemat saya, jika entri tuan merujuk kepada keadaan politik perak, 'keadaan politik anarki' adalah kurang tepat, sebaliknya istilah 'chaos' patut digunakan.

dalam keadaan chaos, pada pandangan saya, tidak perlu ada hero yang datang kerana setiap rakyat perlu berlagak hero.

bila semua orang berlagak hero, barulah jadi suasana anarki.
semua orang adalah raja. 'do as you please'.

mungkin keadaan inilah yang dipanggil masyarakat sivil. heh?

lanterajiwa said...

salam... lagu lama utk ko...
http://www.youtube.com/watch?v=by2GmBIQH0c

Anonymous said...

Salam.

Sedap lagu Sultanlar tu. Lama menggodek internet... akhirnya jumpa juga versi penuh lagu tu...
http://www.youtube.com/watch?v=xxCZVCsvl0o