...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Wednesday 4 March 2009

Jangan Tebang Pokok Itu!


1. Apapun kejadian menarik dalam siasah tanahair belum berakhir walaupun persidangan DUN Perak diadakan di bawah pokok. Akan ada lagi yang lebih menarik.


2. Tentu pokok itu akan menjadi sebutan dan sering dipandang orang.


3. Aku harap pokok itu tidak ditebang atas sebab orang sekarang selalu menyebut tentang `pokok itu.....' meski tidak melintas atau memandang.


4. Kerana di akhir ungkapan `pokok itu.....' ia tetap meresahkan dan membanggakan.

2 comments:

GURU_CIKGU said...

Pokok itu tak bersalah, tapi kini telah mencipta sejarah. MELAKA pun ditubuhkan di bawah pokok oleh Parameswara.

Anonymous said...

Arahan kepada dewan bandaraya Ipoh dijangka akan dikeluarkan supaya pokok itu ditebang dgn segera kerana ia telah menyebabkan trauma kpd pemimpin BN perak.