...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday 6 March 2009

Zubir Ali: Selepas Kau Pergi


1. Zubir Ali. Nama yang tidak boleh dipisahkan antara puisi dengan lagu di Malaysia. Hingga ke UK pun, aku bawa kasetnya. Dari ke Swansea ke Lampeter, lagu-lagunya sering mengisi kesunyian memandu seorang diri.


2. Kali terakhir aku jumpa Allahyarham ialah di DBP sewaktu Pidato Pemuda Malaysia yang membariskan Ketua-Ketua Pemuda Parti Politik Malaysia, Dato' Hishamuddin Onn (UMNO), Salahuddin Ayub (PAS), Shamsul (PKR), Nga Khor Ming (DAP) dan Ketua Pemuda MCA. 2006. Beberapa bulan sebelum aku tinggalkan tanahair,


3. Waktu itu kami bersembang di belakang pentas. Kami dijadualkan mendeklamasikan sajak. Aku ajak Zua XPDC dan rakan-rakannya untuk memetik gitar sewaktu mendeklamasikan sajak. Sampai habis program, kami duduk di belakang pentas. Bersembang macam-macam. Macam satu kepala aje time tu bersembang.


4. Dia tunjukkan gitar yang bakal dipetiknya. Gitarnya cukup power. Walaupun `second hand', tapi dia beli RM7000. Zua dan aku try petik-petik gitar itu. Power lah.


5. Allahyarham adalah anak murid kepada al Marhum Dato' Fadzil Mohd. Noor di Maktab Mahmud dan kawan kepada Dinsman. Sewaktu, Dinsman buat persembahan teater di Maktab Mahmud, ramai ustaz-ustaznya tidak setuju kecuali Ust. Fadzil! Aku tak ingat, samada Allahyarham Zubir Ali turut serta dalam teater itu.


6. Dan kali pertama aku berjumpa Allahyarham ialah sewaktu di UM. Waktu itu, Allahyarham bekerja di Pusat Kebudayaan UM dan aku datang sebagai wakil PMIUM. Aku lupa apa pokok perbincangannya. Tapi seingat aku, dia sangat welcome.
7. Selepas kau pergi, baru sekarang terasa kehilanganya. Al Fatihah.






4 comments:

Gelombang Rakyat said...

Al-Fatihah

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT... wah uncle Muhaimin pun minat dengan karya Allahyarham Zubir Ali... mesti pernah dengar lagu Balada Seorang Gadis Kecil kan? Thats my fav song... sangat terkesan~

lanterajiwa said...

http://www.youtube.com/watch?v=vXmtBr1na34

Anonymous said...

Sekitar 1980 han saya hadir disatu konsert dipinggir sungai dibelakang central market.konsert yg menampilkan zubir ali,m.nasir dan penyanyi tersohor indonesia ebiet g ade... bagi saya mereka adalah pendakwah,pencinta alam dan pejuang kemanusiaan....