...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Wednesday 25 February 2009

TERKINI: Senarai Calon PAS Bukit Gantang.....

1. YAB. Dato' Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin - tidak perlu diterangkan latar belakang beliau. Beliau dikatakan mendapat sokongan terutama daripada pengundi bukan Melayu di Kuala Sepetang. Namun, cadangan ini menambah bebanan kepada beliau sendiri jika ditakdirkan beliau kembali kepada jawatan asalnya. Pemilihan beliau juga boleh menggambarkan PAS ketandusan calon lain.

2. Al Fadhil Ustaz Ahmad Awang - Sebagai Pesuruhjaya PAS Perak dan Naib Presiden PAS tentulah beliau dianggap terkanan dari segi hirarki parti di Perak. Beliau sudah dikenali umum kerana pernah menjadi Yang Dipertua PAS Taiping - bandar terhampir dengan Bukit Gantang. Hubungan beliau dengan DAP sangat baik kerana beliau adalah antara pimpinan Perak yang dapat dibawa berbincang dengan mereka terutama sewaktu pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

3.Tuan Hj. Mat Sabu - meskipun beliau bukan anak tempatan dan bukan orang Perak, pengaruh beliau di peringkat pimpinan PAS akar umbi Bukit Gantang sangat kuat. Beliau kerap turun ke Bukit Gantang sebelum ini. Selepas namanya tidak naik di Kuala Terengganu, penyokongnya menaruh harapan di Bukit Gantang pula.

4.Ustaz Idris Ahmad - beliau dianggap regu rapat dengan Hj. Mat Sabu dan sebagai anak tempatan Kg. Sungai Petai. Changkat Jering. Sebelum ini beliau pernah bertanding pilihanraya kecil Changkat Jering dan satu lagi sewaktu pilihanraya umum 1999. Kemudian pada tahun 2004 dan 2008 beliau bertanding di Jerlun, Kedah.

5. Ustaz Nurazli Musa - beliau Ketua Pemuda PAS Perak atau dikenali dengan nama `Taliban'. Beliau pernah bertanding pilihanraya 2004 di Pasir Panjang, 2008 di Trong, DUN di bawah Parlimen Bukit Gantang. Meskipun beliau kalah di Pasir Panjang dan Trong tetapi beliau dikenali terutama kepada pengundi Trong. Beliau bertanding di Trong kerana mendapat sokongan kuat daripada Dewan Pemuda Perak.

6. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub - beliau baru sahaja kembali ke tanahair selepas menamatkan pengajian PhD di Universiti of Manchester dalam bidang pengurusan teknologi maklumat. Sebelum ini beliau adalah Setiausaha Politik YB Hj. Mahfuz Omar. Latar belakang beliau sebagai kerabat di Raja Perak boleh digunakan oleh PAS untuk menunjukkan PAS tidak menentang institusi Raja.

7. Mungkin.

5 comments:

Anonymous said...

Laa, nama Raja pun masuk jugak, tapi pikir balik ok jugak, kurang-kurang boleh promote nama dia bagi orang kenai.

Wa nak tanya lu, sebagai bekas Ketua Pemuda Perak, Raja ni dah layak ka kalau aku diangkat jadi ketua Pemuda PAS Perak?

MS said...

sapa-sapa bole angkat. lu pikir la sendiri!

Niknabil Abdullah said...

salam...
tak kisah la sapa2 pun calon..
janji pas menang...
balik la nanti masa mengundi..
hehe...

Anonymous said...

tak kisah sapa pun bakal calon ....yang penting istiqamah dlm perjuangan PAS, bertaqwa kpd Allah, dan paling penting sekali mesra dgn rakyat tanpa mengira bangsa.

LAWAN MANA YANG TAK BETUL said...

Ir Nizar paling ok..tak kisah la kalau BN nak kata PAS tak de calon lain dah. pilihanraya ni kempen nya singkat, bukan senang nak bertapak calon tu dihati pengundi .Dulu TGHA, Sekarang MB Selangor,KM PP pun adun dan MP gak..No hal..
Raja Ahmada ana rasa baru lagi dalam politik.Bior ade pengalaman sikit dlm situasi la ni.
Ir Nizar ni sokongan PAS, dan bangsa lain dah kuat. Yg lain-lain tu tak berapa sangat.