...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday 5 February 2009

Rakyat Perak Mula Turun


1. Mengikut maklumat yang baru aku dapat, kini tidak orang Melayu sahaja yang berkumpul di kediaman rasmi MB Perak. Ramai orang Cina dan India juga datang memberikan sokongan kepada MB Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat.

2. Polis sekadar mengawal keadaan. Tiada sekatan untuk masuk ke dalam kawasan kediaman rasmi MB.

3. Esok akan diadakan solat hajat di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan selepas solat Jumaat. Pemuda PAS sedang menggerakkan seluruh jenteranya di seluruh negara. Semua ADUN PR dijangka akan boikot majlis angkat sumpah Dato' Dr. Zambry Kadir sebagai MB Perak.

4. Unit AMAL ditugaskan menjaga keselamatan MB Perak.

5. Masih ramai lagi pimpinan PR berada di kawasan kediaman MB. Antaranya YB Salahuddin Ayub, Hj. Asmuni Awi, Elizabeth Wong, Dr. Lo'Lo' dll. Manakala yang lain sudah dikatakan beredar.

6. Keadaan di Jalan Tambun dan di Jalan Gopeng sesak. Kebanyakan pimpinan UMNO menginap di Hotel Cuasarina yang bersebelahan dengan dengan Ibu Pejabat UMNO Perak. Kedua-dua bangunan itu hanya 100 meter jarak dengan rumah rasmi MB. Kedua-dua penyokong memenuhi kiri kanan jalan.

7. Aku jadi wartawan pulak!

2 comments:

Tentang Buku said...

jika bersayap saya mahu terbang ke sana!

MS said...

Terbanglah saudara. Terbang sebagai burung hud-hud, yang membawa risalah amaran sehingga Ratu Balqis merafak sembah pada Nabi Sulaiman atau terbang sebagai ababil yang membawa batu neraka untuk Abrahah.

Asal saja jangan jadi burung yang melihat pemandangan indah alam.

Terbanglah saudara!