...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday 10 June 2008

Sokong Membawa Rebah

Tiba-tiba Sanusi Junid, pelopor idea Mat Jenin moden dipecat sebagai Presiden UIA. Alasannya mudah. Politik. Buatlah apa jua alasan, hanya otak bawah lutut sahaja yang boleh terima bahawa tindakan itu tidak bermotif politik.
Politik memang kuasa yang mengancam. Keselamatan masyarakat dan bangsa juga terancam angkara politik yang ekstrim. Khir Toyo, bekas Menteri Besar yang kini menjadi Ketua Pembangkang di Selangor pula mengapi-apikan agar rakyat tak bayar cukai pintu. Dari seorang pemimpin negeri yang berwawasan tiba-tiba beralih lagak sebagai hero pemberontak dari hutan Ulu Bernam. Dalam isu kenaikan minyak, ramai menteri menegaskan kewajaran kenaikan itu demi kebaikan negara. Sebelum ini, Azlina cadang nak boikot negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat daripada menikmati pendekatan pelancongan yang dianjurkan oleh kementeriannya. Muhyidin Yasin dan Rais Yatim secara terangan kritik kepimpinan nombor wahid mereka. Tiba-tiba pula, Ezam masuk UMNO. PKR tak hairan dan tak berapa kisah. PAS tak komen banyak. DAP diam je. Biarlah Ezam terjun. Biarkah. Biarkan.
Ehhhh...banyak yang pelik berlaku sejak akhir-akhir ni.
Kepala otak aku fikir begini: mereka nak jatuhkan Abdullah Badawi dari dalam ke? Rasa-rasanya inilah yang disebut sebagai sokong membawa rebah.
Jika Abdullah Badawi jatuh - siapalah yang akan sempat menerpa untuk membantunya agar tidak jatuh terjelepuk ke lantai?
Aku? Aku jauh yob!

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum...

puas rasanya dapat juga saya jumpa cikgu walau pun tidak bersua wajah tetapi berhubung kembali akhirnya. lama juga saya cuba2 mencari, syukur alhamdulillah bejumpa semula dgn cikgu. sedar x sedar dah 10 tahun saya tinggalkan Maahad. rasa macam baru semalam.
seronok juga dapat membaca cerita dalam blog cikgu ni. ye lah berbagai2 info ada walaupun cikgu jauh diperantauan tetapi semua cerita tanah air cikgu tak pernah terlepas.
saya doakan agar perjuangan cikgu tidak akan padam hingga ke titisan terakhir. bila cikgu balik ke m'sia. dengar cerita ustz sulam kurang sihat ye. insyalla saya kan mendoakan agar ustz lekas sembuh. kirim salam saya pada ustz sulam dan juga aini syakirah. insyallah jika diizinkan Allah ada juga beniat mahu menziarah,, tetapi masih lagi dengan kesibukan duniawi.
akhir nya saya doakan cikgu juga berjaya unjuk menggengam matlamat cikgu untuk menggapai impian setinggi langit.

amin