...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday 12 June 2009

Biar Aku Dengar Sendiri Dari Mulut Ustaz Hadi!

1. Esok, kami akan mengadakan pertemuan tidak sulit dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di London.

2. Biar telinga ini bernanah mendengarnya. Biar sakit. Memang dari dulu PAS itu susah.

3. Waktu susahlah kenal siapa kawan. Waktu senang, bertebaran mengaku kawan.

4. Oklah kawan-kawan, korang senang-senang main tikam-tikam. Dari belakang, dari depan. Depan cium tangan, belakang korek semua lubang!

8 comments:

Cenangau said...

Harap-harap anta boleh telan penjelasan yang akan diberi.

Kalau boleh nak mintak tolong tanya apa rasionalnya lantik Cikgu Pa jadi SU Agung. Harap-harap tak dapat jawapan 'skema'.

Zolkharnain Abidin said...

Sahabat,
Jangan tanya soalan stereotype seperti apa persedian Pas utk PRK 13, apa usaha utk kukuhkan PR, soalan macam tu tak mahu. Yang tu, ketua cawangan tempat kawan pun boleh jawab.

Tanya soalan macam ni. Adakah Pas berhasrat mengkaji semula hubungan dengan PKR setelah PKR makin naik tocang? Mengapa tidak cantas sahaja golongan yang menentang idea kerajaan perpaduan? Kalau Pas bergabung dengan Umno, siapakah PM dan TPM?

Yang paling penting, jawapan yang sahabat dapat semasa sembang-sembang minum kopi. Jawapan yang tidak pakai mikrofon. Itu jawapan tidak stereo type.

hamba said...

Alhamdulillah itulah yg terbaik saudara..

saya amat sedih kerna terdapat mereka yang kononnya ahli Jamaah Islam Pas... tapi sangat keterlaluan menghina dan mengeluarkan kata nista kepada PIMPINAN... Seolah-olah pimpinan baru hari ini menyertai PAS..

Kesal... dimana adab & akhlak yang diajari Rasulullah...??

oh ya jangan lupa diupdate nanti..

Mince4AM said...

Saya senang sekali membaca tulisan-tulisan anda. Ringkas dan mencengkam. Anda bijak dan tidak cepat melatah... teruskan menulis..saya suka baca. Ye tolong juga tanya soalan-soalan yang menjadi kekaburan banyak pihak kerana TGHH kata " kalau pakatan tanya saya jawab, kalau orang tanya saya jawab..kalau media tanya saya tak nak jawab sebab kamu tidak melaporkan secara penuh dan betul"..begitulah lebih kurang. Kalau boleh tlng tuliskan kembali dapatan daripada pertemuan..x kira secara eksplisit atau secara satira

azmietaha said...

Ada apa dengan SU baru kita tu... Dia vateran , dia otai, dia dah masak benar dengan sepak terajang politik...nampak macam byk yang err...err dengan dia? Saya comfiuse ustaz?

Anonymous said...

Lebih 95% kawasan kita menentang kerajaan perpaduan. Jika alasan mereka menentang kerana ahli tidak faham, tapi mengapa cuba buat yg sesuatu orang tidak faham.. kini dah jadi bahan fitnah dan dimanipulasi sepenuhnya oleh Media musuh. Cina dan india yg menyokong kita kerana bencikan Umno sedang "memerhati" kita.. kini mulai curiga.

Mari kita belajar dari "kesilapan" pimpinan pas terdahulu ( Dato Asri) yg akhirnya kita terpaksa berpuluh tahun utk membina dan membangun Pas semula.

Akibat tersilap langkah ,mungkinkah kita perlukan puluhan tahun utk membangunkan Pas semula?

bumilangit said...

saya pun nak dengar.

mungkin tuan sudi tulis jawaban TGHH.

trimas

MS said...

Cenangau > TG jawab tak ikut skema pemeriksa kira-kira.

Ustaz Zolkharnain > tak sempat nak sembang. Tak tergamak nak tanya soalan yang aku sendiri tahu.

Hamba > demokrasi, kebebasan suara katakan....

Mince > nak tenggelam aku

Azmietaha > lagi otai, lagi banyak cerita.

Anonymous > laa apalah tak sebut nama.

bumilangit > aku tulis apa yang aku faham.