...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday 28 June 2009

Bacalah Hikayat Ibrahim Ali


1. Orang ramai mengutuk Ibrahim Ali sebagai ahli politik tidak berprinsip, ataupun lebih teruknya digelar sebagai katak kerana gemar melompat parti.


2. Memang ramai ahli politik melompat dari satu kawasan ke kawasan lain atau melompat parti demi survival politiknya. Ibrahim Ali walaupun banyak melompat parti, dia hanya berada tempurung Pasir Mas dan lembah keMelayuannya.


3. Ramai orang PAS hangin dengan Ibrahim Ali sekarang. Tetapi anda perlu belajar dengan Ibrahim Ali bagaimana boleh mempengaruhi rakyat dan menguasai pemikiran pemimpin tertinggi pelbagai parti termasuk PAS? Dari Tengku Razaliegh Hamzah, Dr. Mahathir, Najib, Sultan Kelantan hingga kepada Tuan Guru Nik Aziz.


4. Siapa yang lebih licik berpolitik? Jangan sampai menepuk kuah dalam talam. Kena kat muka.

6 comments:

IndukYati said...

salam semua,
mmg benar saudara..kadangkala bilamana Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan..boleh menaikkan emosi marah sy..tapi bila diperhalusi dan diperincikan akan apa yang tersirat
banyak benda yang kita boleh dapat..

"menepuk air didulang..terpercik di muka sendiri"....dah lama tak dengar peribahasa ini..

m.najib mahathir said...

musykil juga
camana tok guru n.aziz boleh beri peluang pada brahim ali bertanding atas tiket pas...

agaknya itulah kelebihan tok guru
dia nampak apa yg aku tak nampak

Fairus M.Zain said...

a'kum bro, tak yah ler kalu nak suruh kitaorang baca hikayat sejarah si katak puru nie. buang masa jer. hanyerrrrrr siut.

Pyanhabib said...

salam muhaimin, anak dan isteri.

azmietaha said...

AMPUN....Ustaz bila masuk cerita tentang manusia yang bernama IBRAHIM ALI ni....otak tak boleh berfungsi dengan baik. Buntu. Dia memang sesuai dengan gelarannya 'Raja Katak' spesis haiwan yang segar di dua alam.Kakinya tak mencecah bumi..
Maaf ustaz ana bukan JAUHARI... Assalamualaikum!

Anonymous said...

makhluk macm berahim katak ni memang tak leh nak hapus.. bijak berbicara dan boleh putar semua org...sejak zaman berzaman akan wujud org macam dia ni.....