...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Monday 15 June 2009

Antara 16 Sept. dengan Unity Government

1. Antara idea 16 September dengan Unity Government, ada persamaan di sebalik perbezaan yang wujud. Satu idea daripada Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan idea unity government adalah cetusan idea Presiden PAS.


2. Kedua-dua melibatkan kerjasama dengan PR dan juga BN/Umno secara peribadi demi mendapatkan kuasa. Kedua-dua pemimpin PR bersetuju bahawa tanpa BN/Umno, peralihan kuasa tidak boleh berlaku pada masa sekarang. Oleh sebab itulah, Tuan Guru Mursyidul Am menolaknya kerana melibatkan Umno, tambahan pula langkah 16 September dianggap tidak bermaruah. Namun, ada pihak yang cuba melegitimasikan bahawa itu adalah keperluan dalam suasana yang terdesak. Dururiah.


3. Abdullah Ahmad Badawi dan BN/Umno naik kecut. Ahli Parlimen mereka dibawa melawat sambil belajar di Taiwan secara mengejut. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga turut bergegas ke Taiwan untuk cuba membuat rundingan. Jika ada ahli Parlimen BN/Umno yang setuju berpaling tadah semasa 16 September bermakna mereka `berkerjasama’ dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka akan dianggap sebagai perwira perjuangan Pakatan Rakyat. Tetapi 16 September berlalu seperti hari-hari yang selalu.


4. Walaupun 16 September tidak berlaku. Untungnya, Anwar tidaklah dilanyak oleh pengikutnya. Namun yang lebih beruntung ialah Najib Tun Razak yang berjaya praktiskan idea tersebut di Perak. Tidak seperti nasib Presiden PAS, jadi cacamarba dalam parti. Idea unity government berhadapan dengan ketidaktentuan dalam membuat pandangan. Mengapa bersikap double standard apabila melihat dua isu yang sama? Aku percaya, semua ada hujah dalam mempertahankan pendirian masing-masing. Membaca sesuatu perkara bermula dengan persepsi sendiri memang akan memperkukuhkan persepsinya. Di saat itulah idea seorang pengarang mati apabila tulisannya dibaca mengikut fikiran pembaca.

5. Orang yang khatam Usul 20 Hasan al Banna, tidak faham-faham wala' & siqah. Yang tak pernah reti apa itu menatang wala' & siqah, boleh takjub dengan 16 September yang tak menjadi. Demokrasi katakan. Kita bebas bersuara
.

15 comments:

Anonymous said...

Assalammulaikum...

Semoga sentiasa memperolehi rahmat dari ALLAH SWT kerana berjuang menegak perintahnya walau dimana saudara berada.

Terima Kasih atas tulisan yang tajam dan sarat dengan teguran dan ilmu.

Kalau lapang dapat kunjung dan beri komen pada saya yang baru belajar.

http://izaiyah.wordpress.com

Anonymous said...

komentar yang baik...

azmietaha said...

Salam ya Ustaz. Maaf kalau saya simpulkan bahawa orang-orang kita masih lagi tak boleh melupakan cerita "KERBAU DENGAN BUAYA" Cerita rakyat yang masih lagi diajar di sekolah-sokolah kita. Orang kita masih lagi keliru dengan fiqawlawiyat (?) atau nak jaga hati orang-orang tertentu. Padahal kita pernah khatam dah cerita tentang Isra' dan Mikrat yang penuh kontroversi.Ketika itu hanya Saidina Abu bakar yang 'mengiakan' cerita Rasulullah,sehingga beliau dikenali sebagai 'as-siddiq' sehingga sekarang. Wala' yang cukup agung dari seorang pengikut.Kita tak perasan agaknya atau kita dah lupa?
Akhiran harap kita tak payah refer MEDIA SALURAN PERDANA, banyak timbulkan keraguan sebab mereka bukan berpaksi pada iman tetapi nak jaga perut je.

MS said...

izaiyah > asal jangan tikam belakang orang!

Anonymous > :)

Azmietaha > betul betul...perut kena jaga juga. Lapar kang, mengamuk lak.

Anonymous said...

16 september pun tak betui. YG pun karut

R'zley theshoots said...

salam ,
satu ulasan menarik dan mudah di fahami...
Kalau yang jenis tk mau faham ni apa pun tkkan faham...
kalau dia faham pun dia buat tak faham.
itu lah susahnya memahami apa yang dia faham,......
16 sep gila baggai nak mampus dah UMNO,TAPI BAK U.G mengamok macam nk kiamat......orang pas dah.....bla..bla..bla!!

Ibnu Ali said...

Sama tapi tak serupa.. 16 sept tak relevan, UG lebih relevan...

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan...saya berpendapat khatam tak semestinya khadam..cakap tentu x sama dengan merasa dan bertindak..yang khatam dan reti pun kerap tersandong..semua itu saya kira proses kearah mengkhadam sesuatu perkara...proses ini juga yang akan membentuk persepsi seseorang...
Apapun tulisan tuan tentang isu UG telah dapat membentuk persepsi pembaca kearah yang lebih terbuka..syabas dan tahniah..jangan lupa tlg bimbing si mamat 2 ye...

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu melawat anda

Anonymous said...

sebenarnya kedua2 isu hanya di sensasikan oleh media massa...tp yg sbnarnya sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat bertambah kukuh..insyaALLAH..

MS said...

Rantong > alahai tak sempat nak minum ye.

Anonymous > :¬0

Che'pirate > kita membeli belahlah

Ibnu Ali > rel keretapi yang relevan je

Tajamnuraniku > mamat tu ok, orang lain je kut kena bimbing.

PakKaramu > terima kasih. maaflah, hanya tikar mengkuang yang ada

Anonymous > asal jgn sokong membawa rebah

Al-Manar said...

betul gak no...pasai pa 16 sept ahli pkr/PR bole semacam punya wala'.tak berjaya suara sumbang dengag sikit2 saja. macam ni pas kena bermuzakarah secara tertutup sebelum perkara semakin parah.....kedengaran ada dah nak buat undi tak percaya kat presiden.......
Allah selamatkan perjuangan ISLAM

hamba said...

Salam.. InshaAllah.. sama2 kita menuju kepada kejernihan... tingkatkan akhlak dan adab terpuji... tanda kita kita ummat Muhammad kekasih Allah..
Saya sayangkan TG NIK AZIZ & TG HADI AWANG dan semua pimpinan.. Saya berlapang dada dari keributan ini...

teruskan menulis dan berjuang saudara!!

kami semua dibelakang anda

muhammad said...

abang muhaimin,

masa zaman ustaz fadzil, ustaz fadzil ada bertemu Anwar selepas peristiwa 1999 tanpa melalui majlis jawatankuasa PAS, walaupun ketika itu dikatakan ustaz fadzil bertemu atas dasar kawan lama..tetapi pandangan politik ketika itu boleh menimbulkan persepsi yang pelbagai dan ustaz fadzil memakai pakaian PAS. Namun,
tindakan ustaz fadzil tepat apabila akhirnya tertubuhnya GERAK dan BA, dan ramai yang memujinya selepas itu.

kalaulah ada blog dan media macam sekarang, terhenyek penyet ustaz fadzil kena balun kat deme.

cicitHJHASSANu said...

salam muhibah...
harap2 akan timbul hikmah disebalik onar...
singkap selagi upaya,bidas beralas selumbar