...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday 20 July 2012

Bulan Makan, Bulan Lapar dan Bulan Kesihan

1. Sudah dua kali berRamadhan di tanahair.

2. Ramadhan bermulanya pesta makanan pelbagai juadah dari gerai-gerai di tepi jalan hinggalah di serambi masjid.

3. Entah tiba-tiba rasa kasihan pada orang miskin dan susah berputih subur. Lalu, upacara memberi sumbangan kepada fakir miskin adalah acara yang komersil untuk ahli politik mendapat keuntungan.

4. Kelaparan menjadi rangsangan untuk perniagaan kecil-kecilan tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Lalu, orang berniaga di bazar Ramadhan lebih ramai daripada orang yang nak membelinya.

5. Perlukah aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan Mubarak>

1 comment:

Yong said...

Salam Dr Muhaimin

Harap Yob selalu2 le update blog. Kalau tak dapat buat sendiri, lantik orang untuk update kan.

Bukan apa, Yong ni Muslimat PAS Perak. Agak kecewa bila berita kampung jarang keluar, walaupun dengornya komer di sana agak aktif.

http://www.yongsukakuning.blogspot.com