Jangan kau kaya
Kalau kau kaya,
diaorang kata kau rasuah
biarlah kau miskin
papa kedana
melarat
naik bas, sekupang duit dalam poket
isi minyak kereta
sepuluh ringgit cuma
biarlah kau sakit
perit merit
terpekik
dalam batin berkocak, menangis sewaktu
isteri terbaring sendiri
anak tidur kelaparan
yuran PASTI bulan lepas belum
berbayar
Jangan kau kaya
kalau kau kaya
ramai yang dengki
atau tumpang sekaki
minta belanja secawan kopi
tolong bayar bil
atau belikan kayu api
Jangan kau kaya
kalau kau kaya
ramai lagi setengah mati
nak jadi kaya
sampai mati tak kaya-kaya.
5 Julai 2009
Swansea. UK.
5 comments:
kalau kayap, ok tak?
Segar rasa jiwa bila melihat
TANGAN YANG DI ATAS
DARI TANGAN YANG DI BAWAH
MEMINTA-MINTA
MENGHARAP BELAS...
Tangan yang di atas sifatnya memberi,
sifat memberi sifat terpuji
jiwanya kaya
jiwanya tidak miskin
tidak papa kedana!
Sila pilih:
A- TANGAN DI ATAS
B- TANGAN YANG DI BAWAH.
salam semua,
kalau kayap pi cari ubat,bukan kaborkan kt org ramai!!
gayuh basikal kat pantai mana tu...?
salam..
yuran PASTI bulan lepas belum berbayar,
tapi yuran NOVEMBER dah diambil siap-siap...
Post a Comment