...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Wednesday 22 April 2009

Perangai Sesetengah Orang PAS

1. Ada sesetengah orang membahagikan kepimpinan PAS ini kepada tiga jenis; ulama, profesional dan aktivis. Walaupun aku kurang bersetuju, tetapi itulah yang popularnya. Ini kerana ada waktunya, ketiga-tiga itu bertindan antara satu sama lain. Ada sesetengahnya tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan tetapi oleh kerana dia ulama, profesional dan aktif, maka dianggap sebagai pemimpin.

2. Pemimpin yang baik apabila ia mampu memimpin dan dalam masa yang sama, dia boleh dipimpin oleh orang bawahan. Yang terbaik di kalangan kamu adalah orang yang memberi manfaatkan kepada orang lain. Menyedari betapa PAS pada peringkat awal memerlukan pemimpin yang baik, Dr. Abbas Elias (Presiden PAS Kedua) telah merelakan pimpinan pemudanya mencari kepimpinan baru. Akhirnya, mereka telah membawa dua tokoh besar ke dalam PAS iaitu Dr. Burhanuddin al Helmy dan Dr. Zulkifli Muhamad. Meskipun personaliti kedua-dua tokoh ini dan Dr. Abbas Elias tidak susuk ulama tetapi jiwa dan pemikirannya adalah setaraf ilmu ulama. Akhirnya PAS berjaya dengan menguasai Kelantan dan Terengganu dalam PRU 1959.

3. Antara faktor kejayaan PAS ketika itu adalah kebijaksanaan Dato' Asri Hj. Muda sebagai Setiausaha kerja PAS pertama membuat percaturan politik PAS. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu telah membawa semua pimpinan tertinggi PAS Pusat bertanding di Pantai Timur. Beliau dari seorang penoreh getah di Padang Rengas, mengajar di Maahad Yahyawiah, jadi tukang taip surat di Kota Bharu dan sekaligus menjadi aktivis parti yang tidak pernah kenal penat lelah. Beliau berjaya membawa PAS sebagai sebuah parti pembangkang di peringkat nasional menjadi parti kerajaan dengan mewujudkan kerajaan campuran dengan Perikatan. Akhirnya, beliau tersingkir juga setelah ada gelombang dalaman parti yang mahukan perubahan kepimpinan.

4. Kalau nak lanjut panjangkan sejarah, berjela-jela nanti. Ringkasnya, susahlah berjuang dengan PAS. Masa pemimpin susah naik bas, naik kereta yang selalu meragam, siapa pun tak kisah. Jihad beb! Jual keropok, jual buku selepas ceramah untuk cari duit poket. Duit ceramahpun tak lepas minyak dan tol. Join MLM. Ikhlas dalam hati. Tapi bila pemimpin sudah dapat kuasa dan agak senang sedikit, berebut orang nak cium tangan, sanjung puji, iring sana-sini dan seribu satu lakonan yang meloyakan.

2 comments:

Anonymous said...

wahhh... loya kat sapa syeikh?
kan ke zaman dah berubah, dunia dah maju.

mana ada pimpinan nak naik beskal cabuk, naik bas lompat lagi dah.

mungkin merc mata belalang zaman skarang setaraf ngan beskal cabuk zaman dulu barangkali???

jangan dihalang kekayaan orang, kelak kita dikata iri hati

Aku Adalah Aku Yang Merupakan Cicit Cokrodepo said...

kesabaran dan jihad adalah tunjang kepada setiap perjuangan untuk berjaya, bila berjaya teruskan amalan yang dahulunya menyebabkan kita berada sekarang, tak salah apa yang penting kita laksanakan menurut kehendak syarak...maaf la saya ni baru nak bertatih, tidak macam tuan... Kirim salam pada seluruh keluarga...