...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Wednesday 15 April 2009

PAS Mula Mencari Kepimpinan Baru

1. Pemilihan Barisan Kepimpinan UMNO sudah berlalu. Biar apapun kritikan terhadap proses pemilihan dan barisan kepimpinan baru UMNO, parti itu akan bernafas lebih semangat. Agenda perjuangan parti telah dinilai kembali, strategi baru akan dibentuk dan kesan politik kepimpinan baru itu akan dapat dinilai setahun dua akan datang. Tiga pilihanraya kecil yang lepas tidak boleh dianggap kayu ukur kepimpinan baru. Jika hendak digunakan, ia hanya untuk menyedapkan hati penyokong Pakatan Rakyat sahaja.


2. Kini, proses pemilihan Barisan Kepimpinan PAS sudah bermula di peringkat akar umbi. Mesyuarat cawangan-cawangan mungkin hampir selesai dan sudah ke peringkat mesyuarat kawasan.


3. Kayu ukur pemilihan kepimpinan PAS adalah mudah. Setakat ini, penggunaan politik wang tidak popular tetapi kemungkinan itu akan wujud jika tidak dibendung. Kayu ukur yang biasa digunakan oleh ahli PAS memilih pemimpin adalah kebolehan pidato, kekerapan keluar di Harakah, ada title tertentu dan ada kedudukan YB. Soal kebolehan memimpin organisasi dan bekerja secara berjamaah tidak begitu diambil perhatian sangat.


4. Isu utama pemilihan kepimpinan PAS kali ini adalah soal pembentukan kerajaan perpaduan akan digunakan untuk meraih dan menolak sokongan. Sudah ada pemisah dalam memahami idea pembentukan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS. Idea itu sebenarnya bukanlah suatu yang utopia tetapi ada kalangan tertentu (banyak) naif dalam memahami keperluan dalam membentuk sebuah pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya yang menuju keredhaan Allah [Fasal 5 (1)].


5. Ramai kepimpinan PAS masih di dalam kerangka politik UMNO yang menganggap kuasa politik adalah perkongsian kuasa sesama pakatan politik. Sudah sampai waktunya, usaha meletakkan kuasa politik sebagai tanggungjawab politik awam. Oleh itu, pendidikan politik kepada rakyat bukan dengan cara membakar emosi, menenggelamkan rasionaliti dan mentafsir al Quran dan Sunnah secara umum dan bersifat hukum semata.


6. Sokongan yang mula meningkat pada PAS telah menjadikan parti itu dikongsi oleh ramai pihak sehingga kepada peringkat dalam pemilihan kepimpinan parti. Orang baru yang setahun jagung sokong PAS sudah bijak memberikan pandangan siapa yang perlu memimpin PAS dan siapa pemimpin PAS yang perlu ditukar. Sehingga ke peringkat Presiden PAS sekarang perlu disingkirkan kerana alasan tidak memenuhi aspirasi nasional. Apatah lagi dalam jawatan Timbalan, Naib dan AJK. Ketua Pemuda, Muslimat dan Ulama tidak terkecuali. Dalam semangat demokrasi dan Islam, rebut merebut untuk mengejar kebajikan tidak masalah.

7. Ahli PAS perlu bijak memilih dan berhati membuat keputusan. Jangan bermentaliti JKKK yang mengikut arus. Arus yang datang sebulan dua nanti cukup mencabar. Fitnah bersulamkan inti al Quran dan rasional yang kuat. Hujah digandingkan dengan rekaan cerita yang menarik. Ia seperti sebuah novel.

6 comments:

wan_jtk said...

Sayangnya harakah yang terlibat untuk menjadi medan konspirasi monopoli liputan positif terhadap satu pihak sahaja.

hari ini, tajuk besar "tarik balik" berjaya memperlekehkan idea presiden.

penhijau said...

presiden melambangkan kekuatan parti dan segala2nya dalam parti,,presiden perlu di lihat benar2 disokong oleh ahli parti

MS said...

ahlipun kena dilihat benar-benar menyokong presiden.Yang lebih penting lagi, pemimpin di keliling presiden perlu lebih dilihat begitu.

Anonymous said...

Mentaliti president dan saf kepimpinan harus tidak tiris untuk sampai ke akar umbi.Ketandusan kepimpinan diperingkat kawasan juga agenda yg perlu dibicarakan.

Anonymous said...

ketokohan hj hadi jgn cuba dipersoalkan... musuh sentiasa mengambil kesempatan utk menghuru-harakan parti kita...
cadangan presiden yg iklas tentang kerajaan campuran patut dibincangkan secara tertutup...
dlm suasana kemesraan...
apakah dlm kita mengecap kejayaan demi kejayaan,masing-masing sudah lalai dgn keselesaan...
tunggulah saat kehancuran...

Anonymous said...

Semoga Saf kepimpinan baru Pas lebih mendengar suara akar umbi dalam mmbuat keputusan yg sensitif.
Jangan kita menjadi macam Umno yang
"taat tidak bertempat" kepada
Presidennya.Semoga segala kritikan yang dilemparkan oleh akar umbi dpt
dijadikan iktibar oleh pimpinan Pas
untuk kita bangkit dengan lebih hbt
lagi,benamkan Umno pada Pru kn dtg.