...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Wednesday 2 April 2008

Tarikan Liverpool: Antara Kelab dan Kugiran

Liverpool terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari Manchester. Liverpool - ada dua perkara sewaktu aku kecil yang kuingat adalah pertamanya adalah kelab bolasepak. Nama-nama seperti Kevin Keegan, Kenny Daglish, Ian Rush adalah antara pemain lagenda Liverpool. Sebuah lagi kelab Inggeris yang terletak di situ adalah Everton. Stadium kedua-dua kelab itu berhampiran antara satu sama lain. Sewaktu kami pergi, stadium Liverpool ada game - permainan antara Liverpool dengan Everton. Kami tak boleh berhenti kat situ. Parking tak ada. Polis pula merata-rata. Helikopter berligar-ligar di udara untuk mengawasi keselamatan. Jadi kami pergi ke stadium Everton. Ambil evidence. Gambar: Aku dengan anak Raja Iskandar.




Kedua tentang Liverpool adalah Beatles. Kugiran yang bukan sahaja mencetuskan satu revolusi muzik di Britian bahkan seluruh dunia. Gandingan mantap Paul McCartney, John Lennon, Geogre Harisson, Ringgo Star dan menjadi ikon anak-anak muda pada tahun-tahun 60an. Daripada style rambutnya hingga kepada

muziknya - menjadi fesyen ikutan yang dominan hingga awal tahun 70an. Irama pop yeah-yeah adalah produk Beatles ke dalam dunia muzik tanahair. Time tu, kugiran di tanahair turut terpengaruh dengan irama Beatles. Apabila Beatles hidup secara hippies, para pengikutnya pun turut menyelami kehidupan hippies. Hinggalah fenomena itu ke tanahair. Fahaman hippies-atheis itu begitu kuat pada kehidupan John Lennon sehinggalah dia menyanyikan sebuah lagu yang membayangkan dunia tanpa agama - Imagine. Kira-kira setahun lalu, lagu itu dinyanyikan oleh Ella pula. Kononnya, dia nyanyi bukan kerana liriknya tetapi iramanya!


Kini anggota Beatles tinggal dua orang sahaja; Ringgo dan Paul. Kira-kira lima bulan lepas, Paul buat konsert sempena memperingati Beatles di Liverpool tanpa Ringgo. Sebuah muzium tentang sejarah Beatles terletak di Edward Court. Tiket seorang 9.90 PGB. Mahal untuk orang seperti aku. Tak masuklah akhirnya. Cuma bergambar di hadapan pintu masuk. Evidence lagi!


Kemudian, kami berjalan-jalan di bangunan Edward Court yang kelihatan begitu klasik sekali. Mungkin bangunan itu dibina dalam tahun-tahun 1800. Di hujung bangunan ini terletaknya pelabuhan Liverpool yang menjadi pelabuhan utama bagi Britain sewaktu zaman kolonialnya. Orang Melayu yang menjadi kelasi kapal British ramai tinggal di Liverpool. Mereka sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat Liverpool dan sebahagiannya sudah hilang bahasa Melayunya. Namun, aku dengar mereka akan berhimpun di situ pada setiap 31 Ogos bagi memperingati hari Kemerdekaan Malaya!

No comments: