...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday 18 May 2007

Calsberg Untuk Orang Islam?

Artikel untuk menambahkan pembacaan kalian. Aku kutip daripada email yang diterima oleh aku. Yang dalam kurungan itu, aku punya komen le.


Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor (Darul Ehsan - negara yang sentiasa berehsan pada rakyat), telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol. Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge Financial Daily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam di sana. (Di sini - maksud aku di Malaysia, Calsberg senang-senang diminum oleh orang Islam dan juga bukan Islam - arak yang dihalalkan oleh regim Islam Hadhari dan Pra-Islam Hadhari)
Tiada sebarang logo halalkan diletakkan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini. Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia Arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana. (Hakikatnya Dunia Arab sedang menuju jalan kehancuran apabila pemimpinnya sudah melutut di hujung kaki Amerika) Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia. (Laaa....kerajaan Malaysia naikkan cukai arak bukan nak halang orang ramai minum arak tapi untuk tambahkan pendapatan negara - kan..kan..kan) Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yangmempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. (Berjaya? Yaaaa.....aku cokong 100%, berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara keluarga bangsa dan kronisme)
Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini. Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia. (Dosa? berdosa kah aku jika aku derhaka pada kerajaan yang sedia ada?) Diakui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan. Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip Islam Hadhari (yang sebenarnya pong lebih kurang dengan jenama Carlsberg).
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."

No comments: