1. MB Perak, Dato' Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin diberitakan tidak akan letak jawatan MB seperti yang dititah oleh Sultan Perak. Kemelut politik ini semakin rumit. FRU, Polis sudah diletakkan keadaan berjaga-jaga di Perak. Aku kat sini tak nampak keadaan sebenar tapi boleh merasai. Darurat akan berlaku? Itulah cara BN di Kelantan dulu. Jatuhlah kerajaan yang dipilih rakyat. Rumah MB sudah dikepung. Yang keluar tidak akan masuk. Yang nak masuk, memang tak boleh.
2. Keadaan lebih teruk lagi apabila Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengarahkan MB dan EXCO serta pegawai mereka menyerahkan aset kerajaan dan dilarang memasuki pejabat mereka sendiri.
3. Sultan Perak juga dikhabarkan untuk melantik MB Perak yang baru. Jika berlaku, Perak ada dua MB dalam masa yang sama seperti Ketua Kampung seluruh kampung di Perak. Orang Melayu berpecah kerana menjadi pak turut dan pengikut setia pemimpin. Satu di Bukit Tunggal dan satu lagi di Bukit Berapit. Helang yang terbang melihat berteriak kuat, ` lawan-lawan-lawan-lawan'. Dalam hati helang itu berdetik, `makan besar kali ini aku......'.
4. Pakatan Rakyat hendak gerakkan rakyat untuk menyatakan bantahan titah Tuanku Sultan Perak yang dianggap tidak adil dan sarat dengan kemusykilan. Inilah waktu pihak istana menunjukkan kuasa walaupun mungkin di luar perlembagaan. Istana pada kaca mata masyarakat masih baik walaupun sejarah silam hitam kaum Istana masih ramai yang ingat. Anak aku sampai malu baca sejarah raja-raja Melayu. Mengapa mereka begitu sekali ayah? Tanya anak aku. Aku minta dia jawab sendiri.
5. Rakyat seharusnya matang dengan sejarah. Sayangnya rakyat (khususnya orang Melayu) memang lambat matang dan dididik menjadi budak suruhan atau budak sekolah. Budak tak reti bahasa.
6. Jika rakyat macam budak sekolah sekolah rendah. Suruh angkat, angkat. Suruh bangun, bangun. Suruh duduk, dia duduk. Menentang titah tuanku Sultan seperti Hang Jebat bangun menegak keadilan. 600 tahun selepas kematiannya baru masyarakat Melayu mengiktiraf perjuangan Hang Jebat sebagai pejuang keadilan. 600 tahun orang mengagungkan Sultan dan Hang Tuah.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
4 comments:
Sesekali terkenang kata Tun Mahathir, "Melayu Mudah Lupa".
Sesekali terkenang, betul juga kata Tun Mahathir.
Selalu kesian pada orang Melayu, sesekali ragu, Bangsa akukah itu?
Sesekali teringat kata P Ramlee dlm Masam Masam Manis, "Joget sana sini. Dalam rumah pakai tudung, keluar rumah buka tudung. Dedah sana, dedah sini. Bini akukah itu?
Saya pernah dengar Jebat bersuara,
"Aku Jebat, rakyat biasa dan aku rela mati untuk rakyat".
Tapi akhirnya, siapa yg bunuh Jebat?
Jebat dibunuh oleh keris Jawa!
*makin dalam* - saya keturunan Jawa.
Ampun Tun Muhaimin Sulam, patik minta jadi Jebat meskipun Tamin Sari dipegang FRU.
tak pe lar, next game lagi 4 tahun.
kita perkasakan tarbiyyah dan dakwah.
tapi memang sedih diorang guna cara macam ni untuk jatuhkan PR. sedih sangat.
Ir Nizar berkualiti tinggi.
hanyutkan ajer sultan perak tu...
Post a Comment