...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday, 6 February 2009

Sultan Tidak Maksum, Pemimpin Tidak Suci

1. Selamat pagi. Salam dari Swansea yang masih sedikit bersalji. Assalamualaikum kepada semua. Pagi ini buka balik tingkap rumah aku di Brynmill, sepi. Sejuk.

2. Buka saja komputer, menyemak berita internet dan telefon kawan, sejuk pagi ini tiba-tiba menjadi panas!

3. Sultan Perak sudah melantik Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak.

4. Protes ribuan rakyat di jalan masuk ke Istana Iskandariah Bukit Chandan sebenarnya telah mencabar kedaulatan dan integriti Sultan Perak. Dalam feudalisme Melayu, Sultan seperti maksum. Meski kekebalan Raja-raja Melayu sudah dihapuskan oleh Dr. Mahathir. Secara psikologinya, orang Melayu masih menganggap Sultan tidak boleh ditegur apatah lagi dilawan. Hanyutlah baginda jika dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang mempunyai kepentingan sendiri.

5. Sultan mungkin tidak selesa dengan gaya dan pendekatan Menteri Besar yang dilantik. Menteri Besar sebagai pemimpin negeri juga tidak suci. Dia mungkin ada kesilapan yang telah dilakukan. Pemimpin harus menilai diri sendiri.

6. Jangan terus menyokong kemaksuman Sultan sehingga lupa dia adalah manusia biasa. Dan jangan terus menyucikan kepimpinan politik, kerana dia juga manusia biasa seperti kita.

2 comments:

bumilangit said...

raja tak maksum. tapi dia ketua agama Islam. akhlaknya perlulah yang terbaik dikalangan umat Islam.

tapi realitinya tidak.

saya bukan sokong nizar, saya sokong pilihan raya semula. biar rakyat tentukan.

MS said...

Maaf krn aku agak pasif terhadap rakyat. Rakyat perlukan pemimpin. Pemimpin memandu rakyat samada ke lubang bencana atau ke syurga.

Maaf krn aku juga pasif terhadap pemimpin. Pemimpin perlukan rakyat. Rakyat yang membimbing pemimpin samada lupa atau sedar diri.

Lalu.....