...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Saturday, 7 February 2009

Tun Dr. Mahathir dan Raja-Raja Melayu


1. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semua lagi tahu.

2. Keterlanjuran beberapa raja Melayu mengundang bala kepada institusi itu sendiri. Kes yang melibatkan raja-raja Melayu tiba-tiba satu demi satu didedahkan di media. Sehingga rakyat bersetuju perlunya institusi ini dihapuskan kekebalannya. Korang rujuklah sendiri:
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Iskandar_of_Johor#Allegations_of_criminal_misconduct

3. Waktu dibentangkan, semua ahli Parlimen BN sokong, PAS berkecuali dan S46 menentang. Akhirnya rang undang-undang itu diluluskan dengan diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu, Sultan Azlan Shah. PAS berkecuali kerana rang undang-undang itu akan mengalihkan kekebalan Raja-raja Melayu kepada kekebalan pihak Executive. S46 menentang kerana Presidennya, Tengku Razaleigh Hamzah adalah orang istana sendiri.

4. Akhirnya, Raja-raja Melayu hilang kekebalan. Namun, ketika itu Tun Dr. Mahathir tidak disebut derhaka bahkan dianggap sebagai pejuang keadilan. Sebab apa? Kekuatan kepimpinan dan tegas pendiriannya menyebabkan Tun mampu merasionalkan isu sensitif itu demi kepentingan negara. Tun berjaya membuang tulah daulat Raja-raja Melayu dalam kotak fikiran orang Melayu.

5. Kini, Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin, MB Perak menguji kekuatan Raja-raja Melayu. Beliau perlu ada kekuatan kepimpinan, tegas dengan pendiriannya dan mampu merasionalkan persoalan yang sensitif ini sehingga pihak istana terpaksa akur dan rakyat faham.

4 comments:

vinnan said...

MB Seperti YAB Nik Aziz dan YAB Nizar ialah bukti PR kepada orang bukan Melayu bahawa PAS mempunyai pemimpin-pemimpin yang betul-betul ikhlas dan berkebolehan. UMNO takut dengan pentadbiran YAB diPerak kerana beliau telah berjaya menubuh sebuah kerajaan yang mentadbir secara telus. UMNO paling takut PAS telah menunjukan bahawa Pas boleh mentadbir sebuah negeri yang ada minoriti kaum bukan Islam yang besar secara adil. Pada fikiran saya walaupun UMNO berjaya menumbangkan kerajaan PR. UMNO tidak boleh mengkikis daripada otak orang Cina dan India bahawa PAS sememangnya boleh di percayai dan adil. Pada pilihanraya yang akan datang orang bukan Islam diSemenanjung Malaysia akan mengundi PAS secara besar-besaran.

Saya ingin memohon maaf diatas BM saya yang teruk ini.

Pyanhabib said...

:)tumpang lalu...
*salam buat muhaimin dan ister

kerikil said...

bila rambut abang muhaimin nak putih macam tun?

muhaiminsulam said...

malam masih muda lagi beb!