...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday, 6 February 2009

Kalau Berani, Turun!

1. Ramai marahkan pada PR terutama pada PKR yang `gagal' membariskan calon pilihanraya yang benar berkredibiliti. Sampai diungkit-ungkit kerja posmen yang tiada kena mengena dengan soal kepimpinan. Hina sangat ke posmen? - (teringat aku lagu 'Mr. Postman' oleh Carpenter yang popular tahun 70an dulu.)

2. Aku ada kenal calon Pilihanraya PAS di Sg. Manik (kampung halaman aku la). Seorang, arwah Tuan Guru Haji Ahmad yang jadi calon PAS dalam tahun-tahun 80an. Orangnya sangat tua, warak dan suaranya tak kuat. Apatah lagi untuk berceramah berdegar-degar. Tak. Bila mengaji, arwah akan buka kitab kuning. Susah juga untuk aku memahami apa yang disyarahnya. Yang mengajipun tidak sampai sepuluh orang. Mengaji lepas maghrib tapi dia datang waktu Asar kerana tumpang kereta orang yang menuju ke Teluk Intan. Balik kami hantar. Hingga saat akhirnya, Tuan Guru Haji Ahmad tetap dengan perjuangannya.

3. Kedua, Ustaz Ibrahim Ariffin. Anak dia ramai. Kerja jual di pasar sehari dan selalu mengail ikan di parit tepi jalanraya untuk cari rezeki. Keretanya senget sebelah tapi masih boleh berjalan, uzur. Berkain pelekat sahaja. Dia jadi calon PAS dalam pilihanraya 1986 dan 1995. Hingga kini dia istiqamah dalam PAS.

4. Ada orang kata, tak ada ke calon lain? Malulah. Tak ada karismatiklah, susah nak lawan calon BN dan bla bla bla......

5. Ada orang kata, kita mahukan yang ada kelulusan tinggi, harta, kedudukan dan sebagainya.

6. Come on man! hakikatnya kalian yang miliki kelulusan tinggi, banyak harta dan kedudukan yang hebat - penakut. Kalian hanya berani bila sudah menang atau nak menang. Kalian mementingkan perut masing-masing. Kalian takut hilang harta dan kedudukan. Memang kalian dasar pengecut dan berhujah tak pakai akai!

7. Lu ada cermin tak!

8. Kalau berani, turun!

1 comment:

MARTYR said...

Aku rasa kerjaya yg buatkan seseorang itu dinilai.

Kalau tgk asas penubuhan JIM pun, ramai org yg professional. Org professional kebanyakannya hasil kerja yg bagus (walaupun tak semuanya bagus). Itu antara pengaruh.

Tapi aku tgk Tok Guru Nik Aziz berkaliber walaupun tak buat degree dlm mechanical engineering mcm Saari Sungib. Haha..betul ckp lu.

Aqidah dia dah jelas. Itu yg bagus. Biar tak de degree, biar pegang kitab kuning, janji berprinsip.