...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday, 6 February 2009

Berita Dari Bukit Chandan

1. Ramai pulak kawan tutup telefon time begini. Akhirnya dapat juga.

2. 'Black Friday' di Bukit Chandan. Di depan Masjid Ubudiah yang tidak berjauhan dengan Istana Iskandariah. Depannya Madrasah Idrisiah.

3. Bukan soal berpuluh-puluh trak FRU atau beratus anggota FRU. Atau Majlis Angkat Sumpah MB Baru. Atau demonstrasi rakyat. Itu soal biasa.

4. Buat pertama kali kereta Raja Muda Perak disekat oleh rakyatnya baginda sendiri. Raja Di Hilir cuba menenangkan keadaan sambil membuka tingkap keretanya. `Apa sabar-sabar!' orang itu marah dan diludahnya Raja Di Hilir Perak. Mungkin diapun tak kenal Raja di Hilir itu.

5. Seorang budak naik atas bonet belakang kereta Raja Muda Perak.

6. Baginda Sultan Perak tak tenang. Baginda diberitakan tiada selera untuk bersantap mengenang kejadian yang berlaku.

1 comment:

guru_cikgu said...

Sampai bila kita harus begini. Sekali peristiwa, terus demontrasi, sekali 'ucapan pimpinan', terus berapi-api, sekali perebutan jawatan, jalanan pilihan di hati.
Siapa kita yang boleh melawan takdir Ilahi?