...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday, 3 January 2008

Jangan Tangkap Pencuri Itu!

Jika kalian terlihat pencuri masuk rumah orang. Jangan bagitau sesiapa! Biarkan polis yang menyelesaikannya. Bolehkah begitu?
Jika kalian terlihat orang rasuah. Jangan bagitau sesiapa! Biarkan BPR yang menyelesaikannya. Nanti kalian macam Ezam Mohd. Noor - tak pasal-pasal kena masuk penjara free.
Jika kalian terlihat orang berzina, berkhalwat, rogol....... Jangan bagitau sesiapa! Biarkan Pencegah Maksiat atau Polis yang menyelesaikannya. Nanti kena tegur dek Mufti Perlis.
Bagaimana polis dan pihak berkuasa meneliti kes Chua Soi Lek sekadar menambah kuat bukti bahawa cara penyiasatan polis Malaysia lebih kepada penyelesaian masalah sampingan - bukan masalah pokok. Mengapa tak siasat siapa dan mengapa Chua Soi Lek membuat hubungan dengan wanita itu. Apa kaitan mereka berdua? Rakan baik atau rakan kongsi peluang politik dan perniagaan. Isu VCD Lingham belum lagi selesai kerana asyik nak mencari siapa punya kerja yang mengeluarkan VCD rahsia itu.
Itulah cara untuk menjadikan rakyat penakut, main surat layang, baling batu sembunyi tangan dan sebagainya. Kerana rakyat yang berani macam Hang Nadim - akan dibuang ke laut dalam - biar ia mati tenggelam ditelan ombak laut. Jangan lupa - jasadnya mungkin mati tapi keberanian itu tidak akan mati selagi belum qiamat!

1 comment:

kiasandra said...

Saya rasa begitu tertekan dgn gejala rasuah/seks yang begitu terbuka sekarang. Berbagai bagai cara dilakukan supaya pihak berkuasa membuka mata. Tapi hampeh. Perkara ni benar2 berlaku di mata saya:
kepada
DBKL
daripada
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN MELAYU DBKL


Hasil kutipan dari derma untuk iklan dalam majalah badan BKMDDBKL

50% - untuk PRO ( yang membuat panggilan )

15% - untuk persatuan

Rm1000 - untuk pegerusi BKMD DBKL
(setiap bulan)
Rm200 - untuk semua AJK
(setiap bulan)
selebihnya untuk RSA

kalau nak tahu PA dia bg tau pd aku.

Inilah orang melayu diberi projek pada bangsa cina yang senang di minta rasuah (wang dan seks)
Habislah bangsa ku