...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday, 23 November 2008

Yoga: Fatwa dan Fakta

1. Pengharaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini tidak menghairankan langsung. Memang wajar haram yang tersedia haram.

2. Tapi yang lurus bendulnya, ada yang keciwa tentang pengharaman itu. Haram yoga itu ada syaratnya. Jika ia ada kaitan dengan mantera dan aktiviti yang syirik. Jika tidak, Fatwa itu kata tak masalah.

3. Ramai yang tak baca Fakta. Yang dibaca Fatwa selapis.

4. Ada pula yang sibuk suruh Majlis Fatwa buat fatwa lain yang lebih utama - macam ISA ke, rasuah politik ke........

5. Laaaa, ini Fatwa Kebangsaan. Bukan Fatwa Pujangga.

6. Carilah idea lain.

1 comment:

Anonymous said...

kalau fatwa majlis fatwa kebangsaan nak disanggah juga oleh melayu-islam di malaysia...maka fatwa @ hukum bagaimana lagi nak diikuti oleh masyarakat kita? ahli2 majlis tu adalah kalangan ulama + professor@ kan?