...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday, 11 November 2008

Fatimah Yang Dicintai Nabi

1. Nabi menerima lamaran Ali, sepupu rapatnya untuk menyunting anak kesayangan baginda – Fatimah al Zahra sebagai isteri.

2. Sedangkan Nabi mengetahui betapa Ali tidak berharta sebagaimana para sahabat lain. Yang ada pada Ali adalah sebuah pintu lautan ilmu dan sebatang pedang `Zulfiqar’ yang ditakuti musuh.

3. Dan sebuah perisai perang Ali yang dijual di pasar untuk dijadikan mas perkahwinan.

4. Sebuah rumah, sebuah penggiling tangan, satu mangkuk kayu dan sebuah permaidani kapas. Itulah sebuah mahligai indah anak kesayangan Nabi.

5. Fatimah di rumah sering kehabisan roti dan susu. Sedangkan anaknya Hasan dan Husin makin membesar.

6. Biarpun Nabi seorang pemimpin agung dan berjaya dalam banyak perang – namun satu dirham daripada harta ghanimmah tidak pernah jatuh ke lantai rumah Fatimah.

7. Apabila wafatnya Fatimah, tiada yang mengebumikan melainkan Ali, Hasan dan Hussein di tengah malam di perkuburan Baqi. Sehingga kini, tiada siapa yang mengetahui di mana pusara Fatimah yang dicintai Nabi.

1 comment:

Sang Bayan said...

Alkisah sebuah cerita, bukan dongengan tapi kisahnya agak nyata.
Ceritera bermula.....
Dato'A meminang anak B,anak Dato'A bukan calang-calang, ada rupa ada PhD,B gembira bukan kepalang, dapat menantu besan kaya ada business sendiri.
Maka selamat anak Dato'A dan B diijabkabul, majlis gemilang di hotel 5 bintang,hatta tetamu datang mata tersembul, terpesona dek kemilau warna silver and gold, bunga riak Dato'A dan B kembang muncul.
Maka diamlah anak Dato'A dan B dalam mahligai kayangan, hidup bersenang-lenang berkasih-kasihan, bersumpah janji sehidup semati.
Namun takdir lain perancangannya,
mahligai kayangan bertukar neraka, pasangan bahagia kini berantakan hingga terkeluar ungkapan 'You're on your way and I have mine. Selamat jalan!'
Janji sehidup semati hanya tinggal perkataan.
Tamat ceritera...
Maaf kalau ada yang tersinggung, bukan niat membuka pekung, sekadar rentetan kehidupan untuk direnung.
Oleh kerna itu nawaitu hidup harus betul, supaya halatuju tidak tersasul,agar bukan dibilang orang bahlul.
Antara tuntutan addin dan duniawi, tepuk dahi tanya iman sendiri.