...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday, 25 November 2008

Perjuangan Papan Tanda

1. Apabila kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan pelbagai bahasa untuk papan tanda - heboh satudunia. Kerajaan Perak menarik balik cadangan hendak menggantikan Jalan Silibin kepada Jalan P. Patto. Dulu kerajaan Perak juga pernah menarik balik nama satu jalan yang diganti kepada Jalan Tabung Haji. Sekarang di KLIA ada juga tempat-tempat pelancongan, papan tanda ditulis dengan pelbagai bahasa.

2. Semasa gerakan mahasiswa universiti hebat, mahasiswa telah menconteng papan tanda yang tidak selaras dengan roh kemerdekaan dan bahasa kebangsaan.

3. Apakah sekarang kita terperangkap dengan perjuangan papan tanda? Jika kita benar memperjuangkan bahasa, silakan. Namun, apa yang aku lihat pada hari ini, ramai yang berjuang seperti papan tanda, sekadar satu lambang perjuangan untuk dilihat oleh masyarakat.

4. Yang anehnya, masyarakat tetap sesat mencari jalan kebenaran. Masih tidak memahami panduan yang diberikan. Masyarakat asyik bergantung kepada ahli politik papan tanda ataupun ahli perniagaan yang hebat iklannya. Ramai memperjuangkan slogan. Jual iklan. Janji manis. Manifesto berjilid-jilid.

5. Masyarakat, rakyat, kamu dan aku tidak boleh bergayut pada papan tanda yang beraneka warna dan slogan yang hebat.

3 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

aberamly.wordpress.com

ramlyotai.blogspot.com

salam

Anonymous said...

persoalan papan tanda hanya perlu bagi orang-orang buta minda. benar, ramai orang berjuang untuk dipemerkan kepada masyarakan..bukan lillah.

Anonymous said...

Kalau begini relitinya, nampak benar mentaliti masyarakat kita masih dangkal dalam hal bahasa.

Masih banyak yang menyangka bahasa sekadar alat perhubungan, itu sahaja. Amat sempit. Sedangkan masyarakat dunia luar begitu jauh maju fahaman mereka tentang bahasa.

Sebab itu papan tanda mereka tidak kecamuk seperti kita. Perancis, walaupun terdiri pelbagai etnik bangsa tetapi tidak gila dengan pelbagai bahasa di papan tandanya.

Dalam negara, bahasa Cina dan Tamil setaraf bahasa Jawa atau bahasa Iban. Jadi, kenapa Jawa dan Iban tidak diangkat sama ke papan tanda kalau benar demi 'muhibah'.