...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday, 6 November 2008

Tun Teja: Watak Rakyat Yang Terpedaya

1. Ketika aku bercakap tentang Tun Teja dengan sekumpulan anak-anak muda yang sebahagiannya perempuan, aku nyatakan aku bukan feminist atau berfikiran genderism. Tun Teja hanya watak yang kebetulannya seorang perempuan. Watak Tun Teja mungkin saja boleh ada pada si Meon, si Ah Thong atau si Kupusami.

2. Tun Teja adalah watak sepanjang zaman. Watak yang masyarakat yang tertipu dengan retorik politik yang berdegar-degar hebatnya. Berjanjikan lautan yang indah, segunung permata atau sehidangan anggur syurga.

3. Watak masyarakat yang setia membabi buta tanpa mengambil kira soal kredibiliti diri.

4. Watak masyarakat yang sedia dikorbankan demi `kesetiaan’ dan `cinta’ yang dicipta untuk diperdagangkan. Manusia-manusia yang berwatak Tun Teja amat diperlukan menjelang pilihanraya atau hubungan diplomatik antara pemimpin.

5. Hari ini beribu-ribu Tun Teja dilacurkan demi kesetiaan atas nama ‘bangsa’ dan ‘agama’. Sedia untuk dipersembahkan!


Gambar Hiasan: Sekumpulan Orang-orang Melayu menyatakan taat setia dan melahirkan kebimbingan tentang nasib orang Melayu kepada DYMM Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. (Gambar daripada Utusan Malaysia)

2 comments:

Anonymous said...

Sedih lagi memalukan. Ah..jika itu hakikatnya, mengapa perlu dinafikan? Aduhai bangsaku, betapa rasa terharu dan kagumku kerna ternyata 'roh kesetiaan yang tidak berbelahbahagi hang tuah kepada sultannya' masih lestari hingga kini. Tapi wajar berbanggakah aku jika ia cuma untuk menaikkan sang kaduk yang kemaruk junjung? Lantas tega menuruti resmi lalang.
Malang sungguh bangsaku..kerna tertipu lagi. Ah, jika itu hakikatnya, mengapa perlu dinafikan?

fadzil yusof said...

AsSalammualaikum.
tulisan cikgu 'Mahu jadi 'Tuan penasihat' sangat menarik!