1. Klaus Meine, vokalis Scorpion nyanyikan lagu `Wind of the Change', dia mencatatkan tentang cita politik orang German yang mahukan perubahan selepas tamatnya Perang Dingin. German terpisah dua selepas Perang Dunia Kedua. Mereka satu bahasa, bangsa tetapi dipisahkan oleh tembok Berlin. Satu komunis - satu lagi kapitalis. Kini mereka Jerman sudah bersatu. Apakah rakyat biasa sudah berubah kehidupan mereka?
2. Barrack Obama, bakal Presiden Amerika mengunakan motto `The Change, We Need' sebagai kempen pilihanraya Presidennya. Kini, rakyat Amerika dikatakan telah melakukan perubahan dengan memilih seorang kulit hitam sebagai Presiden mereka. Apakah dasar Amerika terhadap Islam akan mengalami perubahan?
3. Aku juga pernah gunakan motto, `Berani Berubah' semasa pilihanraya 2004. Mengapa mereka tak mau berubah juga?
4. Ada beribu-ribu lagi melaungkan kalimah PERUBAHAN untuk mengubah diri mereka dan orang lain demi negara, agama, bangsa........
5. Namun, apabila perubahan datang - kita akan berubah. Ada sesuatu yang tidak berubah. Rakyat yang bodoh, bangsawan berkuasa, ugamawan lurus bendul dan para cendiakawan kangkong.
3 comments:
Sejahtera atas tuan sekeluarga.
Orang kata ' perubahan pasti datang '
Harap-harap 2012 KP UMNO Perak tu tumbang di Sg Manik. Lawannya pasti tuan yang masa tu dah bergelar Dr Muhaimin.
http://assafah.wordpress.com/
Pepatah lama mengatakan... sekali air bah sekali pasir berubah. Sudah terhantuk baru nak terngadah. Apa ke jadah?
Maaf kalau bahasanya agak tidak enak kerna pemikiran bangsaku juga agak kacau dek penangan susu yang dicampur tuak.
Masih tidur berdengkur walaupun sudah kesiangan.
Coba tanyakan, mimpi apa semasa tidur? Hingga bisa senyum meleret, air liur basi terpalit.
Sudah-sudahlah dengan mimpi terbang ke bulan dengan sayap impian tu. Soyuz pun sudah lama mendarat mencium bumi.
Masih tidur lagi? Alahai..kasihan.
Ada jugak yang aku tengok tak berubah, rambut lu masih panjang, ke berubah menjadi semakin panjang. he he he
Post a Comment