1. Biasanya apabila seseorang berhujah samada di dalam kedai kopi, di masjid, di pentas politik, atau di meja viva PhD, seseorang akan menguatkan hujah dengan beberapa pandangan orang yang lebih `senior' ataupun yang lebih `berautoriti'.
2. Mengapa? Ini kerana untuk menguatkan hujah yang tiada kekuatan. Dengan menyandarkan pandangan orang lain, kajian atau hujah kita akan dianggap hebat.
3. Aku berdebat dengan `seseorang' tentang sesuatu isu. Lalu aku perturunkan kata-kata makhluk suci dan agung, lalu `seseorang' itupun terdiam seketika. Mati hujah.
4. Suatu hari itu, aku berjumpa dengan TG. Nik Aziz Nik Mat, akupun hujah begini-begitu. Orang itupun terdiam. Dan seketika aku berjumpa dengan Tun Mahathir, akupun berhujah begini-begitu, orang itupun (yang lain) terdiam. Lepas ni, aku mahu jumpa Najib, Pak Lah ......senang berhujah.
5. Memang payah jika berhujah dengan orang keras otak dan pendek akal. Tetapi amat mudah jika kita tahu siapa makhluk suci dan agung bagi dirinya.
6. Pendek cerita, sandarkanlah dengan diri sendiri.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
5 comments:
Assalamulaikum,
Salam pertemuan dari saya. Lama kita tak bertemu, selepas tahun 1993 saya berkhidmat di sekolah tuan.
Walau bagaimanapun saya tetap mengikuti perkembangan perjuangan tuan. Moga akan datang, tuan dapat mewakili kampung halaman kita yang telah saya tinggalkan.
salam..
gaya blog ini ditulis seperti blog tun dr mahathir. ada number...dan setiap point memepunyai tema tersendiri yang kadang-kadang berkaitan dan kadang-kadang tidak..menarik...
mudah dibaca dan difahami.. sekadar menziarah...
wassalam
Salam reformasi... apa crita skarang tuan punya blog ada lembab? x meriah serupa dahulu? adakah tangan2 ghaib telah membuatkan blog tuan menjadi sedemikian rupa? ada org kata sudah ada masyukkk... wallahua'lam
Manusia itu ada waktu dia waras, ada waktu dia tak, ada waktu dia keliru. Moga Allah s.w.t. istiqamah hati kecil ini untuk berada padda jalanNya.
itu namanya falasi bukan?
Post a Comment